BUBUR CANDIL PANCAWARNA



Assalamualaikum...

Bertemu lg dgn resepi bubur candil warna warni ni. Anak2 tgk shima menggentel tepung, semua tak sabar nak tgu waktu berbuka..hehe..Resepi ni sama je mcm bubur candil labu, cuma shima tak letak labu..erm..sedap..nyaman je tekak bila makan..lbh2 lg klu dimakan sejuk..nyum..nyum. Jom kita tengok resepi...
BUBUR CANDIL
Sumber: Kak Yatie Memories
Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • 1 1/3 cawan air
  • sedikit pewarna hijau, purple dan pink
  • Air secukupnya= utk merebus bubur candil
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 1 ketul gula melaka=racik halus dan masak hingga hancur+1/2 cwn air= tapiskan
  • 2 helai daun pandan
Cara-Cara
  1. Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan sedikit garam ke dlm sebuah mangkuk.
  2. Campurkan air sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yg lembut.
  3. Didihkan air dlm periuk, bulat2kan adunan dan rebuslah ke dlm air yg mendidih.
  4. Apabila dah timbul bebola tu, bolehlah angkat dan tapiskan.
  5. Di dalam periuk yg lain, satukan santan cair dan santan pekat, masukkan sekali air gula melaka yg sudah di tapis tadi.
  6. Masukkan bebola candil tadi dan masukkan daun pandan...gaul sebati.
  7. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah...biarkan mendidih. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan.


CORNFLAKES MADU RANGUP



Cak!...hah ni n3 shima yg ke 3 utk hari ni, dah penat nak beri salam..ngee..nge. Mcm yg shima sebutkan sblm ni..n3 yg tertangguh sejak bln puasa lalu. Biskut Cornflakes Madu. Kira klu xde cornflakes ni..mmg x meriah raya kita org..kira kuih yg wajib ada. Org dtg tak seberapa, tp anak2 yg beraya sakan menjamu selera..sorang2 bw 1 telap sambil tgk TV..tau2 tinggal balang kosong je. Belum raya je dah abis 2 balang..isk..isk. Shima mmg x pernah tukar resepi lain..sejak 20 thn yg lalu..pergh! lama tu..kira resepi yg asal ni.. Shima suka sbb dia rangup dan rasanya pun sedap. Pernah try resepi yg lain tp tetap suka yg ni jg. Oklah..jom kita layan resepi cornflakes madu ni..

CORNFLAKES MADU RANGUP
 
Bahan2:
 
125gm mentega/planta
1/2 cwn madu
2sb gula
8 cwn cornflakes
200 gm kacang/hirisan badam bakar
gula manik sbg hiasan.
 
Cara membuatnya.
 
1. Cairkan madu, mentega dan gula dalam mangkuk.
2. Masukkan cornflakes dan hirisan badam atau kacang.
3. Kacau rata dan masukkan ke dlm paper cup.
4. Taburkan gula2 manik di atasnya. Bakar pd suhu 170 C selama 10 min.
 


AYAM MASAK MADU MERAH DAN NASI TOMATO





Assalamualaikum...
 
Ni dia menu yg sgt digemari Imran..menu yg berasaskan ayam. Peliklah budak2 ni suka betul makan ayam. Hari2 mkn ayam pun takpe. Kalau shima masak ikan pulak..dia mkn sikit je. Seafood pun dia tak brp nak mkn...harap2 seleranya berubahlah bila dia besar nnti. Ok lauk ni shima masak dgn nasi tomato dan acar timun dan nanas. Tp nasi tomato tu, shima tak nak masukkan dlm n3 ni sbb tak cantiklah colournya...tak brp merah..kurang serinya. Maybe lps ni shima kena tambah tomato puri utk naikkan serinya. Shima cuma guna tomato segar..tu yg kurang sikit.
 
 Ok..jom salin resepinya...sedap tau resepi dr Dayang Jack.
AYAM MASAK MADU MERAH
By : Dayang Jack
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng hingga 3/4 masak)
  • rempah 4 sekawan (buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan cengkih)
  • cili giling secukupnya
  • sos cili secukupnya
  • 2 keping asam gelugur
  • 4-5 sudu besar madu (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 labu bawang besar (dihiris bulat)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • garam
bahan-bahan kisar :
  • 10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
2 batang serai

 
 
 
Cara-cara :

  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali atau periuk. Tumis bahan-bahan kisar dan rempah 4 sekawan hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram dan sos cili secukupnya. Kacau rata-rata. Kemudian masukkan air secukupnya. Kacau lagi hingga mendidih.
  3. Masukkan ayam, bancuhan madu, garam dan asam gelugur. Gaulkan sebati. Akhir sekali masukkan bawang besar.
  4. Setelah ayam masak, tutupkan api. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih atau nasi tomato.

BUBUR CANDIL LABU



Assalamualaikum...
 
Lagi resepi yg tertunda sejak bln puasa yg lalu iaitu Bubur Candil Labu. Sedap tau...mesti cuba. Bagi penggemar bubur manis boleh cuba resepi ni...terasa lembut tepung tersebut krn dicampur dgn labu. Oklah siapa minat boleh copy resepi ni..shima copy dr blog Kak Yatie Sinar Kehidupan. Kat blog beliau byk resepi bubur candil..
BUBUR CANDIL LABU
Sumber : Yatie Memories
Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cwn labu rebus, toskan dan lecek halus
  • sedikit garam
  • Air secukupnya= utk merebus bubur candil
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 1 ketul gula melaka=racik halus dan masak hingga hancur+1 cwn air= tapiskan
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 cawan biji sagu (shima tambah)

Cara-Cara
  1. Labu yg telah di rebus, di toskan dan di lecek halus.
  2. Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan sedikit garam ke dlm sebuah mangkuk.
  3. Masukkan labu yg telah di lecek tadi. Uli hingga menjadi doh, tak perlu tambah air sbb labu dah berair. Uli lagi sehingga menjadi doh lembut.
  4. Didihkan air dlm periuk, bulat2kan spt bebola kecil adunan dan rebuslah ke dlm air yg mendidih.
  5. Apabila dah timbul bebola tu, bolehlah angkat dan tapiskan.
  6. Di dalam periuk yg lain, satukan santan cair dan santan pekat, masukkan sekali air gula melaka yg sudah di tapis tadi.
  7. Masukkan bebola candil tadi dan masukkan daun pandan...gaul sebati. Masukkan jg biji sagu.
  8. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah...biarkan mendidih. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan



LONTONG GORENG


Assalamualaikum...
 
Erm...tgk gambar...my mouth dah watering u...nge..nge..mmg sedap! Shima rasa tpt lain susah nak jmpa menu ni, kecuali di tpt shima. Dulu ms 1st time rasa kat sebuah warung kecik tu mcm x caya je..sbb ramai order lontong goreng ni..pelik jg..tp bila dah rasa...perh!! mmg sedapla. Oleh sbb warung ni buka ikut opis hour..jd shima susah nak pi kecuali cuti sek. Isk..x bleh jd ni..kena wat sendiri jg..so..dgn semangat yg berkobar2 shima pun mencuba dn lafaz Bismillah..Yes..jd jg akhirnya..ms shima masukkan N3 ni..dah kali ke brp shima buat pun x ingat..sbb anak2 suka sgt. Selalu mmg x smpt snap pic pun..sbb msg2 dah berebut2 nak mkn. Kali ni smpt snap, sbb bln pose..hehe..Punyalah lama shima x update sejak si bibik keparat ku melarikan diri..xde masa beb sbb sibuk uruskan rumah tangga. So..ms cuti sek ni shima akan cuba update slowly..ok..
 
Actually resepi lontong goreng ni lbh kurang sama mcm buat mee goreng. Cuma mee digantikan dgn lontong dipotong dadu kecil. Dan klu ikut cara tukg masak yg asal, mrk guna ayam goreng yg disiat sbg perencahnya..Jom, tgk resepinya...

Bahan-bahan:
  • 15 paket kecil ketupat segera dipotong 4 (rebus dulu)
  • 5 ulas bawang putih ~ ditumbuk kasar
  • 2 biji bawang besar ~ ditumbuk
  • 250 gm isi ayam/daging
  • 100 gm kobis/sawi.
  • ½ batang karot yg dihiris memanjang
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • ½ cwn besar kicap manis (lg sedap guna Cap Kipas Udang)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Sedikit ayam yg telah digoreng dan disiat
  • 2 biji telur
  • Air
  • Minyak
  • Garam
 
Cara penyediaan:

  • 1. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumiskan bahan tumbuk dan cili kisar hingga garing.
  • 2. Masukkan isi ayam/daging. Masukkan air dan kacau rata.
  • 3. Bila mendidih masukkan ketupat, sos tiram, kicap manis, dan kobis/sawi dan karot.
  • 4. Kacau seketika dan jika kering tambahkan sedikit air lagi. Masukkan telur dan kacau. Masukkan jg ayam yg disiat td. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • 5. Bolehlah diangkat dan taburkan dengan hirisan daun bawang.


Pembantu Rumah @ Pelakon Sinetron...kisah bengang!

 
Nampak tak tahi lalat di bibir bawah sblh kiri...erm..mmg manis..semanis janji palsu yg ditaburnya pd kami..
 
Pernah terlihat wajah perempuan berbaju hijau ini? Nak berkenalan? Kalau nak tau nama kampungnya NYAMI..binti apa ek? Tah Shima pun dah lupa sbb kat pasportnya pun bukan ada nama bapak dia. Tapi lepas Program 6P namanya dah tukar jd RUPINAH. Pelikkan undang2 dia org boleh tukar nama senang2 je kan. Umur 35 thn. Tak taulah nak kt janda ke apa..yg penting punya anak 2.
 
Shima amik dia sbb sepupu Shima yg rekomen kt dia ni bagus dan bertanggungjawab serta pandai melayan budak. Sepupu Shima ni ejen PR. Sblm ni si Nyami ni dah ada pengalaman kerja dgn majikan lain..tp selalu kena pukul...tah ye ke tak wallahua'lam. Walaupun dipukul dia masih lg bertahan selama 2 thn berkerja dgn majikan lamanya.
 
Dipendekkan cerita, shima pun amiklah si Nyami ni. Dia dtg dgn bw baju 2 helai je. 1 utk keje dan 1 helai baju kebaya utk berjln. Oleh krn kesian...shima pun sedekahkanlah baju dan tudung kat si nyami ni. So...pd awlnya semuanya nmpk ok. Dia jg anak shima seramai 4 org. Masa shima berpantang anak ke 4 pun dia yg jg. So far shima tak pernahlah nmpk dia pukul anak2 shima..cuma tak tahan suaranya yg kuat membebel kat anak2..biasalah budak2.
 
Bagusnya si Nyami ni..masa Shima berpantang, dia turut menjaga ibu mertua shima yg sakit. Arwah ibu mertua shima jatuh sakit serentak dgn hari shima bersalin. Jadi suami shima terus bw ibunya utk tgl bersama dgn kami. Jd rumah kami mcm hospital plk masa tu. Arwah ibu mertua shima langsung tak boleh bergerak, jd si bibik Nyami ni la yg tolong papah bw ke bilik air dan dibantu oleh suami serta adik2 ipar klu dia org tak bekerja. Kalau pi kerja mmg bibik ni la yg mencuci najis, mandikan ibu mertua dsb..sampailah ibu mertua Shima sembuh dan boleh bangun sendiri. Hampir 7 bln bibik shima ni menjg ibu mertua sampailah ibu mertua Shima menghembus nafas yg terakhir pd bln Feb 2012 yg lps akibat kanser ovari. Mmg arwah ibu mertua shima cukup sayang dgn bibik Nyami ni...Bibik mana yg sanggup buat keje mcm ni..dahlah jg anak, kemas rumah, jaga org tua yg sakit..hah tang tu shima mmg shima pujilah..
 
Klu bw balik kg suami, ramai makcik2 suami yg suka dgn Nyami ni..sbb dia ni ringan tulang..dan plg dia org suka sbb pandai mengurut. Waduh..shima pun pernah diurutnya..tp shima x thn sbb jari jemarinya keras mcm besi. Kalau org lain mungkin thn kot. Plg kelakar ada jg yg meracun bibik supaya keje dgn dia org plak...punyalah glamour bibik shima ni..huh..
 
Dia ni mendengar kt jg orgnya. Jarang melawan. Shima memang wajibkan dia pakai tudung di rumah klu hubby ada..jd oleh krn dah terbiasa sampai tidur mlm pun tak tanggal tudung..lantaklah ko la bibik..yg hapak tu rambut ko jgk..
 
Ok..yg kat atas tu mmg sisi baik si Nyami ni..skrg ni nak cite pasal tabiat buruknya pulak..Dia ni mmg tak pandai masak..tp yg ni shima tak brp kisah sbb hubby pun nak shima sendiri masak utk dia dan anak2. Lagipun pernah shima suruh dia masak yg simple mcm goreng nugget, ayam dan ikan..mmg hampeh! isi dalamnya belum masak dia dah hidang. Letih nak ngajo...tp klu bab buat sambal mmg dia terror!
 
Korang perasan tak, bila ada bibik bil korang melambung tak hingat! Selama 2 thn bibik dgn kami, shima dgn hubby asyik bergaduh pasal bil. Pelik apa yg dia buat smpi bil air dan api mencecah RM100++ setiap bln. Sblm ada bibik bil Shima plg tinggi Rm50-60 je..kdg2 tak sampai RM40 pun..Kesimpulannya dia org ni mmg tak reti nak berjimat cermat..dia org x kesian kat majikan terpaksa membayar bil yg melambung2 tiap2 bln, sbb dalam kepala hotak dia org ni..kita org Msia ni kaya2..setakat bil ratus2 mcm tu apalah sgt.. 
 
Dia jarang cari pasal dgn shima, tp sesekali dia buat hal..shima dgn suami naik angin 1 bdn sbb karenahnya yg memeningkan kepala. Tak payahlah shima nak cite sume..buat sakit hati je. Pasal duit gaji pulak..shima mmg simpan gaji dia..sbb dia sendiri ngaku dia mmg boros. So 6 bln skali shima kirim ke kg dia di Jawa Timur.
 
Satu lg yg shima tak tahan si Nyami ni..kalau di bawa ke mana2 suka melaram ngalahkan shima. Isk..melawan tokeh pula dia ni. Dah ditegur bbrp kali, bukannya shima jealous...baju2 yg dibeli tu pun dia borong dr butik shima jg..tp shima rasa tercabar pulak sbb dia bergaya berlebih2an. Org pakai brooch cantik2 dia pun nak pakai, klu boleh apa yg aku ada dia pun nak jg .Keje kat dlm rumah pun bersolek mcm nak pi dating..nasib baik hubby i tak tergoda u..Biras shima pun 1 hal jg..suka msk campur pasal bibik ni..di ajarnya bersolek dan pakai lawa2.
 
Dan yg shima tak boleh lupa, masa Program 6P dulu. Shima tanya dia nak terus keje lg tak dgn shima. Dia kata nak, sbb klu ikutkan ms tu shima nak anta dia blk je..tp mengenangkan ibu mertua shima xde yg boleh menjaga mk shima gagahkan hati jg amik dia dan dia pun berjanji takkan bercuti ke KL lg. Sblm ni dia pernah meraung2 minta cuti raya ke KL selama 1 mgu nak beraya dgn sepupunya ( Tak taulah sepupu ke bf dia). Dia ni klu menangis buruk bebeno..meraung2 mcm kena dera atau mati laki. Sampai KL ms tu aku bg RM1000, RM900 kena kebas dgn sepupu dia..last2 nak beraya pun xde duit..nak tipon anak kat kg, terpaksa merayu2 kat hubby belikan topup..Bangang betullah..Balik dpd KL mabuk kepayang pulak dgn jantan lain...shima pun rampas balik Hp dia..dan lps tu senyap2 dia bergayut pakai tel rumah. Sblm ni mmg dia takut nak guna tel rumah..
 
Lps dia bersetuju dgn syarat2 tak boleh ada hp, x boleh bercuti ke KL dsb akhirnya shima pun buat permit baru 6P.  Hampir RM4k jg melayang, disamping penat shima ulang alik ke KL dan JB utk siapkan pasport dan permit baru dia. Bknnya dekat..buang minyak, masa dan tenaga..duit jgn cakapla. Dahle masa 1st time amik dia dulu shima habis RM5k. Lps tu bila permit lmbt siap dia ugut nak lari dsb. Masa tu dia dah buat alasan mcm2 rindukan anak2 dan mcm2 lagilah. So stlh berbulan2 dok menunggu, akhirrnya pasport dan permitnya pun siap awal ramadan yg lps. Oleh krn kesian dan percaya dgan janji manisnya shima pun benarkan dia pulang 3 hr sblm Aidilfitri dan siap beli tiket Air Asia pi dan balik. Hrga tiket ms tu RM1700. Nasib baik pakai duit dia sbb dia yg nak balik sgt raya..naik flight. Janjinya cuti 2 minggu je. Shima ckp dgn dia klu dia balik, shima bayar separuh hrga tiket tu. Gaji mmg dah bayar penuh..
 
Sbg tanda t.kasih atas khidmatnya selama ni..shima bg mcm2 baju, tudung, telekung dsb utk dia bw pulang dan beri pd sanak saudara. Sume baru pulak tu. Selain tu my hubby bg lagi duit saguhati sbg sbg upah menjaga arwah ibu mertua. Mmg penuh giler beg dia mcm balik haji. Kat rumah pun byk jg dia tglkan baju2nya..x taula lakonan ke ape..saja nak mengaburi mata shima agaknya yg dia akan dtg balik...
 
Dlm masa 2 mgu, jgn kata tel, sms pun haram..bkn tak tau no shima dan suami. Suami siap bg pinjam hp lg supaya si Nyami dpt hubungi kami bila pulang ke sana.Anak2 dah sibuk tanya bila bibik nak balik..so 2-3 hr sblm tarikh sepatutnya dia pulang hubby sms abang si Nyami
 
Akhirnya..si abangnya pun berkata " Pak, nyami mmg mau pulang, tp suami dan anak2 nggak mau dia pergi. " so..mmg betullah tekaan shima dia mmg takkan balik. Bg shima, itu hanya alasan...sbb shima rasa dia mmg merancang sesuatu. Kalau betul nak balik tak payahlah nak buat permit baru 6P. Masa tu balik free je. Mungkin dia nak keje tpt lain...
 
Masa dia x balik tu lintang pukang dan haru biru jg dibuatnya. Masa tu shima dah naik keje. Terpaksa amik cuti emergency..2 hari. Dahle minta cuti dgn boss bkn main susah, kena marah lagi..sbb emrgency..mmg malang nasib shima dpt boss yg tak berperikemanusiaan ni. Takpe..doa org yg teraniaya ni cepat diterima Allah. Mmg tension sgtlah masa tu. Suami plak terpaksa jg amik CRK lps tu 3 hari. Masa tu mmg menyumpah2 la mulut ni..kat si Nyami ni sbb menyusahkan shima sekeluarga. Shima tak marah sgt kalau dia berterus terang nak berhenti ke..nak sambung cuti ke..apa ke..at least ckp la..ni dia tgl camtu jer..mmg tension betul masa tu..mana nak cari pengasuh utk anak2 shima yg kecik tu.. 
 
Akhirnya ada jg yg sanggup menjaga Seri dan Razin..syukur sgt masa tu. Allah permudahkan pencarian kami..kwn2 yg membantu. Plg seronok dekat je dgn rumah..senang shima nak anta pg2. Kehidupan kami sekeluarga, slps ketiadaan bibik..mula2 tu mmg kelam kabut sgt. Sblm bibik dtg anak baru 2, jd masih terurus lg rumah. Tp lps bibik xde, anak dah 4..tu yg rasa mcm nak kiamat dunia. Kdg2 tu rasa stress sgt..smpi nak menangis..bila tgk rumah bersepah2..tak terurus dan tambah lg dgn keje sekolah yg bertimbun2..huhu. Masa tu dah terpikir nak resign je. Bila dah penat tu kgd2 masalah kecik pun jd besar..lps tu asyik berselisih paham dgn hubby bab keje2 rumah ni la...dugaan..
 
Selang 3 bln ketiadaan bibik..aku dah boleh terima seadanya. Aku buat apa yg termampu..baju tak berlipat smpi seminggu berbakul2 pun aku boleh tahan lg. Rumah bersepah..huh..dah jd biasa. nak buat mcm mn..anak2 kecik lg. Kejap je aku kemas bersepah balik. Cuma aku rasa hubungan dgn anak2 dah jd semakin rapat. Si Imran sbg abang yg sulung ku ajar utk menjg adik2 dan menolong apa yg patut. Dia dah pandai basuh pinggan, cuci kasut dan mandikan adik2, salinkan lampin adik. Itu la sbbnya Shima lama tak berblogging...huhu..busy menguruskan rumah tangga. Tp bab masak kek ni...isk..mmg tak boleh thn..mesti nak buat jg..gian klu x membaking hehe. Cuma dpt snap gambar je..nnti ada kelapangan baru bleh hapdet..hehe
 
Dulu, my hubby masih menaruh harapan agar si Nyami ni balik..sbb dia malas nak pening kepala cari bibik baru yg kita x tau perangainya. Bg shima pulak. masih menaruh harapan 20%..TAPI slps shima dpt tau dr mulut si Imran baru2 ni pasal si Nyami, hati shima dah tertutup sudah..Rupa2nya si Nyami ni tipu shima hidup2..diam dia ada simpan HP..dah hampir sethn. (Shima mmg x bg hp, sbb ejen pun tak membenarkan sbb byk sgt kes lari ni berpunca dr hp). Patutlah shima pelik, klu sblm ni..tiap2 bln dia minta belikan topup supaya dia dpt kol suami or anak2. (Shima akan pinjam hp Shima klu dia nak kol dlm setgh jam biasanya) kebelakangan ni dia senyap aje..mcm tak kisah kat family dia. Rupa2nya dia ada Hp..tak guna betul! Yg bangang bg Hp tu pulak si biras shima tu la..Yg pi belikan topup adik ipar..tah2 time shima pi keje dia bergayut je, sbb kdg2 shima pelik tgk keje x siap. Rumah pun x bersih mana pun. Bila  tanya dia kt anak2 shima x nak tido la..menangis dan mcm2 lg la. Shima rasa dia selalu jg tgk sinetron..nak marah lebih2 rumah shima xde CCTV.
 
Dan yg plg buat ma HOT sgt..si Imran bgtau pernah si bibik ni tinggalkan dia 4 beradik kat rumah..si Nyami pi jalan2 naik basikal hubby jumpa kwn2 dia dan pi kedai beli topup. Taman shima ni ramai jg org2 seberang ni..baik jd bibik..dan pekerja kontrak pun ada. Tak taulah si Nyami ni jmpa sape..Menyirap darah dibuatnya. Itu masa imran ada..masa si Imran ni pi sek..ntah apa lg yg dia buat..tak taulah shima. Sbb byk kali jg shima perasan bila blk keje, tgk dia melawa semacam. Imran ni pulak baru skrg bgtau. Bila tanya nape dulu x cakap..bibik warning kat dia..klu bgtau shima or hubby dia akan lari...so takutlah bdk2 tu bila kena warning. Lg2 yg no 2 tu..mmg sayang kat si Nyami tu..huh..tah ilmu apa yg dia pakai smpi bdk2 ni dengar betul ckp dia..
 
Shima tau si bibik ni mmg ada ilmu. Org sana dtg sini mana ada yg kosong..semua dah ada bekalan. Tpt asal dia mmg orgnya semua pandai ilmu hitam..malah dia yg ubatkan adik ipar shima supaya cepat sampai jodoh. Hah! bak tau, x smpi 2 mgu terus tergila2kan si biras shima tu dan tak lama lps tu kahwin. Ayah si Nyami ni pun bomoh jg..Tak taulah klu dia menipu supaya shima takut dgn dia..
 
Kesimpulannya...berhati2 klu terjumpa si Nyami @ Rupinah ni..takut anda tertipu dgn agen yg mengambil amah recycle ni. Tgk betul2 muka bibik ni..dia ada tahi lalat di tepi bibir..huh..mmg pandai bermuka2. Mulutnya mmg manis..so jgn cepat terpedaya.
 
Itulah dia secebis..ahak..ahak..bukan secebis dah..panjang berjela kisah si bibik yg tinggal kenangan pahit buat shima sekeluarga. Selepas berfikir beratus2 kali dgn hubby..kami buat keputusan utk tidak mengambil bibik lg buat masa ni. Biarlah rumah bersepah..tak terurus tp hati tak sakit..Lebih2 lg bila baca dlm blog, mcm2 karenah bibik yg amat menakutkan..buat shima tertutup hati nak mencari bibik lain. Baiklah shima simpan duit ni utk benda2 yg berfaedah...huh..dpd amik bibik yg kebanyakkan tak tau mengenang budi!
 
 

Lps dr percutian nii..si Nyami ni dah buat perangai..main ugut2 nak minta cuti seminggu. Walhal sblm ni dah berjanji tak blh bercuti ke KL di rumah sepupunya. Bangang tak bangangnya..padahal sepupu dia ni kaki penipu pernah kebas duit dia RM900 masa raya lps..itu pun nak jumpa lg..Tp x taulah klu dia tipu..tah2 sepupu tu boyfriend dia..