BUBUR CANDIL PANCAWARNA



Assalamualaikum...

Bertemu lg dgn resepi bubur candil warna warni ni. Anak2 tgk shima menggentel tepung, semua tak sabar nak tgu waktu berbuka..hehe..Resepi ni sama je mcm bubur candil labu, cuma shima tak letak labu..erm..sedap..nyaman je tekak bila makan..lbh2 lg klu dimakan sejuk..nyum..nyum. Jom kita tengok resepi...
BUBUR CANDIL
Sumber: Kak Yatie Memories
Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • 1 1/3 cawan air
  • sedikit pewarna hijau, purple dan pink
  • Air secukupnya= utk merebus bubur candil
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 1 ketul gula melaka=racik halus dan masak hingga hancur+1/2 cwn air= tapiskan
  • 2 helai daun pandan
Cara-Cara
  1. Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan sedikit garam ke dlm sebuah mangkuk.
  2. Campurkan air sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yg lembut.
  3. Didihkan air dlm periuk, bulat2kan adunan dan rebuslah ke dlm air yg mendidih.
  4. Apabila dah timbul bebola tu, bolehlah angkat dan tapiskan.
  5. Di dalam periuk yg lain, satukan santan cair dan santan pekat, masukkan sekali air gula melaka yg sudah di tapis tadi.
  6. Masukkan bebola candil tadi dan masukkan daun pandan...gaul sebati.
  7. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah...biarkan mendidih. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan.


No comments:

Post a Comment