N3 shima yg seterusnya ialah percutian di Jakarta. Sejak menjejakkan kaki ke kota Bandung tahun 2008, shima jd seronok dan tak sabar2 nak melancong ke kota2 lain di Indonesia. Selain atas urusan perniagaan terutamanya, aktiviti melancong ni memberi satu pengalaman baru yg menyeronokkan. Lebih2 lagi dapat mempelajari adat dan budaya negara lain, sejarahnya, makanan dan macam2 lagilah. Lebih memudahkan krn Indonesia dan Malaysia dianggap serumpun. Hal ini memudahkan lg interaksi rakyat di antara kedua buah negara.
Shima bercuti pd bln Jun 2009, selama 4 hari 3 mlm. Bertolak dari Senai Airport stlh tergendala selama 2 jam. Sepatutnya flight pd jam 9.20 tetapi atas sbb2 tertentu, jam 11.30 baru dpt bertolak. Risau jg memandangkan, shima takde booking mana2 hotel pun, main redah je. Dahla bw Azhad yg ms tu berumur 1 thn lbh. Tp shima nekad je..dan alhamdulillah kami selamat mendarat di Bandara Soekarno Hatta lebih kurang hampir jam 2 pg. Petugas di airport tersebut pun terkejut dgn keadaan kami yg begitu nekad dan berpesan2 agar kami berhati2.
|
Suasana mlm di bhg blkg airport..masa ni kami sdg tawar menawar mencari teksi utk menghantar kami ke hotel (Gambar Google)
Setelah berjaya mendapat teksi, kami pun meredah kota Jakarta untuk mencari hotel. Setelah 2-3 hotel kami kunjungi, akhirnya kami memilih utk menginap di Hotel Ibis. Hotel tersebut kami pilih krn terletak berhadapan dgn pusat beli belah Mangga Dua, yg terbesar di Jakarta. Jadi kami boleh berjalan kaki je...hehe..dah jimat kos kat situ. Rupa2nya ada bbrp org pengunjung dr Msia yg turut menginap di situ. Tp harga hotel tersebut lebih kurg sama je di KL utk hotel taraf 3 bintang.
Inilah dia Hotel Ibis..tpt kami menginap selama 4 hari 3 mlm. (Gambar Google)
|
|
Bilik kami...tak sempat selak langsir pun, sbb asyik jln2 je (Gambar Google) |
|
Lobi hotel dan kaunter tpt menyambut ketibaan kami... |
Hah!...sama tak dgn gambar di atas..nnti kwn2 ingat shima tipu lak...ni je la foto yg tinggal yg lain sume hilang dlm hp huhu...
|
Selama 2 mlm shma dinner di kafetaria hotel. Tak berani nak berjln2 di luar hotel krn di kaki lima hotel ramai sgt penjaja. |
|
Dah x ingat mkn apa...rasanya mcm en. hubby mkn bakso, shima mkn kuetiew. Azhad mknn kegemarannya kat sini keropok udang. |
|
Posing lg... |
|
Utk ke Mangga Dua dr hotel Ibis, anda perlu melalui jalan raya yg sungguh sesak ni...tak jauh, jln kaki lbh kurang 10 min..klu anda mmg terror melintas hehe |
|
Pg2 lg kami dah ke sini..byk kedai x buka lg. |
|
Shopping mall di Mangga Mall ni bersambung2 dgn shopping mall yg lain...letih berjln dahla byk tingkat. Nmpk x A&W tu, kat situlah kami lunch..huhu.
1st day di Jakarta, kami berjalan2 di Mangga Dua je...itupun amik masa sehari sbb shopping mallnya besar sgt...tapi shima tak berapa seronok sbb tujuan shima yg utama nak cari busana muslimah di sana. Kat Mangga Dua mmg ada, tp pilihannya tak banyak. Kalau brgn lain banyaklah, shima beli jg la blouse, handbag, beg sekolah, dan sandal dan baju kanak2 utk di jual di butik.
Balik hotel kami berehat sakan, sbb dah lenguh sangat kaki krn byk berjalan. Lunch kami .mula2 mkn A&W, lps tu dah ptg sikit mkn Mc Donald. Tapau bw blk hotel. Kat sini mkn fast food mesti ada nasi..mcm pelik pulak bila mkn ayam goreng, dgn nasi dan sos cili. Tp klu x nak nasi pun boleh..mkn je set biasa mcm kat Msia.
Oleh krn tak puas hati x jumpa brg yg diingini, kami pun minta bantuan pekerja hotel utk carikan kami supir utk bw ke tpt lain. Mrk cdgkan kami ke Tanah Abang..pd pg esok..krn di sana lbh byk pilihan utk brgn muslimah. Alhamdulillah esoknya, kami diperkenalkan dgn Pak Ajat...dia la jd supir kami sepanjang masa di sini. Orgnya pun boleh lbh kurang..dan ramai jg pelancong dr Msia rupanya yg menggunakan khidmat Pak Ajat ni..
Sepanjang perjalanan ke Tanah Abang, jalannya macet...sesak teruk. punyalah ramai manusia tak tau nak cakap. Menurut pak Ajat selain pelancong dr Msia, penduduk Indonesia yg terdiri dpd peniaga kesemuanya berkumpul di sini utk membeli pelbagai brgn secara borong. Shima rasa teruja sgt tgk brgn2 yg djual...cantik dan halus sungguh buatannya. Jika nak dibandingkan dgn Pasar Baru Bandung, barangan di Tanah Abang ini lebih cantik dan byk pilihan krn barangan2 tersebut diperoleh dr serata Indonesia. Peniaga2nya pun dr berbagai suku kaum..spt ada org Minang, Sunda, Padang dan bermacam2 lg lah. Telekungnya pun cantik2 sgt...dan klu pandai tawar menawar boleh dpt dgn hrga yg murah. Mcm shima beli secara borong, dptlah harga murah. Sehari suntuk shima di sini, byk jg brgn yg shima beli spt telekung, blouse muslimah, baju renang kanak2 muslimah, tudung dan alas meja. Mmg puas hati sgtlah bershopping di sini...Shima rasa hrga borong di Bandung dgn Tanah Abang ni x byk beza, tgk jenis brgn yg dibeli...tp dr segi pilihan mmg di Jakarta la syurganya. Boleh tgk gambar2 di bwh ni..ni shima amik dr pakcik Google, mcm shima dah ckp dulu, gambar shima byk dah hilang...tinggal ni je la yg ada.. |
Gambar Google
|
gambar Google |
|
Mcm ni la rupanya Tanah Abang, manusia punyalah ramai. Cuma Pak Ajat pesan hati2 saja dgn pencopet...
Slps sehari suntuk berjln2 di Tanah Abang, kami mkn lunch di Food Court Tanah Abang...klu x silap shima mkn Nasi Timbel...dgn Es Kacang . Mlm kami dinner di hotel lagi. Keesookan harinya, sementara menunggu flght jam 6, kami minta Pak Ajat bw kami ke shopping mall yg lain. Pak Ajat bw jln2 di sekitar Kota Jakarta dan akhirnya kami di bawa shopping di ITC mall Cempaka. |
|
Suasana di dalam ITC mall (gambar Google) |
|
Keadaan di luar ITC Mall (gambar Google) |
Suasana di ITC Mall juga sgt sesak...ramai pengunjung membeli belah di sini. Kedainya jg byk...dan shima sempat jg beli tudung lukis...utk dijual. Selain itu shima beli sedozen tudung kanak2 yg sgt kiut miut. Harga di sini murah jg jika dibeli secara grosir...rekaannya pun menarik dan up to date jg. Setelah 4 hari di Jakarta byk jg kenangan yg tak dpt dilupakan...oh ye, sblm balik shima beli 4 bungkus keropok udang yg sgt disukai oleh Azhad utk dibw plg sbg ole2..penuh beg, smpi org kat situ pun pelik sbb kami bw dlm plastic yg besar utk dibw naik ke dlm kapal...mmg sedap sgt kerpoknya.
|
Inilah keropok udang yg sgt digemari Azhad... |
Erm..rasanya itulah dia yg shima dpt share utk hari ni...Kesimpulannya klu ada kesempatan mmg shima ingin ke sana lg terutamanya di Tanah Abang. Shima selamat tiba di Senai Airport jam 7 ptg...dan oleh krn brg2 di tahan oleh pihak kastam...selepas sesi soal jwb dan cukai..shima smpi di rumah jam 9.30 mlm.
No comments:
Post a Comment