Assalamualaikum...
Shima nak sambung lg n3 yg dah tertangguh je sejak smlm. Hah ni lauk favourite hubby, sbb dia yg beria2 nak mkn ikan masak sup. Actually kami beli ikan merah, tp ikan tu pulak kurang elok..dah lembik dan merah matanya, so hubby terus ganti ikan lain yg nampak elok sikit iaitu ikan ayam. Emmm sedap gak...agak lembut isinya. So..sape2 nak kan resepinya, boleh salin ye..
SUP IKAN AYAM
Bahan2nya;
Ikan ayam secukupnya
5 bawang merah- hiris
3 bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
Sedikit serbuk perencah sup
Kayu manis, buah pelaga dan bunga
lawang
Daun sup
Bawang goreng
Lada hitam - tumbuk kasar
Garam
Cara Menyediakan;
Panaskan minyak dan tumis rempah
penumis dan bahan bahan
yang dihiris sehingga wangi.
Masukkan air secukupnya dan masak
sehingga mendidih.
Masukkan ikan dan lada hitam yang ditumbuk serta
sedikit rempah
sup. Taburkan
sedikit daun sup dan garam. Sesuaikan rasa dan
bolehlah diangkat dari
dapur.
No comments:
Post a Comment