Salam 1 Malaysia...
Resepi yg Shima nak share hari ni merupakan resepi yg shima pelajari masa amik kursus membuat kek 6 in 1 dgn sifu Ija di Kluang. Sedap tau kek buah ni moist dan gebu sgt..ditambah lg dgn rasanya yg sedap. Shima buat tak penuh cup..sbb nak dpt byk cup cake. Actually shima buat cup cake ni utk disedekahkan utk kanak2 yg mengaji di rumah ustaz yg mengajar imran mengaji. Imran baru je naik al-Quran, jd ustaz tu, minta shima sediakan pulut kuning sbg tanda kesyukuran krn imran dah tamat Iqra'. Alhamdulillah...Selain dpd pulut kuning dgn rendang ayam, shima turut sediakan cupcake utk kanak2 tersebut. Ok..kalau pn2 sukakan kek buah2an boleh cuba resepi ni..memang sedap...nyum..nyum..
Kek Buah / Cupcake Buah
Bahan2nya
Bahan A
250gm butter
180gm gula castor
* Pukul hingga kembang. Kemudian masukkan
2 tbsp golden syrup
1 tsp esen vanilla
2 tbsp prune paste
6 biji telur gred A - dimasukkan 1 persatu.
Bahan B
250gm tepung naik sendiri
1 tbsp baking powder
* diayak bersama
150gm mixing fruits - ambil sedikit tepung diatas dan gaul bersama
Ambil bahan A masuk bahan B sedikit demi sedikit, kaup balik hingga selesai kemudian masukkan buah. Kaup balik hingga sebati.
Bakar selama 50-60 min . Suhu 150'C.
No comments:
Post a Comment