CUTI-CUTI MALAYSIA : ZOO TAIPING


Assalamualaikum

Ha...sblm kita terus kpd tajuk...mesti ada mukaddimah  ye tak? Ini kisah yg berlaku pd bln Mac 2012. Lama dah...Actually, pemergian shima ke Perak ni atas 2 sbb. 1. kerana mengiringi adik ipar shima yg plg bongsu utk bernikah dgn gadis pilihannya. 2. Utk menunaikan hasrat arwah ibu mertua shima yg mengharapkan shima sekeluarga ke sana bg mengiringi adiknya pd majlis yg amat bermakna utknya.  


Sebenarnya, arwah ibu mertua shima meninggal dunia 3 minggu sblm majlis akad nikah berlangsung. Mmg agak terkilan dan sedih, krn hasrat beliau utk melihat anak bongsunya mendirikan masjid tidak kesampaian.  Apapun...Shima mendoakan moga arwah ibu mertua shima di masukkan ke dalam syurga bersama2 org yg beriman..Amin..


Majlis pernikahan ini berlangsung di masjid Kuala Kangsar, Perak...lupa plk apa nama masjidnya. 


Sebaik saja selesai majlis akad nikah tsbt, shima sekeluarga pun terus ke Taiping. Mmg hasrat hati nak bw anak2 bermandi-manda di Bkt Merah Lake Town Resort pd hari esoknya. Punyalah payah cr hotel, akhirnya terjumpa hotel ni..di tgh bandar Taiping...yg lain sume dah fully booked.


Malam tu shima stay di Hotel Vistana Micasssa. Hotel bertaraf 2 bintang. Lokasinya mmg strategik di tgh bandar. Biliknya, kecil, tp selesa. Shima booking 2 blk utk shima dan maid. Tiada sarapan disediakan.  Cuma yg tak seronoknya hotel ni, di bilik shima dan maid, pihak pengurusan telah membekalkan sebuah kitab Bible di dlm laci. Shima tak pasti pulak bilik2 lain. Tp oleh krn, shima rs tak selesa, shima minta suami pulangkan kedua2 kitab Bible itu di kaunter hotel. Mesti...ada agenda yg tersirat...huh..

   
Setelah hilang penat, mlm tu, shima dan family berjalan2 ke Zoo Taiping...nasib baik tak jauh.
Tak ramai pengunjung pd mlm tu..so bila naik tram..byk tpt kosong..


Besar jg zoo taiping ni...tp oleh krn pd waktu mlm gelap, kamera shima tak dpt nak merakam gambar2 binatang di zoo tsbt. Maklumlah kamera biasa je...kamera hp pun sama gak. So..gambar2 ni je la yg dpt...huhu


Apapun, anak2 berasa seronok dpt ke sini...walaupun pd waktu mlm. Cuma yg tak syoknya, balik dr zoo si kecik Razin, asyik menangis je kat bilik hotel. Mujur shima bw laptop..so sepjg mlm tu shima buka ayat2 suci Al Quran smpi la ke pg...alhamdulillah..kurangla tangisnya..

Tgu n3 shima seterusnya, ttg percutian shima ke Bukit Merah Lake Town Resort......ta ta, ti ti, tu tu...

CUTI-CUTI MALAYSIA : HOTEL HAVANITA, MERSING


Dalam n3 sblm ni, shima ada cite yg shima stay di Hotel Havanita, Mersing, sementara family shima yg lain stay di Fishing Bay, Resort. Walaupun jarak antara kedua2 tpt ni mengambil masa hampir 10 min, namun shima sgt berpuas hati dgn hotel ini...


Shima stay bilik Superior je klu x silap. Tp sgt selesa...dgn anak shima seramai 4 org. Yg besar, tido kat sofa besar, yg lain tu mestilah nak berkepit dgn maknya..


Kadar sewa pun sangat memuaskan...dan berbaloi dgn kemudahan yg disediakan. Toilet pun cantik tau..tp xde gambar...


Walaupun di luar hotel tu nampak mcm biasa2 je....tp bila dah msk  wah...mcm tak caya pulak dalamannya cantik ko....kreatif, perabot pun boleh thn cantik...


Ha...sape2 yg nak jln2 ke Mersing or Pulau Tioman ke..or ke mana2 je la..yg kebetulan lalu bandar Mersing, bolehlah menginap di hotel ni...mmg puas hati!
Tapi korang jgn ingat hotel ni bertaraf 4-5 stars, sbb hotel ni takde swimming pool. Jgn pulak korang beria2 bawa swimming suit, pelampung, dan tah2 apa2 lg tu...mmg xde..hookeh!


Breakfast pun turut disediakan..makanannya pun ok..jg..cuma tak byk pilihan. Tgk tu..lps mkn, kita org pun berposing anak beranak kat cafe hotel...

Lps breakfast....posing plk kat dlm cafe
Ni kat luar hotel, sblh cafe
Ni kat dlm cafe...tgk gambar pemandangan laut kat blkg tu...

Cik abg yg mula2 malu2 kucing, last2 nak amik gambar jg....eleh...malu konon...hehe

Di lobi hotel...

Dipendekkan cite, shima sgt berpuas hati dpt menginap di hotel ni..Bg shima semuanya ok..hotelnya selesa, design pun cantik...layanan pun bagus...lokasi jg strategik...Shima bg 4 bintang....Ho Yeah!!!

Klu nak lbh detail..boleh tgk website hotel or website dibwh ni...
http://www.journeymalaysia.com/citymersinghavanita.htm

CUTI-CUTI MALAYSIA : FISHING BAY RESORT, MERSING



Assalamualaikum...

Lepas cite pasal makan, masak dan makan lagi, n3 kali ni cite pasal cuti2 bersama family. Shima pun ingat2 lupa bila shima ke sini. Rasanya macam bln Nov 2012. Actually, shima tak menginap di sini, tp my whole family bermalam di sini. Ceritanya, plan asal shima tak dpt join family day ni, sbb ada hal yg tak dapat dielakkan. Tp tiba2 plan asal tu x jd, tu yg dgn muka poyo...shima terpaksalah cari hotel lain kat Mersing utk menginap. Nasib baik Hotel Havanita masih ada kekosongan...Yg tu nnti shima cite kat N3 yg lain..sbb best wooo tido kat hotel tu....


Setelah 2 hari berada di sini, bg shima tempat ni bolehlah...utk menghilangkan stress. Pemandangannya cantik dan kawasannya jg agak luas.


Biliknya, shima x dpt komen, sbb shima pun tak tido situ...ada byk jenis..bolehlah pilih yg mana satu. 



Oleh krn ia di kawasan teluk, jd ia agak berbatu...dan bg shima, pantainya biasa saja. Mungkin pd org lain, tak berapa kisah, tp shima ni penggeli sikit...sbb bila shima berjalan ke tgh laut....shima rasa geli sbb kaki ni terpijak lumpur atau selut..bukannya pasir...lembik..eiii....tu yg tak lama mandi sbb geli..



Nak mandi kat kolam plk...dah penuh dgn budak2 je...huhu. Jd dpt tgk je la....last2 main air kat tepi pantai je..

Mak dara yg asyik berposing..

Masa ni menahan geli...terpijak selut..eii...
Ok...kat sini juga ada disediakan tpt utk bbq..tp dikenakan bayaran. Alamak shima lupalah brp kena bayar..maklumlah dah lama...

Seronoknya bila dpt wat bbq mcm ni....
Tgk tu....mcm2 ada, lps mkn sume menyandar kat dinding...
Apapun, percutian ni bg shima seronok sbb dapat berkumpul bersama keluarga. Walaupun ada yg tak dapat join..tp ia tidak menjadi masalah. Yg penting sume org happy....yeay..yeay...

SELAMAT TAHUN BARU 2014



HARAPAN TAHUN BARU 2014

- Semoga impianku utk menjadi tetamuNya pada 26 Mac 2014 ini dimakbulkan dan dipermudahkan Ya Allah. Panjangkan usiaku dan berilah kesempatan untuk aku perbaiki lagi diri untuk menjadi muslimah berpandukan tuntutan agamaMu.

- Semoga aku dan keluargaku diberikan kesihatan dan kekayaan (hati) yang baik olehMu. Kukuh dan kuatkanlah ikatan kami sekeluarga. Terangkanlah hidup dan hati kami dengan cahayaMu dan persiapkan kami untuk ke jannahMu.

- Semoga aku dan keluargaku dilimpahi dengan redzekiMu yang melimpah ruah untuk dikongsi bersama hamba2Mu yang lain. Semoga kami sekeluarga semakin rapat dan sayang-menyayangi di antara satu sama lain.

- Semoga aku menjadi isteri yang solehah utk suamiku, ibu mithali utk anak2ku, anak yg baik utk kedua ibu bapaku dan muslimah yg terbaik utk saudara seagamaku.

- Semoga aku dikurniakan kejayaan dalam apa jua yang ku lakukan, sama ada dalam kerjaya dan perniagaan.

- Semoga ditingkatkan darjah keimanan ku. Please, ya Allah.

-Semoga tahun ini, mengajar aku menjadi isteri yang menghormati suami, berlemah lembut dan menjaga tutur kata, krn aku ni brutal...cakap mmg agak kasar...tp lembut hati sebenarnya...cewah...

- Dan, semoga tahun 2014 ini, aku berjaya ubat penyakit hati including makan hati, mengumpat, tidak berlagak, tidak sombong dan kufur nikmat, tidak riak / ujub dan terhindar daripada penyakit2 hati lain yang seumpama dengannya. 

- Sebenarnya, ada banyak lagi...tp biarlah aku simpan sikit..sbb agak peribadi. Apapun, aku mengharapkan, tahun ini membawa seribu kejayaan dalam kehidupan ku. Amin...

APPLE CRUMBLE


Assalamualaikum.....

Tu dia resepi yg dah terperam lama...tp x sempat2 nak post. Bg shima rasanya sedap...tp anak2 yg tak biasa mcm anak shima ni..dia mkn sikit je..lbh2 lg bila dia rasa serbuk kayu manis ni. Seri plak dia suka mkn sos kastard je...apple crumble tu dia kuis2 je ltk kat tepi piring. Maka terpaksalah shima yg kena abiskan...huhu. 
Okey...jom la tgk resepinya...klu ada buah epal ijau yg terlebih bolehlah try resepi ni ye..

RESEPI APPLE CRUMBLE


Size: 6"x9" casserole

BAHAN2:

3 biji Epa Fuji - kupas kulit & hiris

3 sb Gula Perang*

1 st Serbuk Kayu Manis* (* campur) 

75g Tepung

40g Mentega

1 sb Gula 

SOS KASTAD:

250ml Susu Segar

1 sb Gula

1 sb Tepung Kastad

1/2 st Esen Vanilla


CARA2:

1. Gris bekas kaserol and susun hirisan epal.

Tabur 1 sb gula campuran kayu manis.

Susun lagi hirisan epal & ulangi sehingga 3 lapis.

2. Campur tepung & mentega seperti serbuk roti.

Campurkan gula & tabur ke atas hirisan epal.

3. Bakar 180C selama 30 minit.

4. Campur rata kesemua bahan sos kastad.

Masak dgn microwave 4-5 minit, kacau setiap seminit.

5. Hidangkan Apple Crumble dgn sos kastad & aiskrim vanilla.