CUTI-CUTI INDONESIA : BANDUNG LAGI (Part 4)


Seperti yg dah shima janjikan, Part 4 ini, shima akan tunjukkan hotel tempat Shima bermalam selama 2 malam. Sebelum itu, shima bermalam di El Cavana Hotel di tengah2 Kota Bandung. Agak sibuk dan sewanya juga agak mahal. Bg shima, agak rugi sewa hotel yg mahal, sbb kami hanya bermalam saja di hotel, sedangkan di waktu siang kita pasti akan berjalan2 utk bershopping atau melawat2 tempat2 yg menarik di Bandung.


Setelah puas berpusing2 mencari hotel, akhirnya kami memutuskan untuk bermalam di sini iaitu Hotel Latief Inn. Sebabnya yg plg penting sudah tentulah ada kemudahan Wifi di bilik, kemudian harganya yg berpatutan, keadaan hotel yg bersih (hotel ni masih baru jg beroperasi ketika itu) dan hotel ini dimiliki oleh usahawan Muslim keturunan Minang (hihi...sbb sempat berbual dgn ibu kpd pengurus hotel tersebut yg peramah orangnya)


Staf di sini jg peramah. Kawasan di sini lebih aman dan selesa krn ia terletak di kawasan perumahan dan jauh sikit dari kebisingan kota.

Pemandangan hotel dari sebelah luar
Kawasan ini didiami oleh golongan elit, krn rumah-rumah di sini hampir kesemuanya rumah mewah. Terpegun sejenak melihat rumah2 yg cantik di sini..melambangkan kemewahan yg dimiliki oleh penghuninya. Jika kita melihat sinetron di kaca TV, tentang jurang antara miskin dan kaya..memang benar bagai di kata. 





Ni pintu masuk hotel


Namun begitu, di celah2 kota Bandung ini saya terjumpa jg dgn golongan sederhana yg memiliki rumah teres yg mendiami kawasan2 perumahan tertentu. Menurut pemandu kami kebanyakan golongan ini bekerja dengan kerajaan, seperti tentera. Mereka juga disediakan quartes kerajaan seperti negara kita. Tapi apa yg pasti yg tentera mereka mestilah bangsa Melayu Indonesia. Namun jumlah mereka yg dapat bekerja dgn kerajaan ini terlalu kecil berbanding jumlah penduduk Bandung yg padat. Malah pemandu kami juga berkelulusan universiti! Jika tiada 'org dalam' katanya jgn harap dpt bekerja dgn kerajaan,..katanya. Wallahua'alam...

Ni kat kafe sebelah luar

Ni pulak kat lobi...simple je. Kalau di Malaysia di hotel bajet, tp tetap cantik..
Namun apa yg saya puji di sana, kaum2 lain tidak dibenarkan memiliki tanah. Mereka boleh membeli dan memiliki rumah sebesar dan semewah mana pun, tp tanah tetap dimikili oleh penduduk pribumi. Mmg jauh berbeza dgn negara kita. Kaum-kaum lain seperti cina juga sangat fasih berbahasa Indonesia sampaikan mereka tidak tahu bercakap bahasa ibunda mereka sendiri. Mmg saya puji tang tu...sbb jati diri mrk sbg rakyat Indonesia yg begitu menebal. Kalau la Malaysia ku seperti itu. Namun dari segi ekonomi...kita mmg maju ke depan dr mereka..yg ni mrk x boleh lawan...hihi..

Ni ruang utk bersantai yg terletak di kafe bahagian dalam hotel

Ni la bilik kami...simple tapi menarik

Toilet pun ok

Ok, dah penat shima membebel...mcm promosi hotel ni pulak. Overall shima puas hati sgt tinggal di sini. InsyaAllah jika ada peluang ke Bandung lagi, shima nak stay di sini lagi. Oh ye..di sini jg ada menyediakan breakfast tau, Tp menu yg simple je la...okla utk alas perut sblm kita pi shopping. Penat cite ni ada diskaun tak kalau datang ke sini lg ni...hihi.

Kita sambung lagi..Part 5 ye...shopping! shopping! dan ke tempat makan malam yg WAJIB shima pi setiap kali ke Bandung.

CUTI-CUTI INDONESIA : BANDUNG LAGI (Part 3)

Alhamdulillah setelah penat berjalan di siang hari, kami sempat merehatkan diri di hotel baru. Part 4 nnti shima tunjukkan di hotel mana shima bermalam. So...kena tunggu ok!

Part 3 ni, shima nak tunjukkan tpt shima dinner. Shima pun 1st time ke sini. Itu pun setelah shima baca pengalaman rakan2 blogger tentang kepelbagaian makanan di sini. 

PASCAL FOOD MARKET

Itulah nama tempatnya. Mmg betul2 food market di sini. Suasana malam sungguh meriah di sini. Mmg ramai pengunjung..dan rasanya ia dibuka hingga jauh mlm. Walau bagaimanapun, shima tetap berhati2 dalam memilih makanan halal di sini. Risau jugakan...

Antara yang menarik di sini...tpt mkn ini dikelilingi deretan kedai yg agak sibuk pd mlm hari

Abaikan papan tanda tu...

Tgh jln2 pilih kedai...walaupun byk gerai tp ada jg yg x kena dgn selera

Rekabentuk gerainya simple tapi menarik krn mengekalkan ciri2 dan budaya Indonesia

Termenung menunggu menu yg lain

Guna kamera hp..gelap sikit. Antara menu yg kami order Nasi Madura, Surabi, Pisang Panggang Cheese

Yg dah tinggal seciput tu Pisang Panggang Cheese...sedap giler. Dlm mangkuk pink tu surabi berkuah santan. 1 lg tu surabi jg...tp xde kuah.

Cik abe mkn sedap je...tp mmg sedap pon...hihi..

Nak balik dah...sempat posing dulu,

Ingat eh,,nama tpt tu..Paskal Food Market

Tu dia yg shima cari setiap kali dtg ke Bandung...Pisang Cheese...

Ok...perut dah kenyang..mata pun layu la. Kos upah supir Rp150 000...mahal jg, sbb dia tunggu smpi kami abis makan. Ajak mkn dia tak nak pulak...erm. Jawab la kau kat akhirat nnti kalau menipu..

Kita sambung lagi Part 4 ok...shopping dan jalan2 lagi di Kota Paris Van Java..

CUTI-CUTI INDONESIA : BANDUNG LAGI (Part 2)

Part 2...

Um...cak! Assalamualaikum semua. Kita sambung lg kisah di Bandung pd hari ke 2. hari ni shima plan nak pi Pasar Baru dan ke Gramedia. Hah, apa tu Gramedia? Ok, jap lg kita tgk.

Sebelum tu jom jamu mata, tgk shima sarapan apa di Cavana Hotel. Sarapan yg disediakan oleh pihak hotel ialah nasi putih, beserta beberapa jenis lauk. Rasa plk...okeylah pd tekak shima. Klu x nampak boleh zoom eh...kat nasi tu ya..apa lauk yg shima pilih...


Mem baru nak mkn...

Sempat posing sepit udang lg....

Cafe ni kat floor atas skali...nmpk pemandangan kota bandung kat sini..

Check out time....

Lawa plk sofa kacang ni...

Lps check out lebih kurang kul 10.30, kami pun berjalan kaki ke Pasar Baru. Jaraknya cuma lebih kurang 10 min je...tp penat sbb terpaksa menggalas beg, sbb kami nak tido hotel lain plk mlm ni. Oleh krn ni kali yg ke 3 ke Bandung, jd aku xdelah excited sgt nak bershopping. Dulu mmg beli borong pakaian dan pelbagai lg utk tujuan biz. Tp kali ni beli brg utk keperluan sendiri dan anak2 je selain buah tgn utk kwn2 dan adik beradik.

Pilih jgn tak pilih kak....last2 x beli jg blouse tu 

Sibuk pilih baju mandi anak...kat sini mmg murah giler 

Dah bershopping, perut pun berbunyi minta diisi....

Punyalah byk lauk...smpi x tau nak mkn yg mn satu

Lauknya mmg sedap...tapi...tak larat nak abiskan semua...

Tak sangka plk 1 set dia blh hidang mcm ni...hubby plk order set lain pun bertimbun2 jg lauknya...


Sah mmg betul kami kena sembelih....sume yg kami mkn lebih kurang 150000 Rp. Lebih kurang RM50 duit kita.  Nasihat Shima mn yg baru 1st time pi, berhati2hatilah ya..dgn peniaga yg cekik darah ni. Dah 2 kali pi, x penah lak kena tipu, kali ni boleh terkena nasib..nasib..

Lepas beli barang, kami pun naik Vios dlm misi utk mencari hotel utk kami menginap mlm ni. Sbnrnya kami dah booking sebuah hotel, tp bila pi tgk keadaan hotel yg agak menyeramkan terus kami cancel nak check in di situ. Kami minta supir, ronda2 utk cari hotel lain. Pd kami yg penting kat bilik mesti ada wifi...hehe...senang nak wassap dgn anak2...
Ini la Gramedia. Gedung buku terbesar di Bandung. Mcm2 buku ada.




Ni swimming suit utk anak2. Rasa mcm dah dpt plg murah, Tp rupa2nya kat Tanah Abang Jakarta lg cantik dan lg murah.

Ni la buku2 yg cik hubby cari kat Gramedia, karya Ippho Santosa. Kat Malaysia mungkin ada tp terhad.

Ok...kita sambung lg kat Part 3, kat mn shima dinner mlm tu. Best tau tempat ni...1st time shima mkn kat sini. Shima rekomen sgt anda mkn di sini. Nak tau apa nm tempatnya...TUNGGGUUUU!!!

CUTI-CUTI INDONESIA : BANDUNG LAGI....(Part 1)


Assalamualaikum.....

Erm.....Bandung lagi. Ni kali yg ke 3....Tak tahulah nape aku suka sgt dtg ke sini. Rasa tak jemu melihat pemandangan yg indah di sini, selain mknn yg amatlah sedap dan murah di sini. Shopping?? sudah tentu...tp itu bukanlah matlamat aku dtg ke sini kali ni. Agenda kali ni ialah untuk honeymoon dgn cik abe yg tersayang...haha. Sebab tu la pi berdua je....1st time dulu pi 1 family, 2nd time bertiga dgn kawan. Kali ni mmg berdua je tau....sempena birthday my hubby tercinta pd 28 Nov 2013. Kami ke sana 5 hari 4 mlm. Berlepas dari Senai Airport JB dan mendarat di Bandara Soekarno Hatta, Jakarta. Oleh krn di Senai cuma ada sekali je penerbangan ke sana, maka kami mmg xde pilihan. Flight  ke Jakarta lebih kurang 1 jam 30 min. Memandangkan aku pi dah hampir sethn dan skrg hehe baru nak update...maka aku terlupalah jam brp. Tp yg pasti kul 4 lbh, sbb aku sampai Jakarta sudah hampir maghrib di sana.

Di Senai Airport

Masuk melalui Pintu 2

Pemandangan dari perut kapal..

Alhamdulillah, dah pun sampai di Bandara Soekarno Hatta Jakarta


Nasib baik tak berbaris panjang...

Hari dah hampir gelap, padahal baru jam 6. 

Kami memang dah plan nak naik bas, sbb apa pun kami nak bermalam di Bandung jg hari tu. Bukan apa, kami x nak rugi masa. Kalau kami bermalam di Jakarta dan bertolak ke Bandung esok pg....waduh! jam brp baru smpi Bandung..belum kira macetnya lg. Mmg shima x sanggup!. Biarlah smpi lewat mlm. Kalau macet (jem le) pun, x panas sbb waktu mlm, Celik mata, sok pg dah ada kat Bandung, ye dak? So...spt yg shima jangka, perjanan dr Jakarta ke Bandung mmg macet, tp taklah seteruk pd hujung minggu. Kami tiba di Bandung hampir jam 12.30 pg. Itu pun tak sampai hotel lg. Kami turun kat bus stop dan kena naik cab ke hotel. Supir tu caj 50000 Rp. Erm...dah kena sembelih.

Dlm bas X Trans...comel je basnya..

Ni kaunter bas X Trans...senang je nak cari. Kuar je dari pintu arrival..nmpk kaunter bas ni.
(Gambar Google)

Ni le basnya..comel je. Rasanya muat dlm 20 org kot.
(Gambar Google)

Ni antara pemandangan di waktu mlm

Dah x ingat kat mana lah....

Kreatif kan....

Dah pun smpi di lobi hotel. Mmg dah book awal2 dr rumah. Nak tido 1 mlm je...sbb boleh thn mahal hotel ni.

Jom layan gambar dlm bilik ni...






Yg mcm cermin tingkap tu toilet...jgn risau ada langsir..hehe
Kat toilet pun nak amik gambar ke? hehe suka sbb cantik...



Ok...gitu gini, perut pun dah berkeroncong minta diisi. Tgk jam dah kul 1 lbh. Ada ke kedai mkn yg buka mlm2 buta ni. Kata en.hubby, kita redah je la...tanya kat receptionist dia kt ada kopitiam tp kena jln jauh sikit la. Alamak...dahle tpt org..takut jg sbb x biasa. Suami kt kita nekad je la...so kami pun berjln2 la lengang lenggok...mujur x ramai org. Walaupun gitu, mulut ni x berhenti2 jg berdoa mudah2an selamat.

Hah! nak tau apa yg kami jumpa...Bangi Kopitiam. Wah!...bangga jg ada kopitiam Malaysia kat sini. Dah tak ramai pelanggan, maklumlah dah jauh mlm. Kami pun cepat2 wat pesanan...almaklumlah perut dah lapar giler ni...

Tgk tu buku menu dia...cantik kan...

Tulisan Bangi tu kecik sgt, berbanding Kopitiam...Kopitiam ni terletak di bawah Hotel Gino Feruci je

Sempat berposing sambil tgu order...cantik kopitiam ni..







Dah x ingat apa nama mee ni...so simple, tp rasanya sedap ko...

Ni en. hubby punya...menu diet dia .hehe...

Dah kenyang...jom balik...sempat berposing dpn kopitiam.

Pemandangan dari seberang jalan

Inilah hotel tpt kami tidur mlm tu EL CAVANA HOTEL.

Sampai je hotel, mandi...dan terus PENGSAN......Ok..kita sambung lg nnti. Ada byk part lg tau...maklumlah 5 hari...