CUTI-CUTI INDONESIA : BANDUNG LAGI (Part 4)


Seperti yg dah shima janjikan, Part 4 ini, shima akan tunjukkan hotel tempat Shima bermalam selama 2 malam. Sebelum itu, shima bermalam di El Cavana Hotel di tengah2 Kota Bandung. Agak sibuk dan sewanya juga agak mahal. Bg shima, agak rugi sewa hotel yg mahal, sbb kami hanya bermalam saja di hotel, sedangkan di waktu siang kita pasti akan berjalan2 utk bershopping atau melawat2 tempat2 yg menarik di Bandung.


Setelah puas berpusing2 mencari hotel, akhirnya kami memutuskan untuk bermalam di sini iaitu Hotel Latief Inn. Sebabnya yg plg penting sudah tentulah ada kemudahan Wifi di bilik, kemudian harganya yg berpatutan, keadaan hotel yg bersih (hotel ni masih baru jg beroperasi ketika itu) dan hotel ini dimiliki oleh usahawan Muslim keturunan Minang (hihi...sbb sempat berbual dgn ibu kpd pengurus hotel tersebut yg peramah orangnya)


Staf di sini jg peramah. Kawasan di sini lebih aman dan selesa krn ia terletak di kawasan perumahan dan jauh sikit dari kebisingan kota.

Pemandangan hotel dari sebelah luar
Kawasan ini didiami oleh golongan elit, krn rumah-rumah di sini hampir kesemuanya rumah mewah. Terpegun sejenak melihat rumah2 yg cantik di sini..melambangkan kemewahan yg dimiliki oleh penghuninya. Jika kita melihat sinetron di kaca TV, tentang jurang antara miskin dan kaya..memang benar bagai di kata. 





Ni pintu masuk hotel


Namun begitu, di celah2 kota Bandung ini saya terjumpa jg dgn golongan sederhana yg memiliki rumah teres yg mendiami kawasan2 perumahan tertentu. Menurut pemandu kami kebanyakan golongan ini bekerja dengan kerajaan, seperti tentera. Mereka juga disediakan quartes kerajaan seperti negara kita. Tapi apa yg pasti yg tentera mereka mestilah bangsa Melayu Indonesia. Namun jumlah mereka yg dapat bekerja dgn kerajaan ini terlalu kecil berbanding jumlah penduduk Bandung yg padat. Malah pemandu kami juga berkelulusan universiti! Jika tiada 'org dalam' katanya jgn harap dpt bekerja dgn kerajaan,..katanya. Wallahua'alam...

Ni kat kafe sebelah luar

Ni pulak kat lobi...simple je. Kalau di Malaysia di hotel bajet, tp tetap cantik..
Namun apa yg saya puji di sana, kaum2 lain tidak dibenarkan memiliki tanah. Mereka boleh membeli dan memiliki rumah sebesar dan semewah mana pun, tp tanah tetap dimikili oleh penduduk pribumi. Mmg jauh berbeza dgn negara kita. Kaum-kaum lain seperti cina juga sangat fasih berbahasa Indonesia sampaikan mereka tidak tahu bercakap bahasa ibunda mereka sendiri. Mmg saya puji tang tu...sbb jati diri mrk sbg rakyat Indonesia yg begitu menebal. Kalau la Malaysia ku seperti itu. Namun dari segi ekonomi...kita mmg maju ke depan dr mereka..yg ni mrk x boleh lawan...hihi..

Ni ruang utk bersantai yg terletak di kafe bahagian dalam hotel

Ni la bilik kami...simple tapi menarik

Toilet pun ok

Ok, dah penat shima membebel...mcm promosi hotel ni pulak. Overall shima puas hati sgt tinggal di sini. InsyaAllah jika ada peluang ke Bandung lagi, shima nak stay di sini lagi. Oh ye..di sini jg ada menyediakan breakfast tau, Tp menu yg simple je la...okla utk alas perut sblm kita pi shopping. Penat cite ni ada diskaun tak kalau datang ke sini lg ni...hihi.

Kita sambung lagi..Part 5 ye...shopping! shopping! dan ke tempat makan malam yg WAJIB shima pi setiap kali ke Bandung.

No comments:

Post a Comment