Happy Birthday Imran Firdaus 4/12/11






Pada akhir November dan awal Disember setiap tahun, aku terpaksa melapangkan hari utk bersama2 insan tersayang. Kesemua jejaka idamanku ini menyambut hari lahir pada tarikh2 yg hampir..dlm jangkamasa 10 hari. Mula2 Salahuddin Azhad pd 23/11, diikuti suamiku 28/11 dan Imran Firdaus 4/12..malah ibu mertuaku pun pada 24/11...Jadi utk memudahkan dan memeriahkan lagi sambutan hari lahir mrk semua, kebiasaannya aku menyambutnya di pusat2 peranginan..contohnya tahun ni kami ke Felda Residence Tjg. Leman. Tp di rumah biasanya aku sambut juga secara kecil2an, dan buat kek yg simple je. Imran suka kek coklat..jd aku buatlah kek coklat utknya..

Imran Firdaus dilahirkan pada 4/12/2002. Oleh kerana Imran anak yg sulong, jd inilah pengalaman pertamaku. Sehari sebelum imran dilahirkan, aku merasakan ada cecair keluar dari rahimku. Bila tanya adik iparku, dia kt tunggu sakit baru pergi hospital. Oleh kerana tak rasa sakit, aku pun relax sampai melebihi 24 jam..hinggalah esoknya aku rasa perutku memulas spt nak terbuang air besar. Itupun aku masih tak ke hospital sebaliknya klinik swasta, malah doktor memberi aku ubat sakit perut. Tp doktor pun ada kata, bhw itu tanda2 aku hampir bersalin. Balik rumah aku pun mkn ubat yg diberikan doktor..tp tak lama slps  itu aku rasa pinggang ku sakit, dan akhirnya semakin kerap. Lantas ibuku pun menyuruh aku bersiap2 ke hospital yg berada di belakang rumahku jer.. 

Sampai di hospital, bila diperiksa, bukaan rahim baru 2 cm. Bila doktor tanya ada tak keluar cecair sebelum ni..aku pun dgn jujurnya cakap ada, petang semalam...fuu..yooo! lps tu doktor tu punyalah bising sbb aku tak pi hospital semalam..dan aku di masukkan ke bilik khas..utk pemeriksaan selanjutnya. Setelah di dignosis, doktor kata ada jangkitan kuman pada air ketuban dan aku terpaksa bersalin secara pembedahan di Hosp. Sultanah Aminah JB, krn bukaan rahim ku baru 2 cm dan aku dipaksa bersalin awal utk mengelak anakku dijangkiti kuman pada paru2nya. Pucat muka aku mendengarnya, dan bertambah risau, bila aku terpaksa menaiki ambulan keseorangan tanpa ditemani suami. Hanya ayahku saja yg mengucapkan selamat jalan...suamiku pula terpaksa ke rumah ibunya.

Dlm ambulan, mulutku terkumat kamit membaca doa dan selawat, mohon supaya segalanya selamat. Lebih kurang 1 jam aku pun sampai ke wad kecemasan dan diperiksa sekali lagi..alhamdulillah, bukaan rahimku 5cm..dan kata doktor, aku tak perlu dibedah sebaliknya diinduce supaya cepat bersalin. alhamdulillah..aku ditempatkan di bilik bersalin utk kes kecemasan..dan dlm keseorangan itu aku rasa gementar yg teramat sgt. Akhirnya aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki comel seberat 2.7kg tepat pd jam 1.01 pg pada 4 Disember bersamaan 28 Ramadan. Selepas selesai proses kelahiran dan jahitan, aku pun dipindahkan ke wad.

Sedar2 aku terjaga, bila suamiku mengejutkanku lbh kurang jam 2.30 pg..utk mengazankan bayi. Ptg itu aku pun dibenarkan pulang. Ibuku pulak sibuk buat persiapan utk menyambut Aidil Fitri.. dan menyambut 3 org cucu sekaligus. Ibu mertuaku pula 2 org cucu..kesemuanya beza 1-2 mgu shj. Tahun tersebut merupakan tahun yg paling meriah  buat kedua2 keluarga krn kedua2nya dikurniakan cucu2 sms semua umat islam menyambut Aidil Fitri.

Anakku diberi nama Imran Firdaus..tak tahulah sms mengandungkannya..aku berkenan sgt dgn nama nabi Imran. Firdaus pula nama yg diberi oleh ibu dan ayahku. Menjaga imran..sejak dilahirkan, tidak sesukar mana krn dia tak kuat menyusu..jd bila mlm aku boleh tidur dgn nyenyaknya...hehe..walaupun sebenarnya aku kena kejutkan dia utk menyusu. Imran menyusu badan dlm masa 3 mgu je..lps tu aku berikan susu botol..krn tak tahan luka. Biasalah pengalaman pertama...

Itulah dia serba sedikit tentang imran..Imran masa kecil comel sgt..smpi ketika umurnya 5 bulan aku menyertai Pertandingan Bayi Comel. Dan tanpa disangka2 sehari seblm aku bercuti2 ke Kelantan, aku pun menghantar Imran ke kampung utk dijaga oleh ibuku. Selepas menghantar imran di kg, aku pun pulang ke rumahku. Tiba2 ada terlihat ada sepucuk surat yg bercop Senyum Hypermarket yg menganjurkan pertandingan tersebut. Terkejut dan tertanya2 jg..dan tanpa berlengah2 aku pun membaca surat tersebut...

" Congratulation! anak tuan/puan yang bernama IMRAN FIRDAUS B. KAMARUDDIN telah memenangi tempat ke-2 dalam Pertandingan Bayi Comel 2003. Anda dijemput hadir..pd...untuk upacara penyampaian hadiah..."

FuuuYoooo!!!! maknya yg terlebih2 menjerit dan terlompat2, sampai suamiku pun terkejut badak..dibuatnya. Malam tu maknya sampai tak boleh tidur..nak tunggu hari esok..nak ke pasaraya tersebut utk mengesahkan betulke imran yg dipilih. Esok kul 10 pg, aku dah tercegat dpn pintu Senyum Hypermarket...dgn rasa tak sabar aku terus ke baby department di tgkt 3, utk melihat dgn mata kepalaku sendiri...Woahhhhhh!!! mmng betul la muka imran di framekan besar2 dan diletakkan bersama gambar baby yg memenangi tpt 1 dan 3. Alhamdulillah...lantas aku pun menelefon keluarga di kg..semuu pun tumpang gembira dan mengucapkan tahniah...

Sekarang imran dah makin dewasa, diam tak diam..dah 9 thn aku menjaganya. Comel lg ke imran? Comel la jg...cuma makin hitam berkarat..sbb suka berpanas..dan bermain bola. Anyway...sperti ibu bapa yg lain, shima tetap mendoakan yg terbaik buat imran....semoga dia menjadi contoh yg terbaiik utk adik2nya yg lain...Inilah doa ibu utk Imran...sempena hari lahirmu sayang..

DOA BUAT ANAK KU IMRAN FIRDAUS 



Ya Allah. Anugerahkan kepadaku kelangsungan hidup anakku,

 panjangkan usianya, sehatkan badannya, akhlaknya, agamanya,

sejahterakan jiwa dan raganya, alirkan rezekinya melalui

tanganku, anugerahkan kepadanya kecerdasan akal dan

 kebeningan hati.
Bantulah aku, mendidiknya, berbuat baik kepadanya dari sisiMu.

 Jadikan anakku, mendekatiku, menyayangiku, mencintaiku.

Jadikan anakku, orang yang baik dan takwa, yang punya

pandangan dan pendengaran yang taat kepadaMu, yang mencintai

 dan setia kepada kekasihMu, Muhammad.
Berikan semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu, berikan

 kepada kami apa yang terbaik di dunia dan akhirat

 
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 9 TAHUN
IMRAN FIRDAUS BIN KAMARUDDIN

No comments:

Post a Comment