BINGKA ROTI KUKUS PANDAN


Assalamualaikum...
Masak apa hari ni? Shima ni hari2 tercanguk2 apa yg nak dimasak utk sarapan dan mkn tengahari. Kdg2 naik bosan dgn menu yg sama. Tu..yg malas nak snap pic..sbb lauk yg sama je, nnti boring plak rakan2 tengok..resepi mcm ni pun nak tunjuk ker??? hehe..sebenarnya shima yg malu..sbb malas nak try resepi2 lauk pauk yg baru. Shima ni suka baking...lauk pauk ni suka jg, cuma lbh minat buat kek dan yg sewaktu dgnnya...

Kali ni shima nak masukkan resepi yg dah lama tertangguh maklumlah busy memanjang. Cuti sekolah pun banyak projek yg nak dibuat...hari2 kuar rumah, sampai butik shima pun dah lama tak jenguk. Sibuk teman suami buat bisness dan mcm2 lagi la. Suami shima ni jenis suka shima temankan dia bila jmpa customer/prospek..atau ke mana2. 1stly sbb nak elakkan fitnah, 2ndly, seronok sbb sama2 faham keje masing2 dan bila momentum tu seiring, alhamdulillah rezeki tu cepat dapat. 

Ok..la, lain pulak citenya..resepi ni shima try lps tengok ramai blogger yg dah cuba dan sume kata sedap!!! Emm...mmg sedap..terasa pandannya..i like...hehe..paling penting...senang sgt penyediaannya. Petik jari je...dah siap! Tp yg shima terkilan yg amat...color hijaunya kurang menyerlah...shima terlupa letak esen hijau, semata2 harapkan warna drp pandan paste tu...hah! tu la..keje nak cepat je..huhu..Orait..jom la kita resepi di bawah ye...


 
 

BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Resepi : 
Notabilia
Dicuba/Uji : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-

  • 8-10 keping roti putih (akak guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
  • 200 ml santan - (akak guna santan kotak Kara je)
  • 200 ml air
    1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je gula kastor)
    4 biji telor - (akak buang tali pusatnya)
    1 sudu teh garam halus
    1/2 sudu teh pes pandan
    2 helai daun pandan - disimpul
Cara-Cara:-
  1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
  2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
  3. Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
  4. Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
  5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
  6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan.

Eiii...frust sgt..sbb terlupa bubuh esen hijau..harapkan color drp Pandan paste je..

No comments:

Post a Comment