KEK KASTARD CHIFFON


Assalamualaikum..

Adeiii...lamanya tak update n3. walhal foto ni dah terperap lama dlm blog ni..sibuk bangat cuti sekolah kali ni. ni pun tak hilang lagi penatnya. Nak kata apa ek ttg cake ni...mmg sedap!!!  Sape2 penggemar Kek Karamel, patut try resepi yg sedap ni, sbb karamelnya lebih tebal. Kek ni jg menghasilkan kek yg kurang lelehan air gula apabila diterbalikkan. Ok, la sape berminat...boleh copy paste resepi di bawah.. 

KEK KASTARD CHIFFON 
sumber asal resipi : Mars
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan A (karamel)
2 sudu besar gula pasir

Bahan B (kastard/puding)


2 keping roti gardenia
1 bj telur + 2 kuning telur - dikocok
1 cawan susu cair
1 cawan air
1/3 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanila

Bahan C (kek)

120gm tepung superfine
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar gula castor
1/4 cwn minyak jagung
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cwn air

Bahan D (kek)

5 biji putih telur
¼ sudu kecil krim of tartar
4 sudu besar gula halus 


Cara membuatnya:

Masak gula dalam tin/loyang berukuran bulat 8" dengan api perlahan sehingga perang & hancur kesemuanya dan ketepikan.
Blend/kisar roti (tak perlu buang kulit tepi) bersama susu cair. Kemudian campurkan kesemua bahan B & gaul hingga sebati (gaul manja2 jer) & rehatkan sebentar.
Campurkan kesemua bahan C & gaul hingga sebati, halus & lembut.
Dalam mangkuk lain yg bersih & kering, pukul bahan D hingga kembang & ringan (soft peak). Kemudian masukkan C kedalam D & kaup balikkan perlahan2 hingga sebati semuanya.
Tuangkan adunan puding (B) ke dalam loyang gula hangus tadi, kemudian tuangkan adunan kek chiffon(C+D) ke atas lapisan kastard perlahan2.
Letakkan acuan kek ke dalam dulang yg berisi air ½ inci. Letakkan dlm oven & bakar dgn suhu 180°c selama 45 minit/sehingga masak(kaedah double boiling).
Bila masak, keluarkan dari oven & kena keluarkan kek ini ketika masih panas.
Caranya.. gunakan spatula/pisau utk longgarkan tepi kek dari acuan & terbalikkan kek ke atas pinggan hidangan. Lapisan karemel/kastard akan berada diatas.


notajari:
Elok ratakan karamel/gula hangus dgn belakang sudu ke seluruh permukaan loyang ketika ia masih panas(cair).
Sekiranya anda ingini kek berwarna warni:
Bahagi adunan kpd 2 atau 3 bahagian & warnakan dgn warna pilihan anda. Kemudian sendukkan perlahan2 berselang seli ikut kreativiti masing2.
Berdasarkan pengalaman mak membuat kek chiffon:Seeloknya gunalah tepung naik sendiri atau tepung halus(kena + serbuk penaik). utk semua jenis Kek Chiffon
sbb ia akan menjadikan tekstur kek ni halus mulus bila dipotong & lagi sedap bila masuk mulut. Jika guna tepung biasa, teksturnya kelihatan sedikit kasar -

No comments:

Post a Comment