DONUT LABU


Donut Labu Manis

Bahan ( 55 biji ) :
  • 1 kg tepung gandum
  • 11/2 peket yis segera mauripan (jumlah berat = 16g)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu makan garam
  • 300 gm labu yg telah direbus empuk
  • 3 biji telur besar
  • 1/2 cawan gula 
  • 1 cawan rata majerin 
  • castor sugar secukupnya utk ditabur pd donut
Cara membuatnya :
  1. Gaul rata tepung, susu dan yis. 
  2. Blend telur dan gula hingga hancur. Campurkan labu rebus, blend lagi.. jika kental sangat campurlah sesudu dua air suam. campurkan garam dan majerin, blend hingga sebati.
  3. campurkan bahan2 yang diblend tadi ke dalam tepung dan uli hingga menjadi satu doh yang kenyal, lembut dan licin. dlm 10-15 minit gak lah.. (tambah sedikit air jika perlu, semasa menguli tadi ) 
  4. Biar doh mengembang lebih kurang 1 jam
  5. Pastu gentel bulat doh lalu dileperkan. susun atas dulang yg telah ditabur sedikit tepung.
  6. Bila doh mengembang sekali lagi, boleh lah dibuat lubang dengan jari lalu digoreng dgn api perlahan hingga masak


No comments:

Post a Comment