Assalamualaikum...
Hari ni Shima tak nak cite panjang...huhu..masih berkabung sebenarnya. Nak tau apa sebabnya..nnti Shima akan ceritakan pd N3 yg akan dtg. Kalau cite..kang meleleh lg air mata ni. Dipendekkan cite, apam ni shima buat, sbb my princess ni suka sgt mkn apam..dan juga arwah ibu mertuaku..moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ibu mertuaku yg telah kembali ke Rahmatullah pd 21/2/2012 yg lalu..Al Fatihah...
Apam ni sepatutnya color putih.. maklumlah snow white..tapi saja shima tambah color lg bg anak2 tertarik. Oklah..jom salin resepinya..
Apam Snow White
Resepi asal : http://www.myresipi.com/top/detail/12727
Copy : Kak Hana
Bahan :
- 3 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 2 cawan gula pasir
- 1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
- 2 cawan nasi
- 3 cawan air
- 1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam
Cara :
- Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar
- Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul hancur.
- Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan.
- Perapkan adunan selama sejam. Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
- Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
- Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda. saya letakkan sirap ros so bau apam jadi harum saja.Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana .