eHEM...satu lg n3 yg dah berbulan lamanya. x ingat dah bln brp...x kisah la kan asalkan yg ptg sedapppppppp. Ok jom kita tengok resepinya..
RED VELVET BROWNIES
Sumber : Kak Yati (Sinar Kehidupan)
Bahan-bahan (loyang 7x7
inci):-
·
125 gram + 1 sudu besar tepung serba
guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus (akak guna tepung
halus/superfine flour)
·
1/2 sudu kecil garam
·
60 gram mentega - suhu bilik
·
110 gram gula halus
·
1 biji telur saiz A - suhu bilik
·
1/2 sudu kecil essen vanilla
·
120 ml susu segar - suhu bilik
·
1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar
sunquick oren
·
1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna
merah strawberi
·
kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat
emulco
·
1/2 sudu kecil cuka
·
1/2 sudu kecil baking powder
Cara-Cara:-
1.
Panaskan oven pada suhu 170 C. Alas
loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang supaya senang nak
dikeluarkan brownies nnt.
2.
Satukan susu segar dan jus lemon,
biarkan 5 minit.
3.
Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
4.
Dalam magkuk, pukul mentega hingga
berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur
dan vanilla, pukul sebati.
5.
Satukan susu segar, pewarna merah dan
coklat emulco. Kacau sebati.
6.
Masukkan tepung dan campuran susu segar
tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung
juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.
7.
Satukan cuka dan baking powder, biar
sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata.
Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.
8.
Tuang dalam loyang dan bakar selama 30
minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan
cheesenya.
Lapisan Cheese
·
200 gram cream cheese - suhu bilik
·
1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
(akak guna saiz A)
·
60 gram gula galus
·
1 sudu besar jus lemon
Cara-Cara:-
1.
Putar cream cheese sehingga berkrim,
kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar
sekata.
2.
Tuang atas kek dan amik bancuhan yang
disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet,
pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas
lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay.
3.
Bakar selama 30-35 minit dengan suhu
150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath
(masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2,
macam nak bakar cheesecake, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering).
4.
Sejukkan betul-betul sebelum dipotong.
(seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese
betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik
sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba...
No comments:
Post a Comment