Assalamualaikum...bersiaran lg kita pd hari ni. Apa khabar?? Sihat? Apa?? ada yg sakit perut dan muntah2..bahaya tu. Dah bw pi klinik? Anak buah Shima ramai yg terkena keracunan makanan ni..maklumlah bila beraya ni, segala mcm makanan masuk ke dalam perut kita..kesian perut..jd mcm tong sampah. Nasihat shima, jika anak2 puan keracunan mknn cepat2 bw pi hospital..jgn pi klinik. Kita bimbang dia terhidrasi..bahaya tuh! bila air dlm tubuh bdn kita kering. Mcm anak jiran Shima..anaknya buang2 air dan muntah, bw pi klinik swasta tak sembuh2 jg, akhirnya masuk hari yg ke 4, bawa ke hospital..doktor kata dah kritikal, belum sempat dibawa ke hospital besar JB, anaknya pun meninggal dunia. Kesiankan..huhu..
Okeyla, berbalik pd n3 kita ari ni, shima wat biskut batik ni atas permintaan imran yg nak bw ke sekolah sbb ada jamuan hari raya. Actually, biskut ni memang shima selalu wat, sbb imran suka..tak payah tunggu raya pun..Nak tengok resepinya ke? isk..malu je, sbb senang sgt..
Biskut Batik Marrie
1/2 kg biskut Marrie (Shima selalu agak2 je)
3/4 cwn susu pekat/krimer manis
1 buku mentega/planta (250 gm)
1 paket milo saiz paling kecik
1 cawan kacang tanah (optional)
Cara membuatnya
Cairkan 1 buku mentega. Setelah cair, masukkan susu pekat, gaul sampai sebati. Setelah itu masukkan milo kacau lagi jgn sampai bergentel. Setelah rata, masukkan biskut marrie. Jgn kacau terlalu lama, kerana biskut akan hancur. Setelah siap, masukkan ke dlm loyang. Apabila wap panasnya hilang, sejukkan dlm peti ais hingga keras. Bila dah keras, boleh dipotong dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment