Ok..kita sambung lagi memasukkan n3 yg dah lama terperam dan terendam..hehe..Utk berbuka puasa pd 24 ramadan yg lepas, Shima masak makaroni goreng dgn Roti Gulung Sosej. Nak resepi ke? Sama je bahan2nya mcm masak mee goreng, cuma sayur je Shima ganti dgn sayur campur..
Makaroni Goreng
Bahan-bahan (3-4 orang)
250g makaroni
200g daging ayam / seafood
1/2 ulas bawang besar – dicincang
2 ulas bawang putih – dicincang
4 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Sedikit belacan (optional)
Sayur campur
Garam dan gula
3 sudu kicap manis
200g daging ayam / seafood
1/2 ulas bawang besar – dicincang
2 ulas bawang putih – dicincang
4 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Sedikit belacan (optional)
Sayur campur
Garam dan gula
3 sudu kicap manis
Cara-cara
- Rebus makaroni sehingga lembut dan toskan. Gaul dengan sedikit minyak zaitun atau minyak masak.
- Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan cili kisar, kacau hingga sekata. Masukkan sos tomato, sos tiram, dan belacan Masukkan sedikit air.
- Masukkan daging ayam/seafood dan kacau sehingga hampir masak.
- Masukkan sayur campur dan makaroni. Kacau hingga sekata.
- Masukkan garam, gula dan kicap secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment