CUTI-CUTI MALAYSIA : TIARA BEACH RESORT PORT DICKSON

 
Percutian seterusnya ialah di Tiara Beach Resort. Shima ke sana pd Disember 2012. Percutian ke sana adalah percutian bersama keluarga..tp sblm tu kami ke rumah pakcik shima di Kajang krn majlis perkahwinan sepupu shima di sana.
 
Di Tiara Beach Resort, kami menyewa 3 buah apartment dgn kenalan kak long shima di dalam resort tersebut. Bila sewa dgn pihak persendirian, sewanya lebih murah. Cuma bila bermain di water park tsbt, yg sepatutnya menyewa homestay akan dikenakan bayaran tertentu. Tp shima tak bayar pun..sbb petugas yg bertugas di water tsbt tak minta..hehe. Maybe petugas tsbt x mampu nak memeriksa one by one..dahla ms tu cuti krismas, manusia punyalah ramai.. Jom..la kita layan gambar di bwh ni..ada jg gambar dr pakcik google, sbb gambar shima bercuti di sini tak byk yg dpt shima snap...huhu..maklumlah ms tu shima dah ada baby razin umur 5 bln.. X dpt nak mengusung kamera sana sini..hehe..
 
 






 
 

 
 

 
 

Azhad dah besar pun nak dukung lg...x thn sejuk la tu..
 
Kalau tgk pic kat atas tu, ntah gambar sape2 je yg shima snap. Tak jmpa bdk2 ni mandi kat mn. Bila dah ramai2..x dpt dikesan ke mn dia org pi...kecuali si azhad dgn seri je la..dgn baby razin..yg ada dlm pic ni..
 


Dari kiri bibik Nyami yg mendukung seri, my mom & razin dan kak long.


Seri mula2 takut nak mandi...
 
Mcm ni la rupa bilik/ apartmen yg kami sewa...
Okeylah..tu je la yg shima nak kongsi ttg percutian ni...mcm biasa anak2 mmg seronok tak hingat...tp maknya mcm biasalah...jd pemerhati PBB je la...pantau dr jauh huhu...lg pun nak mandi pun x seronok sbb org ramai sgt. Klu shima pi cuti2 Msia ni suka pilih hari biasa..tu klu ms cuti sek la..atau pun weekend..iaitu bkn time  cuti sekolah..jd x ramai org. Tp tu la, bila pergi bersama keluarga yg besar terpaksalah pilih time cuti umum..di mn sume family dpt bekumpul..erm..begitulah citenya.
 
Kesimpulannya...nak dijadikan cite, balik dr bercuti si Razin dan Seri x berhenti2 menangis...asal mlm je nangis..smpi susah nak tido mlm. Rupa2nya bila di bawa berubat dgn seorang ustaz, rupanya dia didampingi sesuatu dan makhluk itu mengikutnya pulang ke rumah. Mungkin benar kt ustaz tsbt, sbb bila shima memasuki apartment tsbt nampak seolah2 dah lama tak diduduki atau dikunjungi oleh pengunjung atau tuan rumah tersebut. Erm..so slps dpd peristiwa tsbt shima jarang menyewa homestay kecuali homestay tsbt mmg laris..atau mmg sentiasa disewa oleh pengunjung. Terpulanglah pd rakan2 nak percaya atau sebaliknya, mungkin setiap anak itu berbeza semangatnya. Pastikan sblm masuk ke tpt yg jarang dikunjungi, minta suami azan terlebih agar semua jin yg menghuni tpt tersebut akan keluar. Okeylah rakan2 itu saja yg dpt shima share utk kali ini...bye..
 
 

CUTI-CUTI MALAYSIA : GAMBANG WATER PARK 2011




N3 seterusnya ialah percutian shima ke Gambang Water Park. Actually pemergian shima ke sana dgn 2 tujuan iaitu ada majlis perkahwinan keluarga adik ipar di Cherating, dan bw anak2 bercuti sempena cuti sekolah. Di sana Shima stay di resort tsbt..iaitu Caribean Bay Resort. Kami menyewa 3 family suite room
 

Pemandangan resort dr luar

Salah satu bilik yg terdapat di suite ini.

Keadaan dalam family suite room
Masa bercuti di sini, shima tgh sarat mengandung 8 bln...huhu..bayangkanlah nak berjalan pun tak larat sebenarnya. Tp shima gagahkan juga demi nak melayan anak2 tersayang...cewah..
 
Stlh penat melayan anak mandi kat swimming pool, mlm turn maknya plk berjln2 di sekitar resort.
 
Tgh terboyot2 pun sempat berposing lg...ni baru lps karaoke tau...hehe

Keesokan harinya, pg2 lg anak2 dah bangun x sabar2 nak ke water park. Punyalah ramai sampai terpaksa beratur hampir sejam. Aduhai..sakit kaki mak buyong ni menunggu. Setelah masuk ke water park tsbt, shima tak berjln2 sgt pun, hubby x benarkan sbb keadaan tpt tsbt yg basah dan licin. Sayang jg dia kat bini dia ni..hehe. So..shima jd tukang jg brg2 je la huhu...Mcm shima dah maklumkan sblm ni gambar2 kenangan x byk yg dpt shima share sbb byk yg hilang..tgk gambar dr google je la ye...


















 
 
 
Ini je pic yg shima sempat snap..tu pun dah gerimis hujan...

Sebenarnya, kami tak lama pun berada di situ, sbb hujan turun dgn lebatnya. Lagipun kami terpaksa pulang ke Johor pd ptg itu jg, memandangkan perjalanan yg agak jauh..dan ramai yg akan bekerja pd hari esoknya. Apapun anak2 mmg seronoklah sgt, cuma maknya tak happy sbb jd penjaga beg...so tak dpt berjln keliling water park tsbt. Insya Allah shima akan ke sana jg nnti, utk balas dendam..haha..sbb tak dpt berenang dan berendam di sana. Ok..kita jmpa lg di water park yg lain plk..bye..