Lipas tanah utk merawat resdung



Ni la dia rupa lipas tanah yg digunakan utk merawat resdung

Assalamualaikum..

Belakangan ni shima rasa kurang sihat...batuk dan selsema dan hampir 40 hari masih tak baik2. Telinga rasa tersumbat...mcm org pekak pulak. 2 mingu lps lg teruk..cakap dgn anak pun mcm nak menjerit..sbb kita sendiri tak brp dengar apa yg kita ckp. Ubat batuk dan selsema, jgn kata..sume dah try tp tak baik2 jg. Kepala ni berat semacam...mcm ada batu konkrit duk atas kepala ni. Kalau sujud rasa penuh lendir2 dlm kepala. Sehinggalah pd hari raya Aidil Adha yg lepas, shima pulang ke kg dan ceritakan masalah shima pd family..abg ipar shima ckp tu bukan selsema tp resdung yg dah dikategorikan agak serius jg. Mana taknya dah sebulan lebih shima kehilangan deria rasa dan bau. Mkn pun utk hidup je...pergh!! sedihnya...tak dapat nak menikmati keenakan mknn. Tensionn....sgtttt!!

Rupa2nya resdung...ish..ish..ish..Shima pun tak sangka sebegitu hebat penangan resdung ni. Dulu 4 thn lps shima pernah jg berubat menggunakan lipas tanah. Tp ms tu tak serius sgt..ulat pun tak banyak kuar dpd muka. Asalnya pi rumah ustaz tu cuma temankan suami je yg nak berubat..tp bila tengok ulat2 kuar dr muka suami, teringin plk nak try..manalah tau kot2 ada jg. Actually Shima tak yakin Shima ada resdung, sbb muka shima ni licin je takde jerawat...cehh..cehh..perasan plak. Tp family shima ramai yg ada resdung jg walaupun takde jerawat..tu yg nak try tu. Sekali....hah ko..ada jg ulat2 kuar dr muka..especially kat dahi, kening dan tepi mata. Hah..tergelak beso le suami..dulu eksen..sgt hehe..Lps tu ada jg wat rawatan susulan 2-3 kali, siap bw rombongan che kiah lg dgn family..hehe. Klu nak tgk pelbagai jenis ulat di dlm kulit muka kita..bleh klik di sini.


atau


Tp tu cite 4 thn lps..bila rasa dah ok..shima pun sepi tanpa berita...Tup!tup! hah jd mcm ni..tersiksa jiwa dan raga..huhuhu. Maka dgn rendah diri Shima pun pi umah ustaz utk berubat..nasib baik jumpa walaupun dah pindah rumah. Mmg sah!!! ulat dlm muka ni dah membiak sampai ke dagu dan saluran kerongkong..tu yg menyebabkan batuk shima non stop, tekak rasa gatal2 dan kdg2 pedih. Lps tu lelangit tekak ni gatal..asyik nak jolok je dgn lidah. Kulit kepala pun gatal..kening, dahi sume ada ulat, patutlah asyik pening dan sakit tengkuk je. Isk, masa berubat tu bleh lupa plak..nak snap gambar ulat2 yg kuar dr muka..eiiii..byk tau..anak beranak kuar..siap bergumpal2 lg..lps lipas tanah tu ditenyeh kat muka. Paling banyak skali kat hidung..eii, masih terasa ulat2 tu merayap kat sekeliling hidung..ada jg yg merayap msk lubang hidung..tp shima cepat2 hembus dgn kuat. Gatal jgn cakaplah...merenyam2 tatkala ulat tu muncul kat permukaan kulit muka...shima ingat dlm..30-40 ekor..tu yg jatuh atas kain itam..tp yg masih lom sempat jatuh...eiii..gelinya. Sbnrnya fungsi  lipas tanah ni utk memabukkan ulat2 tu..hingga memaksa ulat tu kuar dr muka. Bau lipas tanah ni mcm udang kering sikit..tp ada jg yg x berbau. 

Shima rasa la..resdung shima ni disebabkan shima kuat mkn sambal belacan..dulu kurang sbb malas nak tumbuk sambal..tp sejak ada bibik ni..rajin le menyuruh dia menumbuk sambal..tak kirala sambal belacan ke, sambal tomato ke, sambal pelam ke nanas ke...kan sume tu letak belacan bakar..mmg sodap. Tp yg teruk sikit dalam sebln 2 ni sbb shima bg ulat2 tu baja utk dia membiak dgn cepat..huhu. Nak tau apa dia?? Shima rajin buat sandwich Tuna dan sardin utk sarapan pg. Tu dia..sebenarnya...Shima baru tau mknn yg diperam dlm tin ke atau pekasam ikan masim..tu la yg menjadi favourite ulat2 tu. Lps ni tobat..tak moh mkn lagi..

Setakat ni shima dah pi 2 kali, alhamdulillah kuranglah sikit kegatalannya..cuma masalah hidung tersumbat yg masih lom settle lg. Bg yg dah agak kronik sikit..mcm shima yg dah tersumbat hidung dgn lendir dan mcm2 lg..kena berubat cara yg lain. InsyaAllah, sok shima nak ke Pt. Jawa Muar plak..nak berubat dgn pengamal perubatan yg menggunakan biji terung. Tak pasti shima mcm nn caranya..tp menurut jiran kakak shima yg pernah berubat dgn beliau..segala lendir, nanah dan sarang ulat bersama2 ulat tu akan kuar skali..

Ok..bila dah berubat lusa nnti, shima akan cite kesudahannya ye. Bos abg ipar shima siap pi pakar lg nak kuarkan lendir...hrga jgn tanya...beribu2 sbb kena bermlm di specialist. Ni shima guna kaedah tradisional plak. Bg shima klu resdung tu masih lom tahap hidung tersumbat..masih bleh gunakan lipas tanah, tp klu dah teruk jg mcm shima ni mmg kena cari alternatif lain..utk merawatnya.

Bila dah mcm ni barulah rajin nak buat research ttg penyakit ni..bahaya jg resdung ni rupa2nya. Klu dibiarkan boleh mengancam nyawa..kalau ulat tu dah bersarang kat kepala. nak tunjuk gambar ke? Isk tak payah la ek..dahle blok shima ni blog masakan..kang org tak lalu plk nak try resepi2 yg terdpt dlm blog ni. Boleh merosakkan mata..sbb klu dibiarkan ulat2 tu bleh kuar dr biji mata kita tau...mata jg akan berselaput..dan mcm2 lg la..klu tgk gambar org yg terkena resdung yg kritikal..tak lalu nak mkn...

Ok..la harap2 sumenya berjalan dgn lancar. Tak larat beb..hari2 sakit kepala..dn hidung tersumbat lg...nnti shima cite bila dah buat rawatan tu. Doakan le..shima tak lupa snap gambar..sbb shima ni selalu sgt lupa hal2 mcm ni....Insya Allah, shima akan share sama dgn kwn2 nnti...bye..wassalam.

5 comments:

  1. Salam.. Thanks for sharing the info. Blh dptkan contact no tempat rawatan lipas tu? Ingat nak cuba...

    ReplyDelete
  2. Sori..late reply. Kalau en. hafiz stay kat JB rumahnya di Kangar Pulai, Apartment Jentayu. Rumahnya tingkat 4. Namanya Ustaz Sudarjo. Sori sy tak menyimpan no hp beliau..

    ReplyDelete
  3. Pembohongan Perubatan Resdung - Kewibawaan RTM dipertikaikan


    Baru-baru ini saya telah menonton siaran RTM 1 mengenai cara mengubati penyakit resdung. Dalam rancangan tersebut, pengamal perubatan resdung iaitu seorang perempuan menggunakan lipas-lipas tanah sebahan bahan dalam pengubatan resdung itu. Setelah dijampi lipasd-lipas yang digunakan itu digosok-gosakan di muka pesakit. Seetelah digosok maka muka pesakit talah mengeluarkan ulat-ulat yang dikatakan oleh pengamal perubatan tersebut sebagai ulat-ulat resdung. Dikatakan juga ulat-ulat inilah yang menyebabkan pesakit berasa gatal-gatal dan sebagainya di muka.

    Saya amat tertarik dengan kisah tersebut kerana keanehan cara mengubat yang luar biasa itu. Oleh itu cara yang digunakan oleh pengamal perubatan tersebut telah diperaktikan oleh beberapa kawan saya. Walaupun kawan-kawan saya memang disahkan bebas dari penyakit resdung tetapi malangnya setelah digosokkan dengan lipas-lipas tanah maka mukanya juga mengeluarkan ulat-ulat yang sama seperti yang ditayangkan oleh RTM. Saya hairan kenapa mukanya mengeluarkan ulat-ulat sedangkan dia bebas dari resdung.

    Oleh itu saya mengambil beberapa ekor lipas tanah tersebut untuk dibuat uji kaji dan dianalisa. Setelah saya membelah perut lipas-lipas tanah dan dilihat dengan kanta pembesar maka saya dapati bahaya di dalam perut lipas-lipas tanah tersebut terdapat ulat-ulat yang sama seperti yang keluar di muka setelah digosok. Untuk memerhatikan dengan lebih jelas lagi ulat-ulat tersebut maka saya perhatikanya dengan menggunakan mikroskop dan sahlah bahawa ulat-ulat yang keluar dari perut lipas itu adalah ulat yang sama seperti yang keluar di muka pesakit semasa pengamal perubatan tersebut merawat pesakit.

    Tahukah anda bahawa ulat-ulat yang keluar dari muka pesakit semasa rawatan rasdung bukannya datang dari muka pesakit, tetapi sebenarnya adalah dari perut lipas-lipas tanah yang digunakan. Ulat-ulat ini amat merbahaya kepada kita kerana ia boleh mendatangkan penyakit yang lain pula.

    Beberapa hari selepas kawan saya menjalankan cara pengubatan tersebut, di terpaksa pergi ke hospital kerana mukanya menjadi bertambah teruk disebabkan oleh utlat-ulat dari perut lipas tersebut.

    Dalam rancangan RTM tersebut, beberapa orang telah ditemu ramah untuk menyokong keberkesanan pengamal perubatan tersebut mengubat pesakit. Beberapa orang yang ditemu ramah memberi respon yang amat baik. Biasalah RTM kerjanya menipu, yang mengapu saja yang keluar kat TV.

    Diharap para pembaca mencari sendiri lipas-lipas tanah dan belahlah sendiri perutnya dan lihat apa yang ada di dalamnya.

    Saya menulis artikal ini bukannya untuk meremehkan cara perempuan tersebut mengubati pesakit resdung, tetapi untuk menyelamatkan lebih ramai orang daripada tertipu. Mungkin perempuan tersebut tidak tahu juga dari mana datangnya ulat-ulat tersebut maka dia andaikan bahawa ulat-ulat itu datangnya dari muka pesakit.

    Ingat bahaya! Penyakit tidak hilang, penyakit baru yang datang.

    Guru Sains
    http://clik.to/tranung

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Suami saya juga pernah buat rawatan yang sama tetapi dilakukan oleh sepupunya yang kononnya dapat mengubat pesakit resdung menggunakan lipas tanah. Sebelum tu, saya juga pernah menyaksikan rawatan ni kat tv, tapi lupa dah chanel mana. Bila muka suami dilumur2 dengan lipas tanah tersebut, merenyut-renyut ulat keluar sampai naik geli saya melihatnya. Masa tu rasa macam percaya tak percaya je. Bila sepupu tu balik, saya dan suami mencari lipas2 lain dan nak cuba semula 'rawatan' resdung tadi. Ajaibnya, bila kami tenyeh pada selipar, 'ulat2' resdung pun keluar...aikkkk, selipar pun ada resdung jugak ke? Kami pun cuba tenyeh pada benda2 bukan hidup yang lain...hasilnya tetap sama, 'ulat2 resdung' tetap keluar. Kami hanya gelak besar mengenangkan muka suami tak pasal2 kena tenyeh dengan lipas....pada yang bercadang nak buat rawatan ni...pikir2la..

    ReplyDelete
  5. Kono kenching den... haduiiii

    ReplyDelete