Assalamualaikum....
Kali ni kita ke Janda Baik, Pahang pulak ye. Nape namanya Janda Baik ye? Agaknya mmg janda kat situ baik2 belaka kot...hehe. Actually dah lama teringin nak pi ke sana. Rasa sejak diri ni semakin menua...hati ni lebih tenteram nak bercuti di tempat yang kaya dengan alam semulajadi. Dulu-dulu kalau pi bercuti mesti cari tempat yang mesti ada kolam renang atau water park. Tapi sekarang ni macam rimas pulak ke tempat yang begitu kerana terlalu ramai orang. Nak mandi pun jadi tak selesa. Tapi kalau dah anak-anak nak pi juga...layankan juga la. Masa cuti sekolah la dia org nak bersuka ria...betul tak?
Shima pun dah tak ingat bila ke sini. Rasanya masa tu cuti umum, tapi dah tak ingat cuti apa. Nampak sangatlah dah tua..hehe. Masa booking tu banyak chalet dah penuh..cuma ada bbrp yg still available, antaranya KOBAIK Resort. Shima pun cepat-cepatlah booking 2 bilik iaitu utk family shima dan adik ipar yg turut serta bersama kami. Bilik kami sebelah menyebelah je...
Itulah resort kami KOBAIK Resort, milik Koperasi Janda Baik. |
Pemandangan dari bilik beranda belakang bilik. |
Dari bilik terdengar deruan air dari jeram....best sangat... |
Airnya sejuk sangat...gigil juga dibuatnya. |
Banyak batu...kena pandai pilih tempat. |
Ni dalam bilik...cuma ada katil queen size..anak2 bergelimpang tidur di bawah je. Siap bawa toto lagi. |
Selak langsir dan sliding door...nampak jeram di belakang. |
Ok..la ada TV, banyak resort kat sini xde TV tau..sbb byk disewakan utk kursus dsb. |
Malam acara BBQ. Siap bawa ayam yang dah diperap dengan rempah satay. |
Tempat BBQ belakang beranda bilik je...siap ada meja dan kerusi lagi.. |
Imran mmg peminat ayam tegar...mmg dialah juara mkn ayam malam tu... |
Huhu...tinggal tulang je... |
Nasib baik razin ok je mlm tu...tgk tu tak lepas dgn botol susunya.. |
Abis dilanyak katil ni... |
Coemel je resort ni... |
Kat simpang jalan...kami sarapan di kedai yang temboknya corak dam catur tu.. |
Nampak signboard belakang tu...ada senarai chalet yang boleh anda pi... |
Posing je tapi tak main pun paintball tu.. |
Lepas sarapan...aktiviti berjalan kaki sejauh 1km...berpeluh2 jg..mencari tpt mandi yang bersih.. |
Berjalan menyusuri sungai...best sangat... |
Jalan2 sampai jumpa tempat ni...lps tu jalan mati. Cantik rumah kat belakang tu tapi sunyilah... |
Nak merasa air sungai...sejuk tak... |
Hati-hati masa turun tu.... |
Imran ni memang pantang jumpa air... |
Tengah pikir nak mandi ke tak ek....sejuk gila air sungai ni...tapi memang jernih tak tercemar. |
Sempat berposing kat akar pokok yang bersambung....kejap je tu...lps tu menggigil kesejukan. |
Azhad yang tak boleh tahan nak mandi juga...last2 mandi kejap je... |
Arusnya tak berapa kuat...ada beberapa kumpulan siap bawa tayar tiub yang kosong utk berkayak. |
Otw balik resort... |
Berpeluh2 juga nak sampai ke resort... |
Antara chalet yang menarik yang kami singgah dalam perjalanan balik...ala..lupalah namanya. |
Assalam.. blh what app sy tak no fon chalet kobaik.. cr dlm google smua no xjwp. Ni no sy 0174598488
ReplyDeleteWahh, best nya nampak suasana kat chalet ni.. Next time, boleh try chalet ni pulak..
ReplyDeleteLast week kami sekeluarga ke sana jugak, tapi tak stay kat sini la.. Kami stay kat chalet lain, tapi best jugak.. Sejuk sangat dan nyaman je rasanya.. :)
http://miaqaisarah.com/2015/10/29/percutian-best-di-tams-chalet-janda-baik/