BLUEBERRY CREAM CHEESE BUTTER CAKE


Salam 1 M'sia..

Shima tak nak cite panjang mlm ni sbb mata dah mengantuk sgt huhu.. Tp shima nak siapkan juga sbb dah lama tertangguh n3 ni. Sape2 yg suka sangat kek keju..bolehla try resepi yg sangatlah sedap ni...tak tahu nak ckp...mmg sedaplah! Kalau mkn tu rasa asyik nak mengulang jer...isk..bahaya nih..makin maju ke depanlah perutku ini...ahak! ahak! Rasanya agak manis sikit. Bg sesiapa yg tak suka manis bolehlah kurangkan sukatan gulanya ya..emmm..kurangkan manis dlm masakan, lebihkan manis dlm senyuman....cewah..Ok..mesti try tau...


BLUEBERRY CREAM CHEESE BUTTER CAKE
Sumber : Pn. Yatie (Sinar Kehidupan)

Bahan-Bahan
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 150gm buah blueberry (saya guna blueberry filling)
  • 2 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 250gm butter
  • 250gm cream cheese
  • 1/3 cawan susu segar
  • 3 biji telur

Cara-Cara

  1. Panaskan oven pada 160'c. Gris dan alas loyang (saya guna loyang 8 inci)
  2. Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga ringan dan lembut.
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan cream cheese dan susu, pukul lagi. Masukkan tepung yg telah di ayak dan gaul sebati.
  4. Masukkan sesenduk adunan ke dlm loyang yg di gris tadi dan ratakan.
  5. Letakkan buah blueberry/ blueberry filling secara dot dot....sesudu sesudu.
  6. Lapiskan adunan tadi sesenduk lagi dan ratakan. Buatlah sehingga habis.
  7. Setelah siap, bakar selama 50 minit atau sehingga masak.


KEK CHIFFON KELADI


Assalamualaikum...

Kali ni shima nak menayangkan kek chiffon keladi yg menjadi kegemaran ramai. Pernah rasa tak kek perisa keladi ni? Mesti try tau...sbb rasanya memang sedap. Baunya semerbak masa shima membakar kek ni, sampai anak2 sanggup tunggu depan oven, bilalah kek ni nak masak. Tapi spt biasalah, kek chiffon ni bukannya boleh makan terus bila kuar oven. Nak kena telangkupkan dulu lps kuar dr oven panas2..dan tgu sejuk barulah kek ni boleh keluarkan dr loyang dan bolehlah ngap lps tu nyum..nyum. Apa2 jenis atau perisa pun..kek chiffon ni memang tak muak kalau makan. Sedap je kalau masuk tekak. Kalau rumah shima, 2 hari dah selamat...erm..trylah ye...gerenti tak nyesal punya..



Bahan-bahan 
Sumber : Yatie (Sinar kehidupan)

Bahan A

  • 6 biji kuning telur
  • 1/2 cawan minyak Mazola
  • 1/2 cawan susu cair
  • secubit garam
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 sudu besar perisa keladi
  • sedikit pewarna purple
  • 1 ½ cawan tepung gandum *diayak
  • 1 sudu kecil baking powder* diayak

Cara-cara menyediakan Bahan (A):

  1. Pukul kuning telur, gula dan garam sebentar atau sehingga sebati, guna whisk je.
  2. Masukkan perisa keladi, pewarna purple, minyak & susu cair dan kacau lagi.
  3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.

Bahan B

  • 6 biji putih telur
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil cream of tar tar (kalau takde, boleh tukar dngn 1 sudu kecil lemon jus)

Cara-cara menyediakan Bahan (B):

  1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
  2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
  3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
  4. Masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
  5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
  6. Setelah siap, hentakkan 3 kali dan bakar selama 45-50 minit 175c. Saya guna api atas dan bawah dan guna rak yg bawah sekali.
  7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
  8. Bila dah sejuk, baru sisip tepi loyang dan boleh keluarkan kek dari acuan.
  9. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.


Asam Pedas Ayam Bersantan


Ok..kita sambung dgn n3 seterusnya iaitu Asam Pedas Ayam Bersantan. Resepi ni bahan2nya lebih kurang mcm masak asam pedas cuma ditambah santan je. Shima tak letak daun kesum, tapi shima gantikan dengan serai dan daun kunyit...ha..lg sedap. Anak2 shima suka makan lauk ni..lg2 si Azhad...lagi pedas lg dia suka. Abangnya imran pulak takut mkn pedas..ehm...Oklah..sape nak bolehlah salin resepi di bawah ni..

 

Bahan-bahan:

  •  1/2 ekor ayam
  • *1 labu bawang besar
  • *1 ulas bawang putih
  • *1 cm halia
  • *1 cm kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • sedikit garam dan serbuk kunyit untuk ayam
  • sekeping asam keping
  • 2 sudu besar cili giling
  • 1 helai daun kunyit
  • garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • 1 cawan air
  • 1 cawan santan

Cara-cara


    Bahan2 bertanda * dihiris dan di blend bersama. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang diblend serta cili giling dan serai hingga naik bau Masukkan ayam hingga dan biarkan kering sedikit. Masukkan air dan biar mendidih supaya ayam masak. Masukkan asam keping, gula dan garam. Masukkan santan dan   biar hingga pecah minyak Masukkan daun kunyit yang telah dihiris Biar sebentar supaya daun kunyit layu dan rasanya meresap ke dalam kuah Sedia untuk dihidangkan



Kuih Lopes



Assalamualaikum...

Salam ceria...moga anda semua sihat walafiat hendaknya. Suka tak makan kuih lopes ni? Shima suka sgt kuih ni..tapi selalu keinginan utk membuat sendiri terbantut bila terbayang kesukaran arwah nenek shima membuatnya dulu. Malah mak shima pun selalu beli yg dah siap je di pasar malam. Terbayang2 dimata, arwah nenek shima membalutnya dgn daun pisang berbentuk 3 segi kemudian diikat dan di rebus mcm buat ketupat. Tapi bila shima meronda2 kat rumah sifu2 masakan ni tgk dia org ni buat senang je...isk tak boleh jd ni. nak kena belajar ni...maka dgn semangat y berkobar2 shima pun mencubalah resepi kegemaran shima ni...

Alhamdulillah, jadi cuma shima terbuat agak tebal sikit pulutnya...maklumlah budak baru belajar hehe. Tapi shima tetap rasa happy sbb kali ni shima dah boleh buat sendiri...TQ pd Dayang Jack, Kak Ct Delima dan ramai lg yg sudi berkongsi resepi yg sedap ni. Shima pasti buat lg lps ni...

Oklah, sape nak resepi boleh copy paste di bawah ye

KUIH LOPES
Bahan-bahan:



2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 sudu kecil air kapur
1/2 sudu kecl garam
Beberapa titik pewarna hijau
Kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam.

Cara penyediaan:

1. Cuci beras pulut, rendam beras pulut dgn air yang dicampurkan dengan perwarna hijau dan air kapur. Rendamkan selama 3jam. 
2. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.
3. Toskan beras dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit.
4. Kemudian masukkan santan yang dicampurkan dgn garam dan air pandan kukus lagi selama 30minit.
5. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut yg telah masak tadi dan tekan padat2 dgn plastik/daun pisang.
6. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yang disukai. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
Bahan Untuk Air Gula:
3 ketul gula melaka

5 sudu besar gula
3 cawan air
2 helai daun pandan ~ disimpul.

Cara penyediaan:
~ Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Bila mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat/pekat. Bila sudah sejuk bolehlah dimakan bersama pulut.



BAKSO


Assalamualaikum...

N3 yg dah lama tertunda 2 bulan...hehe. Asyik terlupa je nak masukkan resepi yg paling mudah dan sedap ni. Actually, shima masak bakso ni masa kenduri arwah ibu mertua di rumah. Punyalah sibuk sampai lupa nak amik gambar bakso yg telah siap dalam mangkuk. Ini pun amik gambar berebut2 sebelum tetamu sampai. Tak sangka pulak menu ni ramai yg suka...sampai ada yg ke dapur tengok periuk hehe. Oleh krn ramai yg kata sedap, maka shima telah masak sekali lagi masa birthday mak shima pada 11/4 yg lepas...dah jd baja pun bakso ni...


Rupa2nya masak bakso ni tak sesusah mana. Lebih senang masak bakso dari mihun/mi sup atau soto. Asal ada sambal cili rebus dgn kicap ABC..mesti jadik punya!! Lepas ni shima mesti masak lagi utk kenduri kendara memandangkan ramai yg suka..ahak..ahak.!


Bakso
Sumber : Hana's Family (Potret Kasih)


Bahan-bahan
  • 60g sawi - celur dan dipotong
  • 60g bihun - celur dan toskan
  • 60g mee kuning - celur dan toskan
  • 1 sudu makan bawang goreng
  • 1 sudu makan daun sup - cincang
  • Sepaket bebola bakso sapi yg telah siap.
Uk Kuah@Sup
  • 1500ml air rebusan daging@kiub pati lembu
  • 4 ulas bawang putih - cincang
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu makan btg saderi - cincang
  • 1 sudu makan minyak - utk menumis
  • 1 sudu teh garam
  •  Bahan sampingan
  • Cili padi - tumbuk dgn air rebusan daging@air limau
  • kicap manis ABC
Cara-cara
  • Rebus bebola sapi dengan air mendidih hingga terapung, angkat dan toskan.
  • Utk membuat kuah - Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan air rebusan, kicap cair, lada sulah, garam dan saderi cincang. Masak hingga mendidih dan matikan api.
  • Utk hidangan - Atur mee kuning, bihun, sawi dan bebola di dalam mangkuk. Tuang kuah bakso panas. Tabur dengan bawang goreng, cili tumbuk, sos tomato, dan juga kicap manis. Hidangkan.
Tips: Rebus bebola@bakso di dalam air mendidih dengan api sederhana.Jangan dengan air yg terlalu mendidih! Ini akan menyebabkan bakso@bebola akan pecah dan teksturnyer tidak halus.


Udang Masak Kari




 Assalamualaikum..alhamdulillah dpt juga shima masak kari. Erm...sedap juga masak kari udang  ni ek. Hehe..bkn apa shima jarang masak kari kecuali kari ayam dan ikan. Lebih2 anak2 dan si ayah lebih suka Shima  masak udang sweat sour atau sambal je. Tp kali ni shima masak udang kari pulak.. Oklah sape nak try resepinya, silalah ya..

 Udang Masak Kari

  • 30 ekor udang sederhana besar
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan
  • 2 sudu besar sambal belacan
  • 5 tangkai cili padi dibelah tengahnya
  • 2 buah tomato dibelah 4 setiap satunya
     
  • 1 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • Sedikit garam & gula sebagai perasa
Bahan yang perlu dikisar bersama2 dengan sambal belacan
  • 8 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
     
Bahan penumis
  • 3 ulas bawang merah dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 2 cm hali dihiris halus2 memanjang
  • 1 sudu kecil halba campur
CARA MEMBUATNYA
  1. Mula2, panaskan 3 sudu minyak masak & tumiskan semua bahan2 penumis sehingga garing lalu dimasukkan bahan2 yang dikisarkan bersama termasuk sambal belacan, kacau2kan selalu dan biarkan ia sebentar sehingga naik aromanya
  2. Apabila dah cukup garing bahan2 tadi, masukkan serbuk kari ikan (tak perlu campur air pun takpe) kacau2kan biar rata, biar hingga agak garing dan mesra rempahnya
  3. Masukkan pula udang, dan buah tomato .Akhir sekali  masukkan air asam jawa, garam & sedikit gula, biarkan ia mendidih sebentar. Memasak udang tak perlulah terlalu lama. 5 minit dah cukup untuk udang bersaiz sederhana masak dengan sempurna.Tutupkan api & sedia untuk dihidangkan.

KANGKUNG GORENG BELACAN



Assalamualaikum....

Suka tak makan sayur kangkung? Shima suka jg sayur ni, cuma shima pernah dengar org tua2 kata, tak brp elok makan sayur ni sbb sejuk. So far, shima takde masalah lg, makan sayur2an yg org kata sejuk mcm kangkung, timun, labu dsb. Tak taulah dah tua nnti. Harap2 takdela mungkin sbb shima amalkan mkn jamu. Ada sesetengah org tu shima tengok byk sgt pantangnya..kesian jg..tp itulah tubuh bdn setiap org tak sama. Mcm shima alah sikit mkn seafood..merenyam2 le lps tu hidung ni. Bahagian masing2..ye tak? Apapun setiap penyakit itu ada ubatnya. Shima ni jenis jarang makan ubat doktor, melainkan klu terpaksa. Shima lebih percaya kpd perubatan alternatif. Ok..la melalut pulak shima ni. Balik pd resepi hari ni..nak salin ke resepinya? Mesti ramai yg dah tau kan? Pejam mata pun boleh masak. Ok..terpulanglah ye..yg penting shima sharekan resepinya di sini k..


Kangkung Goreng Belacan
 
BAHAN-BAHANNYA :
1 cekak kangkung
1 genggam udang kering atau ikan bilis*
1/2 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
3 biji cili padi merah
1 inci belacan*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :
  1. Kangkung disiang berasingan, batang yang lembut dikerat pendek, cuci bersih dan toskan. Daun pula dicuci dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tunbuk lumat jingga harum, tambah sos tiram dan sedikit garam. Masukkan sedikit air, kacau rata. Masukkan batang kangkung dan bila lembut, masukkan pula daunnya, Besarkan api, gaul rata2 dan bila kangkung lembut boleh matikan api. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Angkat dan hidangkan.


APAM MARJERIN


Assalamualaikum...

Shima sambung lagi dgn n3 yg dah tertangguh lama ni...apam marjerin. Seperti yg shima pernah maklumkan sebelum ni..kuih muih spt apam, muffin, cupcake dan sewaktu dgnnya mmg sgt digemari anak daraku Seri Qaisara. Jadi bila shima buat apam ni..bukan main suka lg dia..dari mula shima menyediakan bhn2 sampai proses mengukus, dia duk setia menunggu sambil buat kecah di dapur dgn abg2nya. Actually, resepi asalnya Apam Mentega. Tp oleh sbb stok mentega dah abis, maka shima gunalah apa yg ada di dapur..iaitu marjerin. Apa pun rasanya tetap sedap...lembut, lemak dan manis sume cukup. Ok, sape2 minat apam, boleh copy paste di sini ye...

 
Apam Marjerin
Bahan-bahan ( +-50 biji )


Bahan (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm marjerin
Bahan (B)
  • 3/4 cawan gula castor
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara membuat gula hangus
  1. Masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan marjerin,kacau rata dan ketepikan.
Cara menyediakan adunan apam mentega.
  1. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  2. Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  3. Perap selama 1/2 jam.
  4. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dlm acuan yg di sapu sedikit minyak.
  5. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min. Tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.