Asam Pedas Ayam Bersantan


Ok..kita sambung dgn n3 seterusnya iaitu Asam Pedas Ayam Bersantan. Resepi ni bahan2nya lebih kurang mcm masak asam pedas cuma ditambah santan je. Shima tak letak daun kesum, tapi shima gantikan dengan serai dan daun kunyit...ha..lg sedap. Anak2 shima suka makan lauk ni..lg2 si Azhad...lagi pedas lg dia suka. Abangnya imran pulak takut mkn pedas..ehm...Oklah..sape nak bolehlah salin resepi di bawah ni..

 

Bahan-bahan:

  •  1/2 ekor ayam
  • *1 labu bawang besar
  • *1 ulas bawang putih
  • *1 cm halia
  • *1 cm kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • sedikit garam dan serbuk kunyit untuk ayam
  • sekeping asam keping
  • 2 sudu besar cili giling
  • 1 helai daun kunyit
  • garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • 1 cawan air
  • 1 cawan santan

Cara-cara


    Bahan2 bertanda * dihiris dan di blend bersama. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang diblend serta cili giling dan serai hingga naik bau Masukkan ayam hingga dan biarkan kering sedikit. Masukkan air dan biar mendidih supaya ayam masak. Masukkan asam keping, gula dan garam. Masukkan santan dan   biar hingga pecah minyak Masukkan daun kunyit yang telah dihiris Biar sebentar supaya daun kunyit layu dan rasanya meresap ke dalam kuah Sedia untuk dihidangkan



No comments:

Post a Comment