PUDING KIWI

 
 
Anybody..yg lom pernah try puding ni..elokla try sbb rasanya yg enak dan terasa buah kiwi yg sebenar. Ada sedikit rasa masam manis kiwi..ermmm..sodap...try tau!
 
 
PUDING KIWI
Sumber : Nieza (Our journey begins);
Bahan-bahannya
5 gram serbuk jelly "konnyaku"
625 ml air (2 1/2 cawan)
4 1/2 camca besar gula pasir
200 ml susu sejat "IDEAL"
1 helai daun pandan
2 - 3 titik pewarna hijau epal
2 biji buah kiwi yang telah masak ranum

125 ml air
*(*dikisar)


Cara membuatnya

1Dalam periuk, satukan air, gula, daun pandan, pewarna hijau epal dan serbuk jelly, kacau hingga larut dan masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga mendidih.


2. Alih periuk dari api, keluarkan daun pandan. Tuang puree buah kiwi tadi dan kacau dengan whisk hingga rata , kemudian masukkan susu cair, kacau hingga sebati. Isi dalam bekas sesuai, biar hingga hilang wap panasnya.


3. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit - 1 jam atau hingga keras. Hidangkan dingin sebagai pencuci mulut, jika suka boleh juga dimakan bersama susu cair dan buah2an segar.
 
 

PUDING BUAH PIC

 
 
 
Hari ni tak sempat nak story panjang2. Kain baju ada sebakul besar nak dilipat...ngeh.ngeh.ngeh. So..bg peminat puding..trylah resepi yg sedap ni. Nyaman je masuk ke dlm tekak bila dimakan sejuk....Try tau..!
 
PUDING BUAH PIC
Recipe: Chef Hanieliza dari buku 1 hari 1 resepi
Source:
10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
2 tin buah peach - dipotong dadu
Cara-cara: 

1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masakan sehingga mendidih. Tutupkan api.
2. Masukkan susu cair dan potongan buah pic. Kacau rata
3.Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan.
 

CHEWY GOOEY BROWNIES

 
Dah pernah mkn brownies? Apa itu brownies? Ala...shima dulu tak brp kisah pun ttg brownies..shima bayangkan rasanya mcm kek coklat biasa. Shima pernah mkn brownies yg sedap masa jalan2 ke Bandung. Rasanya kalau ke Bandung, x sah klu x singgah ke Kartika Sari utk beli brownies sbg ole2. 1st time ke sana..bw balik cuma 3 kotak je. Tp pi kali ke 2, Shima beli berkotak2 utk disedekahkan kpd kaum keluarga. Tak kurang jg ada yg memesan. Tp pemergian kali ke 2 ni, shima diperkenalkan oleh supir kami sms di sana satu lagi brownies yg pd tekak shima lebih besar saiznya dan sedap iaitu jenama Amanda.
 
Shima difahamkan Amanda terlebih dulu yg mempelopori brownies di sana, barulah Kartika Sari. Tp spt yg kita sedia maklum, jk kaum "itu" yg menguasai ekonomi..mmg dia akan lbh maju..maka oleh sbb itu Amanda kurang gah namanya. Nama2 org disana kdg2 amat mengelirukan kita. Ada yg nama mcm omputeh tp muslim..ada yg nama mcm melayu, tp non muslim. Shima pun yg beritahu supir kami semasa di sana..dia yg bertahu ttg brownies..malah dia jg tunjukkan tpt di mn Amanda Brownies ni boleh didapati. Cuma di kedai2 kecil dan push cart di tepi2 jln... Shopping complex shima x pasti pulak. Walaupun dah rasa keenakan brownies tp hati shima ni masih lum tergerak nak buat. Hinggalah.....
 
Jeng!jeng! jeng!..shima berblog walking kat rumah Kak Ita Masam Manis.Tak thn dengar penerangan k. ita yg kt sunggah sedap dan blah..blah..shima nekad nak cuba jg pd hari esoknya. Nasib baik coklat bar tu tak cukup..klu x mlm tu jg shima buat. So...tara!!!! inilah hasilnya...mmg sedap! rangup diluar dan moist di dalamnya. Asyik dok mengulang je. Tika shima masukkan n3 ni, shima ingat dah 4 kali shima buat dlm ms x smpi 2 bln..dan dah ada pun yg order..kwang..kwang..kwang..Hah, tgu apa lg tu..salinlah resepinya..gerenti puas hati!
 
 
CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
Sumber : MasE/Kak Ita Masam Manis/Bro Rozzan

Bahan-bahannya
A
250g butter - potong kecil2
400g baking chocolate - potong kecil2
 
 
B
6 biji telur
340g gula perang (brown sugar)
2 tsp esen vanilla
20g chocolate emulco (I used 1 sudu makan)
 
C
80g tepung gandum } diayak
60g serbuk koko } "
140g kacang walnut/pecan/almond (optional)-bakar sebentar dan gaul dgn tepung dan koko

Cara-caranya

1. Panaskan oven pd suhu 160C. Sediakan dan alas acuan ukuran 11”x11” - (saya gunakan loyang 10" x 10")
2. Double boil bahan A hingga cair , ketepikan biar suam sikit.
3. Pukul bahan B hingga gula hancur - guna hand whisk saja.
4. Tuangkan adunan chocolate dan gaul hingga rata dan sebati.
5. Kemudian masukkan tepung dan digaul lagi hingga rata tetapi jgn terlalu lama.
6. Tuang ke dalam acuan dan bakar dgn suhu 160C- 170C selama 50 minit-1 jam.
7. Setelah masak, biarkan brownie tu dalam acuan hingga sejuk. Rasanya akan lebih sedap jika disimpan semalaman
8. Enak dimakan begitu saja atau dibubuh ganache. Boleh juga dimakan dengan ais krim.

 

KEK BUAH TANPA TELUR (EGGLESS FRUIT CAKE)

 
 
 
Erm...suka x mkn kek buah2an. Shima suka jg..especially kek kukus, tp selalu shima korek kismis sbb x suka rasa kismis dlm kek tu. Klu buah2an lain shima ok boleh telan..ngeh..ngeh. Shima tergerak hati nak try kek ni masa birthday Azhad dan kebetulan nak celebrate, abg dan sepupunya sumenya tgh berkhatan. Jd supaya yg lain pun dpt mkn kek terpaksalah shima google cr resepi yg tiada telur. Kek coklat tanpa telur pulak..mcm dah biasa buat. Setelah blog walking dr rumah ke rumah shima jmpa resepi di rumah Kak Dayang Jack..tgk gambar je dah terliur tambah lg dgn penerangan kak dayang yg kt kek ni sgt sedap dan moist..terus shima tak tunggu lg menyinsing lengan ke dapur..menggodek apa yg patut Mmg.senang sgt..huh! x payah pakai mixer pun..rasa pun mmg sedap! lebih2 lg klu dibiar semalaman...
 
Oklah, jom layan resepinya... (kalau tak tgk step by step kak dayang buat..boleh rujuk pautan kat bwh ni)
 
 
 
Eggless Fruit Cake / Kek Buah (Bakar)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Loyang 20-22 cm
Bahan A :
  • 360 g tepung gandum (ayak 3 kali)
  • 2 sudu kecil baking powder (diayak)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
  • 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis - optional
  • 125 ml jus oren
Bahan B :
  • 250 g mentega 
  • 300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
  • 250 ml susu cair
  • 170 gula kastor (boleh juga guna brown sugar) 
  • 2 sudu besar susu pekat manis atau golden syrup
Bahan untuk taburan : 30 g badam cincang - optional

Cara-cara :
  1. Bahan B : Satukan semua bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati. Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
  2. Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dengan Bahan B tadi. Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.
  3. Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung (jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengahnya). 
  5. Kemudian taburkan badam cincang jika suka. 
  6. Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
  7. Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.
  8.  
     
 

KEK COKLAT MOIST CHEF ZUBAIDAH


 
 
Assalamualaikum...
 
Lagi n3 kek coklat...haha..nak buat camne ek..klu anak2 dah mmg suka. Nama pun budak..mmglah sukakan coklat..erm. Selagi terdaya ikutkan je la..lg pun x la susah mana pun. Kalau tgk kek coklat yg shima post sblm ni..kebykannya togel je. X letak ganache pun..bkn x mau letak..tp memikirkan nnti kek selamat dijilat ganachenya oleh anak2 especially si seri, sape plk nak mkn keknya??terpaksalah maknya habiskan jg..Aduiii..tu yg skrg shima jarang ltk ganache..biarlah plain camtu je.
 
Oklah, jomm..kita layan resepi yg sgt moist, mudah dan sgt sedap ni..
 
KEK COKLAT MOIST
 
Resepi Asal: Chef Zubaidah

Bahan-bahan:

* 100g Serbuk Koko*
* 200g Gula pasir*
* 1 tin Susu sejat*
* 200g Minyak Masak Sayuran*
* 250g Susu Pekat*
* 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
* 150g Tepung Gandum
* 1 st Soda Bikarbonat
* 1st Baking Powder

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya.Tak payah sampai menggelegak/mendidih.

2. Satukan dengan telur yang dipukul tadi dengan hand whisk. Gaulkan bahan2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.

3. Masukkan ke dalam tin yg di lapik & minyakkan. Bakar selama 40-45 minit bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus

4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.



 
 
 

AYAM MASAK PAPRIK

 
 
Assalamualaikum... Dah bbrp hari shima x dpt mengupdate n3 ni. x bleh nak muat turun gambar..x tau la nape. tp bila suruh hubby tgkkan pg td..aii, bleh plak, tp dah lain pulak rupanya. Mcm x syok plk, sbb x nmpk imejnya..ms tgh menulis ni. x taula shima org lain camne.. Oklah utk n3 kali ni shima sediakan menu kegemaran Imran iaitu Ayam Masak Paprik. Jom kita semak resepinya..
 
 
AYAM MASAK PAPRIK
Sumber : My Kuali
 
Bahan-bahan ( 5 org )
300 gm isi ayam - potong kecil/kiub
Kacang panjang/bunga kobis/carrot/jagung muda/tomato - dipotong kecil
3 ulas bawang putih - diketuk
1 ulas bawang besar - dipotong baji
1/2 inci halia - diketuk
1 batang serai - diketuk
6 ulas cili padi - diketuk
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis (shima tambah 2 sudu lg)
1 sudu besar sos ikan (ganti dgn garam biasa je)
3 helai daun limau purut - dikoyak-koyak
Garam secukup rasa (jika perlu)
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
Satu cawan air (jika suka berkuah)
 
Cara-cara
 
1.Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang besar, serai, halia dan cili padi hingga naik bau.
2.Masukkan isi ayam, goreng dan kacau hingga nampak ayam dah putih.
3.Masukkan semua sos dan daun limau purut. Tambah air untuk kuah, kacau lagi.
4.Masukkan semua sayuran kecuali tomato masuk lambat sikit.
5.Rasakan kuah, kalau kurang masin je br tambah garam (sos ikan selalunya dah cukup masin). 6.Masukkan tomato dan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Siap untuk dihidang.
7.NOTA - tambah tepung jagung jika perlu je, jangan banyak sgt nanti kuah tu kering coz terlalu pekat. Selamat mencuba!


APAM TEPUNG BERAS

 
 
Assalamualaikum...
 
Jumpa lg!! rehat kejap..sejak sesi persekolahan baru bermula. Byk sgt keje2 yg nak kena settlekan disamping urusan bersama keluarga yg mmg x pernah surut malah bertambah lg ada. Oklah hr ni shima nak share resepi apam..yg sgt digemari anak daraku Seri. Seri ni klu mkn apam mcm ngunyah nasi..dua2 tgn klu bleh nak simpan apam. Cuba suruh mkn nasi..huh! berbuihlah mulut maknya pujuk..
 
Oklah jom tgk resepi yg sgt simple ni. Shima copy dr blog Kak Izah Muffin Lover...Tq..kak izah..coz share resepi apam yg gebus ni...
 
APAM TEPUNG BERAS
 
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno
 
 
Caranya:
1. Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah maalam kukus pukul 5 pagi).
2. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.
3. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.
4. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.

 

AMERICAN CHEESE CAKE



Assalamualaikum....
 
Selamat Tahun Baru 2013....Apa azam baru thn ni? Apa pun azam baru...diharapkan ia membawa perubahan yg positif dlm kehidupan kita. Semoga kejayaan akan mengiringi kita sepanjang tahun 2013 ini...amin. Azam shima thn ni salah satunya ialah lebih kreatif dan teliti dlm menghasilkan sesuatu. Mudah2an tercapailah hendaknya....hehe..kdg2 tu azam tinggal azam je...sbb kekangan masa dan kesibukan tu membatasi segalanya.tu yg bila menghasilkan sesuatu tu asal boleh je..janji siap!
 
Ok..la blk pd n3 hr ni...emm..ciskek..dah lama betul shima tak wat ciskek ni..dulu siap wat biz lg..sampai tak cukup tgn. Lebih2 lg Oreo Cheese Cake dan Bluberry Cheese Cake Tp sejak shima mengandung anak yg bongsu..shima dah malas nak amik tempahan..penatlah. Klu shima suri rumah mungkin shima tak rasa penat sgt, tp sbb shima ni keje dgn gomen...lain sikit citenya. Anak2 plk kecik metot lg. Lagilah sejak bibik shima dah xde...mmg jarang sgt dah amik order skrg ni. Dah lama tak buat ciskek tiba2 tekak ni mengidam pulak nak mkn. Selalu lpskan gian mkn kat Secret Recipe..tp tu la..bila pi ramai2 ni...dgn anak2 4 org aduhai...mn la cukup seketul dua...buat gaduh je..hisk! baiklah maknya buat sendiri..bkn x reti..American Cheese Cake ni actually 1st time shima try..tp x sangka rasanya sedap..betul..x bohong punya..hehe. Gerenti akan ada ulangan lg lps ni. Anak2 mmg suka bangat..kejap je dah abis..Ok..jom kita tgk resepinya. Tq pd Zack yg sudi berkongsi resepi yg sgt yummy ni...


AMERICAN CHEESE CAKE
 
Source : Aku. Zack
 
(Shima doublekan adunan di bawah)
 
Base:

100g oreo tanpa krim, kisar halus
50 butter, dicairkan
***Campurkan oreo dan butter hingga sebati. Padatkan di dalam loyang yang dialas baking paper pada dasar dan kelilingnya serta dilengser butter. Bakar 5 minit, 160C. Biarkan sejuk pada suhu bilik.

Bahan:

100 ml double cream - ku guna dairy whipping cream jenama Arla 
30 gm gula kastor
30 gm tepung jagung
30 gm majerin - ku guna butter
250 gm cream cheese
3 kuning telur gred A

3 putih telur gred A
30g gula kastor

Cara:

1. Dalam mangkuk stainless steel, pukul cream cheese, 30g gula kastor, dan butter hingga tak berbintil. NOTE: Jika cream cheese berketul-ketul, boleh cairkan di atas double-boiler sambil dikacau rata hingga adunan cheese tidak lagi berbintil.

2. Masukkan kuning telur, tepung jagung dan double cream. Pukul hingga sebati.

3. Dalam mangkuk bersih, pukul putih telur bersama 30g gula kastor hingga bertanduk dan kaku.

4. Ambil 1/3 adunan meringue (putih telur langkah 3 tadi) dan kaup balik ke dalam adunan cheese hingga sebati. Masukkan baki meringue dan kaup balik berhati-hati.

5. Tuang ke dalam base biskut tadi.

6. Bakar secara water bath dalam oven yang telah dipanaskan dahulu, 160C@45-50 minit atau hingga atas kek kelihatan keperangan, guna api atas bawah