CHEWY GOOEY BROWNIES

 
Dah pernah mkn brownies? Apa itu brownies? Ala...shima dulu tak brp kisah pun ttg brownies..shima bayangkan rasanya mcm kek coklat biasa. Shima pernah mkn brownies yg sedap masa jalan2 ke Bandung. Rasanya kalau ke Bandung, x sah klu x singgah ke Kartika Sari utk beli brownies sbg ole2. 1st time ke sana..bw balik cuma 3 kotak je. Tp pi kali ke 2, Shima beli berkotak2 utk disedekahkan kpd kaum keluarga. Tak kurang jg ada yg memesan. Tp pemergian kali ke 2 ni, shima diperkenalkan oleh supir kami sms di sana satu lagi brownies yg pd tekak shima lebih besar saiznya dan sedap iaitu jenama Amanda.
 
Shima difahamkan Amanda terlebih dulu yg mempelopori brownies di sana, barulah Kartika Sari. Tp spt yg kita sedia maklum, jk kaum "itu" yg menguasai ekonomi..mmg dia akan lbh maju..maka oleh sbb itu Amanda kurang gah namanya. Nama2 org disana kdg2 amat mengelirukan kita. Ada yg nama mcm omputeh tp muslim..ada yg nama mcm melayu, tp non muslim. Shima pun yg beritahu supir kami semasa di sana..dia yg bertahu ttg brownies..malah dia jg tunjukkan tpt di mn Amanda Brownies ni boleh didapati. Cuma di kedai2 kecil dan push cart di tepi2 jln... Shopping complex shima x pasti pulak. Walaupun dah rasa keenakan brownies tp hati shima ni masih lum tergerak nak buat. Hinggalah.....
 
Jeng!jeng! jeng!..shima berblog walking kat rumah Kak Ita Masam Manis.Tak thn dengar penerangan k. ita yg kt sunggah sedap dan blah..blah..shima nekad nak cuba jg pd hari esoknya. Nasib baik coklat bar tu tak cukup..klu x mlm tu jg shima buat. So...tara!!!! inilah hasilnya...mmg sedap! rangup diluar dan moist di dalamnya. Asyik dok mengulang je. Tika shima masukkan n3 ni, shima ingat dah 4 kali shima buat dlm ms x smpi 2 bln..dan dah ada pun yg order..kwang..kwang..kwang..Hah, tgu apa lg tu..salinlah resepinya..gerenti puas hati!
 
 
CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
Sumber : MasE/Kak Ita Masam Manis/Bro Rozzan

Bahan-bahannya
A
250g butter - potong kecil2
400g baking chocolate - potong kecil2
 
 
B
6 biji telur
340g gula perang (brown sugar)
2 tsp esen vanilla
20g chocolate emulco (I used 1 sudu makan)
 
C
80g tepung gandum } diayak
60g serbuk koko } "
140g kacang walnut/pecan/almond (optional)-bakar sebentar dan gaul dgn tepung dan koko

Cara-caranya

1. Panaskan oven pd suhu 160C. Sediakan dan alas acuan ukuran 11”x11” - (saya gunakan loyang 10" x 10")
2. Double boil bahan A hingga cair , ketepikan biar suam sikit.
3. Pukul bahan B hingga gula hancur - guna hand whisk saja.
4. Tuangkan adunan chocolate dan gaul hingga rata dan sebati.
5. Kemudian masukkan tepung dan digaul lagi hingga rata tetapi jgn terlalu lama.
6. Tuang ke dalam acuan dan bakar dgn suhu 160C- 170C selama 50 minit-1 jam.
7. Setelah masak, biarkan brownie tu dalam acuan hingga sejuk. Rasanya akan lebih sedap jika disimpan semalaman
8. Enak dimakan begitu saja atau dibubuh ganache. Boleh juga dimakan dengan ais krim.

 

No comments:

Post a Comment