CUTI-CUTI MALAYSIA : MERSING (HOTEL MERSING BEACH RESORT)


Happy Birthday To You
Happy Birthday To You
Happy Birthday to Salahuddin Azhad
Happy Birthday To You.....

Mudah2an Azhad menjadi anak yg soleh,  dirahmati oleh Allah SWT, bijak dan dipanjangkan usia. Aamiin....

American Chocolate Cake permintaan Azhad...jgn lupa letak strawberi katanya..

Sempena hari lahir Azhad yg ke 6 tahun pd 23 Nov 2013, kami menyambutnya di Mersing Beach Resort. Kenapa di Mersing ek? Sbb Mersing tu tak brp jauh dr rumah Shima hehe...lebih kurang 1 jam 15 minit je ke sana. So...nak senang, pilih je yg dekat..bila2 bleh pi. Dah tak ingat dah brp kali ke Mersing ni...atas mcm2 urusan. Tapi hotel ni, ini yang pertama kali. Jom layan gambar-gambar yg sempat shima snap...

Maknya yg keras tangan ni pun layan kan je la...lg pun birthday dia kan. 

Nasi lemak ni, bibik Kasih yg masak. Sambal tumis bibik ni mmg sedap giler...sume puji. Chicken Roasted Black Pepper ni beli kat AEON Big je...

Pemandangan dr hall

Besar jg apartmen ni. Kat hall ada queen bed dan single bed.

View dr balkoni, tpt parking kereta

View dr balkoni..nyaman je bila tgk lautkan...

Luas jg hall nya...

Toilet pun besar

Dari pintu masak

Tgh mengemas...nmpk gemukla pulak pakai baju ni...ceh..ceh..


Ada bangku plastik disediakan di beranda...

Seri yg dah tak sabar nak ke pantai....

Ok...dah redup sikit...jom kita ke pantai...

Jalan kaki sikit...tp tak la jauh sgt...

Nampak tak hotel kat belakang tu....jauh tak agak2?



Jalan2 di tebing...

Sampai pun....

Pasir di sini halus sgt...x sakit tapak kaki...

Kejap je dah senja....





Ni kat swimming pool...

Nampak mcm besar, tp sebenarnya kecik je...

Nmpk tu punyalah ramai kat pool tu...

Tgk tu...mcm x nak naik dah....

Dah cukup....kita pi mandi laut plk...sblm balik...


Kami tido kat Mersing Beach Resort... Tp Air Papan Beach Resort pun cantik dan comel jg...

Seri mesti nak main pasir...

Seronok la bdk2 ni main layang2...kebetulan angin kuat..






Itulah dia serba sikit percutian kami di Mersing Beach Resort pd 23-24 Nov 2013. Pada shima resort ni ok...selesa dan besar. Tp hrga lupa plk...kena buka website Mersing Beach Resort sape yg berminat nak ke sana.

Lps check out, shima tak terus balik, tp berjalan2 menyusuri pantai Mersing seterusnya ke Endau dan terus terlajak ke Rompin. Kalau shima ke Mersing, shima mesti beli keropok lekor dan keropok ikan. Lepas tu klu ada byk masa, shima mesti makan lempeng kelapa di Rompin...sedap tau!! Nnti shima tunjukkan pd N3 yg akan dtg ok....bye....

Doa Ibu Bapa Untuk Anak-Anak Yang Akan Menduduki Peperiksaan




Mudah2an anakku IMRAN FIRDAUS memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2014.

Sebagai ibu bapa sudah pasti, kita akan berdoa demi kejayaan anak-anak. Berikut antara doa yang boleh diamalkan.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.


Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.


Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.


Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. 


Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.


Ya Allah,
Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.


Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.


Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.


Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.


Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa. 


Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.


Ya Allah,
Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.


Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.


Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.


Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.



INGIN KEKAL WANGI DARI 12 - 16 JAM?





>>BETUL KE HARUMANNYA KEKAL DARI 12 -16 JAM<<

Sudah ramai yang bertanya soalan tersebut. Betul ke ni?? Kata-kata seperti, tipulah, merepeklah, nonsence! dan macam2 lagilah yang dah jadi halwa telinga saya. Saya cuma boleh kata CUBA dulu...sukar untuk saya jelaskan, jika anda tidak mencubanya untuk kali pertama. 

Ramai juga yang bersungut kepada saya, mereka banyak kali tertipu dengan istilah Gred AAA. Penjual menyatakan ia berkualiti Gred AAA, namun apabila digunakan hanya mampu bertahan selama 30 minit. Aduhai....inilah dia "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". Kerana terlalu mengejar keuntungan, ada juga telah mancampur wangian tersebut dengan alcohol atau bahan pelarut lain bagi mencairkan pati minyak tersebut. Itulah punca yang menjadikan ia tidak mampu bertahan lama.

Jadi, bagaimana nak pastikan haruman tersebut kekal dan bertahan selama lebih 12 jam?

Kita sering diajar agar mencalitkan atau menyembur minyak wangi pada nadi pergelangan tangan, leher dan sebagainya. Betul tak? Tapi sejujurnya adakah ia benar-benar berkesan dan mampu mengekalkan haruman tersebut hingga 12 jam?

Hah...nak tahu rahsianya?
Ada syaratnya tau....kena cuba Sakura Essence dulu. Masa tu saya akan terangkan caranya.

Lepas dah guna, anda pasti TAKKAN bertukar pada minyak wangi lain..saya GERENTI!!, sebabnya:

1. MURAH
2. TAHAN LAMA
3. BOLEH DIBAWA BERSOLAT

So, trylah SAKURA ESSENCE sekarang. Ada 35 bauan popular yang boleh anda cuba seperti AVRIL LAVIGNE-Forbidden Rose, J.LO-Live yang teramatlah popular dikiosk kami.

Berminat?
Jika berminat, sila WhatApps/SMS: 0127260636






CUTI-CUTI MALAYSIA : KE PANTAI TIMUR LAGI....


Salam 1 Malaysia...

Kali ni shima nak cite percutian kami sekeluarga ke negeri2 pantai timur. Percutian ni merupakan kali ke 4 shima ke sana. Cuma sebelum ni shima pi sekeluarga, tp kali ni...shima bawa my daddy and mummy sekali. Kesian...depa seumur hidup tak pernah sampai ke sini lg. Ayah shima tak reti nak bw keta jauh2...plg jauh dia drive ke KL. Itu pun berkonvoi ramai2...klu pi sendiri mmg x sampailah jawabnya. Ok la...selagi mereka masih sihat...shima ajaklah mereka berjalan2. Rehatkan minda dan badan setelah penat menjaga cucu2 mrk. Hish! bukan anak shima tau...tp anak saudara. 

Percutian kali shima bawa dia jalan2 ke Masjid Kristal di Kuala Terengganu. Seronoklah ayah shima..sbb dia mmg suka pi masjid yg cantik2 ni...

 Jom...layan gambar2 di bawah ni.













Sebelah petang kami check in di Merang Suria Resort di Merang Kuala Terengganu. Resort ni cantik tp mcm kurang pengunjung. Padahal cuti sekolah. Kedudukan hotel ni agak tersorok ke dalam...jd kalau tak perasan mungkin boleh terlajak.

Seperti biasa, anak-anak shima pantang nmpk swimming pool...mesti nak mandi punya. Swimming pool nya comel je...





Melayan tuan puteri Seri Qaisara bersarapan....

Jarak dari hotel ke pantai ni agak jauh sikit...tp pantainya sangat bersih...

Turn left....

Turn right...

Pandang depan.....

Siap sedia utk check out...

Bye2 Terengganu....nak sambung perjalanan ke negeri cik siti wan kembang pulak...

Menu yg wajib dimakan klu ke Kelantan...Roti Canai dgn Sup Gear Box...wei...sedap gilos..sup ni...

Dah 2 mlm di Kelantan...jd otw balik...tido di hotel bajet di depan Stadium Kuantan. Adoi..lupala nama hotel ni...hehe dah pokai le...asyik shopping je..

Ni la hotel yg kami tido masa 2 mlm di Kelantan. Bawah ni klu mlm meriah sungguh...waqaf che yeh la katakan...

Inilah rupa bilik kami....oklah...lg pun siang asyik dok berjalan je..

Pemandangan mlm di Waqaf Che Yeh

Shima bawa jg mrk berjalan ke Rantau Panjang. Tp kali ni Shima tak pi Pengkalan Kubor. Hah..amik ko..shopping sakan mak shima kat sini..periuk belanga, pengukus, toto, tudung, hand bag...dan mcm2 lg. Nasib baik muat jg bonet kereta ku....huhu.

Entah bila lagi agaknya nak sampai ke sini lg. Mungkin 5 thn lg kot. Hihi...misi seterusnya nak ke Malaysia Timur la plk...entah bila la agaknya. Pulau2 di sini pun x abis pi lg. Ok la, kita jmpa n3 yg akan dtg...bye...