Sandwich Telur & Salad


Jom..tengok menu yg menjadi kegemaran anak2 shima waktu pergi ke sekolah...hehe..ini dia sudah semestinya yg plg simple dan sedap...sandwich. dahlah senang nak menyediakan..lps tu byk khasiatnya...haha..iye ke?? ke sbb maknya malas dan tak sempat sediakan sarapan? Whatever la..yg penting anak2 suka..dan bukannya fast food..iye tak? Dulu shima suka sediakan sandwich tuna..tp sejak kena resdung yg kronik..shima dah jarang mkn tuna atau sardin lps shima dpt tahu mknn2 tu la yg menjadi kegemaran ulat2 resdung..kira mcm baja la utk ulat2 tu membiak..Jd skrg..shima gantikan dgn telur rebus je...lg jimat..dan sedap pulak tu..

Nak ke resepinya...salin je la...

Sandwich Telur dan Salad

Bahan2:

Beberapa keping roti Gardenia
3-4 biji telur rebus
2-3 sudu mayonis
Salad (Shima suka beli mcm2 salad dan tomato comel di Giant yg harga RM5.50 dlm 1 bekas plastik)
1 biji bawang besar (potong dadu)
Sedikit lada sulah

Cara menyediakan:

Salad dihiris kecil2. Telur rebus dilecek hingga hancur. Campurkan semua bahan kecuali roti dlm 1 bekas, gaul hingga sebati. Selepas itu bolehlah disapu pada roti.

 

No comments:

Post a Comment