MUFFIN LABU


Assalamualaikum...

Salam 1 Msia. Lama juga shima tak mengupdate blog...byk hal2 lain yg perlu disiapkan terlebih dulu. Biasalah bila dah jd wanita berkerjaya ni, byk tanggungjawab yg perlu dilaksanakan. Selain itu tuntutan sbg ibu, isteri jg mmg tak abis2....kdg2 bila kata pi bercuti pun tak cuti jg. Byk benda2 yg difikirkan dlm kepala ni utk memuaskan hati semua pihak...hemm...itulah namanya kehidupan...

Balik pd n3 hari ni...walaupun dah lama jd baja hehe..mapin labu. Rasanya sedap dan lembut dan agak chewy sikit. Apa yg shima perhatikan...apa sj kuih muih yg menggunakan labu mcm donut, apam dsb..rasanya agak chewy sikit. Tp dia tetap lembut..cuma dia beza sedikit dr segi warna dan teksturnya. Shima isikan dlm cup yg plg comel...nmpk kiut je..dan apa lagi anak daraku yg sorang ni lg lajulah masuk ke mulut...siap gaduh lg dgn abgnya berebut2 nak makan mapin yg panas2 baru kuar dr oven...
Oklah, sape yg nak resepinya boleh copypaste di sini ye..Shima amik dr blog Izah Daut..Muffin Lover..TQ ye cik puan izah...


MUFFIN LABU (PUMPKIN MUFFIN)
by: izahdaut

bahan

1 cawan tepung gandum

3/4 sk baking powder

1/4 sk baking soda

1/2 sk garam

1/2 cawan labu lecek

1/4 cawan yogurt

2 biji telur

1/4 cawan minyak


 
1/3 cawan gula

sedikit vanilla essence

coklat chip untuk hiasan (shima tak letak)



cara
1. Panaskan oven ke 190 C.

2. Ayak tepung bersama baking soda , powder dan garam.

3. Satukan labu, telur, gula, yogurt dan minyak. Kemudian blend



sehingga licin.


4. Masukkan bahan blend ke dalam adunan tepung.

5. Gaul adunan sekadar bersatu. Jangan overmix.


6. Ceduk adunan ke dalam muffin pan

7. Bakar sehingga kekuningan lebih kurang 25 minit

 

MUFFIN PISANG INTI COKLAT


Banyak2 muffin pisang, ni antara muffin yg sedap, yg pernah shima makan. Resepi dr Ros Jintan Manis...terasa sungguh pisang dan coklatnya. Si Imran siap minta bungkus nak bg pd kwn2 dan cikgu tuisyennya...hehe. Tp mmg sedapla..lps ni gerenti shima buat lg..soft dan moist sgt...alahai..

Salin tau resepinya...rugi tau tak cuba..


MUFFIN PISANG INTI COKLAT

Bahan-bahannya

2 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan gula

2 biji pisang yang ranum
1\2 cawan minyak masak
2 biji telur
1\3 cawan susu segar
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil baking powder
beberapa titik esen vanila
beberapa ketul coklat dairy milk ( ros guna jenama meiji)

Cara-caranya

1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2

sudu kecil garam.
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda

bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih baru masukkan

gula, pukul lagi hingga kembang.
3. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian

 masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan

beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ni

 jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.

4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4


papercup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu

170darjah selama 18 ke 20 minit.

MUFFIN OREN POPPY SEED


Lama dah tak buat mapin..actually, dah lama sgt shima simpan popy seed ni dlm peti ais..barulah berkesempatan nak buat. Sedap jg mapin ni terasa lemak yg dtg dr poppy seed selain bau harum oren..anak2 shima pun suka..lebih2 lg si Seri Qaisara..siap tunggu dpn oven lg..tak sabar2 nak tgu mapin masak...

Ok..sape nak boleh salin resepi ni ya...sy copy dr blog Hayati Ibrahim TQVM..minta halal ya..

 
ORANGE POPPY SEED MUFFIN 

Bahan-Bahannya 


125 g unsalted butter (boleh guna butter biasa) 

125 g gula perang (brown sugar, kalau guna gula halus biasa

rasanya kena kurangkan 

beratnya kepada 110g, kalau tak manis sangat) 

1/2 camca teh ovallate 
 
150 g tepung halus (tepung gandum pun ok)* 


1 camca teh baking powder* 

10 g susu tepung*(*disatukan dan ayak)
 
25 g serbuk badam 


2 biji telur gred A 

15 g popy seed (biji kas-kas) 

1 biji oren, parut kulitnya dan perah jus 


Cara membuatnya :- 

1. Panaskan oven pada suhu 170C. Putar mentega, gula perang dan

 ovallate hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus putar



hingga kembang. Masukkan parutan kulit oren, gaul rata. 

2. Satukan tepung yang telah diayak bersama popy seed dan serbuk

badam, gaul rata. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung

berselang seli dengan jus oren hingga habis. Gaul rata. 

3. Sudukan ke dalam muffin cup, atau paper cup yang dialas dalam

muffin mould (seperti gambar disini..), 3/4 penuh. Buat hingga siap

dan bakar 12- 15 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum

dihidangkan

Sambil Tumis Sotong


Ok...kita sambung lg lauk yg dah pun jd baja..hehe...dah lama sgt  terperam dlm kamera. Lauk favourite shima dan anak shima no 2..si Salahuddin Azhad. Selera anak ni bermcm2 kan? Letih gak nak melayan. Klu yg sulong tu..suka betul mkn ayam...hari2 mkn ayam pun takpe..klu seafood ni..huh!! dia mkn sikit je. Dia tak brp gemar mkn kek biasa atau kuih yg manis..tp klu cheesecake, dia no 1. Suka mkn kuih yg lemak mcm karipap. Yg no 2 plak...mcm shima...suka mkn seafood..klu udang dgn sotong, skali hadap je...org lain melopongla..dpt seciput je. Kuih2 dia suka jg..tak brp cerewat semua dia mkn. Anak dara shima yg sorang ni..susah betul nak ajak mkn...nasi ni..siksa nak suruh mkn..klu bubur nasi dia suka. Kuih dan kek mmg la favourite dia...mmg kek kat umah ni..dia la yg tolong abiskan..lg2 klu wat apam atau muffin..suka betul dia...laju je dia mengunyah.. Yg kecik ni tak tau la mcm mn..sbb baru 9 bln..harap2 tak cerewet mcm abangnya no 1..poneng kepala ibu nnti. Gitulah ragam anak2...sbg ibu selagi terdaya, layan je la..kita jg yg seronok..bila tgk anak mkn sampai menjilat jari...hehe..

Okla blk pd n3 hr ni..sambal tumis sotong...klu tak tau salinlah resepi di bwh ni..

 
SAMBAL TUMIS SOTONG

BAHAN-BAHANNYA

500 gram sotong
1 biji bawang besar, hiris kasar
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa (serbuk perasa)
1 cawan cili kisar
6 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Sotong dibersihkan, asing kan kepala, buang dakwat, muncung dan mata sotong, jika besar kerat. Badan sotong di belah, buang bahagian dalamnya, kerat sederhana besar, cuci dan toskan. Kemudian celur dalam air mendidih selama 30 saat, toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, masukkan jus asam jawa, gula, garam dan serbuk perasa (jika guna). Masak hingga pekat.
  3. Tambah bawang hiris dan sotong, kacau rata dan masak hingga sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

Ikan Masak Taucu


Assalamualaikum...

Salam 1 Msia...apa khabar? Nak masak apa tengahari nnti? Dah pikir menu apa yg nak disediakan? Kdg2 shima jd buntu nak masak apa..balik2 asam pedas..biasalah org johor. Kdg2 asam rebus campur nanas. Masak sambal, masak kicap rempah, masak kari, singgang...masak lomak cili api..klu ayam pulak masak sup, tomyam, kurma, black pepper. Ikan masak taucu ni jarang masak sbb kurang peminatnya. Tp hari tu...dah x ingat bila...hehe..sbb dah lama x update blog..tiba2 je teringin nak mkn masak taucu. Bekalan taucu mmg ada je kat peti ais. Aku pun masakla. Masak pun tak byk..sbb bimbang tak abis. Masa hidang tu anak2 sibuk tanya masak apa ni bu? Aku jawablah masak taucu. Masing2 tu mula2 cubit sikit je..lps tu cubit lg..lama2 eh...abis jg sekor..lps tu terus licin..hehe.

Nak tepek resepi jg ke...issk..x payahla ye..resepi campak2 je..rasanya sume org dah tau memasaknya kan...silalah menjamu mata ye..