Banyak2 muffin pisang, ni antara muffin yg sedap, yg pernah shima makan. Resepi dr Ros Jintan Manis...terasa sungguh pisang dan coklatnya. Si Imran siap minta bungkus nak bg pd kwn2 dan cikgu tuisyennya...hehe. Tp mmg sedapla..lps ni gerenti shima buat lg..soft dan moist sgt...alahai..
Salin tau resepinya...rugi tau tak cuba..
MUFFIN
PISANG INTI COKLAT
sumber:
Ros
Jintanmanis
Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
1
1/3 cawan gula
2 biji pisang yang ranum
1\2
cawan minyak masak
2
biji telur
1\3
cawan susu segar
1
sudu kecil soda bikarbonat
1
1/2 sudu kecil baking powder
beberapa
titik esen vanila
beberapa
ketul coklat dairy milk ( ros guna jenama meiji)
Cara-caranya
1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2
sudu kecil
garam.
2.
Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda
bikarbonat,
kemudian pukul telur hingga berbuih baru masukkan
gula, pukul lagi
hingga kembang.
3.
Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian
masukkan
minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan
beberapa esen
vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ni
jangan guna mixer
ye, guna spatula atau senduk kayu je.
4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4
papercup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu
170darjah selama 18 ke 20 minit.
No comments:
Post a Comment