PUDING COKLAT BERSOS KASTARD


Menu berbuka seterusnya ialah Puding Coklat Bersos Kastard...cuma ada 1 gambar je yg dpt shima sharekan di sini. Snap byk, tp byk shima delete, sbb tak cantik...hehe..maklumlah shima bukannya professional photographer..cuma amatur je..Jadi byk kurang di sana sini. Oklah puding ni resepi Dayang Jack..emm..mmg enak bila dimakan sejuk. Kalau tengok blog Dayang Jack ni..mouth watering u...resepinya mmg enak2 bangat. Klu boleh sume nak try especially kek lapisnya...mmg sedap... Shima ni klu bulan pose, mmg suka buat puding, agar2 ke..atau apa2 je yg boleh membasahkan tekak. Lebih2 lagi tgh cuaca panas terik ni..aduhai..mmglah kesabaranku diuji..balik keje je mmg lepak abis..rasa mcm nak tidur je.

Oklah, malas nak cite panjang, jom salin resepinya..


PUDING COKLAT SOS KASTARD 
Resepi : 
DayangJack@DapurKu SaYang


Bahan-bahan : 8-10 orang makan


Puding Coklat :

  • 10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
  • 500 ml susu segar
  • 250 ml susu cair
  • 200 ml air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 3 sudu besar serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
  • 2 sudu besar tepung kastard + 2 sb air
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara : 

Larutkan agar-agar dan gula bersama 200 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dengan api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dalam bekas bersesuaian. Sejukkan.


Bahan Sos :

2 1/2  cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
3 sudu besar tepung kastard
5 sudu gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla 


Cara-cara :

Satukan kesemuanya di dalam periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dengan api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dengan coklat urai jika suka.

SPAGHETTI AGLIO OLIO


Salam Ramadan...

Menu 1st day berpuasa Shima sekeluarga ialah Spaghetti Aglio Olio. Erm..meriah tak? Hehe..mcm2 color ada. Biasa shima buat simple je...tp kali ni..segala benda shima letak selain seafood. Kebetulan sosej black papper pun ada, maka shima campak je la skali dlm resepi ni.....Anak2, klu masak pasta mcm ni memanglah suka sgt dia. Maklumlah tak pedas...mmg laju je dia org mkn.

Bagaimana puasa hari ni? Alhamdulillah hari pertama puasa mmg seronok sgt..sbb cuaca mendung je, tp masuk hari ke 2, sampailah ke hari ni..cuaca jd panas kering..aduh..sampai sakit tekak dibuatnya. Buka puas pulak mmg air sejuk wajib ada atas meja..huh..mmglah makin bertambah serak-serak kering suaraku..adoi...

Oklah..membebel pulak..so..sape2 suka mkn pasta sebegini salin je lah..


Spaghetti Aglio Olio
Sumber : Dapur Malaysia

Bahan-bahan (5-6 orang)

500 g spaghetti
1 kg seafood (udang, sotong dan kepah) * Shima tambah kupang dan sosej
1 cawan minyak zaitun (olive oil)
3 ulas bawang putih (dihiris)
3 sudu besar chili flakes
3 sudu besar oregano flakes
3 sudu besar parsley flakes
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
1 kiub pati ayam
Sedikit lada cameron merah, hijau dan kuning

Cara-cara
    Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan. Dalam periuk lain, rebus seafood sehingga hampir masak dan toskan. Jangan buang air rebusan seafood ini.
    Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit. Masukkan 1 senduk air rebusan seafood.
    Masukkan oregano, parsley dan chili flakes, lada hitam, lada cameron, garam dan pati ayam.
    Masukkan spaghetti dan seafood. Kacau hingga sekata.
    Siap untuk dihidangkan.

AYAM SAMBAL TOMYAM


Salam Ramadan

Menu hari ni merupakan menu hari pertama bersahur...emm..nampak sgt dah lama tak berblogging. Masa shima menaip ni..dah 10 Ramadan..byk lg gambar2 yg tak tahulah bila nak diupdate. Byk gambar2 kenangan terindah bersama insan2 teristimewa yg tak sempat shima sharekan di sini..kalau tayang pun citenya dah basi..huhu..sedih betul. Berblogging ni mmg memerlukan kesabaran. Memang shima salute abisla pd para blogger yg tersangatlah rajin mengupdate blog mereka. Mcm shima ni alahai...dahle bekerja, dgn bisnes lg...rasa mcm tak larat nak buat semua tu..tp disbbkan minat punya pasal..buatlah jg apa yg termampu.

Oklah panjang pulak citenya...resepi ni actually, main campak2 je. Tak tahulah tekak ni bila time bulan puasa dia boleh tukar tune pulak..suka lauk pauk yg masam2..sup dan ikan kering. Kalau time tak pose..takdelah beria sgt nak buat selalu. Tambahan lg mengenangkan si Imran yg suka mkn lauk2 yg sebegitu..so layan je la...asalkan dia nak bangun sahur..Sorilah ye..mutu gambar kurang memuaskan, amik gambar time sahur..dgn cahaya lampu kuning..asal boleh je...ahak..ahak..

AYAM SAMBAL TOMYAM

Bahan-bahan :

1 kg ayam
5 helai daun limau purut
2 Tbsp pes tom yam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sebiji bawang dipotong bulat

Bahan kisar :

10 batang cili kering/ cili merah
1 labu bawang besar
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
5 batang serai
Sedikit belacan
Cara-cara :

Ayam digoreng 3/4 masak. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Biar hingga naik minyak dan garing. Masukkan pes tom yam dan gaul rata. Masukkan ayam goreng, garam dan gula serta daun limau purut dan gaul biar sekata. Tutup periuk dan biar ayam masak sebentar di atas api sederhana lebih kurang 5 minit. Masukkan bawang yg dipotong bulat. Boleh letak sikit air kalau suka berkuah.Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Apam Indon..lagi dan lagi...


Assalamualaikum...

Hari ni shima nak masukkan lg apam yg sgt popular ni. Dah tak ingat berapa kali shima buat apam ni, yg mkn sendiri lain, bw balik kg lain...yg kawan2 order lain..sampai tak sempat nak snap gambar. Dah bermacam color shima try...hehe..shima mmg suka bab ni..mcm buat eksperimen pulak. Okeylah buat rakan2 yg nak cuba resepi, bolehlah c&p resepinya di sini...


APAM INDON
By: Blackmore Forum Cari
Disumbangkan oleh : 
MamaFami 
Rujukan : Azlita (Masam Manis)
5 iji telur
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus
250 ml susu segar atau santan~ ita guna santan
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit garam
pewarna 
Panaskan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain. 
Sediakan loyang ukuran 9 inc
Oleskan dengan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper

Ayakkan tepung bersama baking powder. 
Campurkan garam ke dalam susu. 
Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang. 
Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla. 
Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu. 
Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai. 

Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat. 
Ulangi kaedah yang sama untuk lapisan yang ke2 dan ke 3
Adunan yang terakhir hendaklah dikukus selama 30 ~ 40 minit atau sehingga apam masak sempurna

Sayur Campur Hati Goreng


Assalamualaikum semua..

Sebelum shima tersengguk depan dpn laptop ni, baik shima masukkan n3 ni cepat2. Alah sayur yg sangat simple dan sedap ni, shima mmg biasa buat klu stok hati ayam ada di rumah. Tp sekarang ni shima reduce penggunannya sbb byk yg shima baca kita tidak digalakkan makan organ dalaman ni krn boleh membawa pelbagai penyakit.

Jadi apa lagi salinlah resepinya...


Sayur Campur Hati Goreng

Bahan-bahan : (Sumber:DayangJack)


300 g hati ayam (dibersihkan, dipotong ikut suka)

2 ulas bwg putih(ditumbuk lumat)

10 biji cili padi (ditumbuk lumat) - separuh atie belah 2 jer.

serbuk kunyit secukupnya

1 labu bawang besar (dimayang dan digoreng sedikit)

garam secukup rasa

kacang panjang dipatah2

Sayur kobis

Cedikit cili benggala

Cara-cara :

Panaskan sedikit minyak. Masukkan hati yg telah diperap dgn kunyit serbuk dan garam.

Gorengkan hingga ¾ suku masak.

Kemudian masukkan, kacang panjang dan sayur kobis. Kacau lagi. (tak perlu dimasak terlalu lama)

Setelah masak, masukkan bawang merah yg dipotong bulat dan sedikit lada benggala. Gaul sebentar hingga bawang sedikit layu.

Hidangkan panas2




KEK LUMUT SARAWAK


Assalamualaikum...

Pernah lihat atau rasa kek ni? Kalau org sarawak mmg tak hairanlah dgn kek ni, sbb mmg berasal dr sana. Tp shima percaya ramai org di Semenanjung tak pernah tahu akan kewujudan kek ni...betul tak? kecuali sifu2 masakanlah..mmg sure mrk tau punyer..hehe. Shima dah lama tahu ttg kek ni sbb pernah terbaca dlm majalah dan buku resepi, tp niat utk membuatnya sering terbantut memandangkan masa mengukusnya yg agak lama..antara 2-4 jam.

Tp dek krn tergoda, dgn kata2 pujian yg melambung oleh para blogger masakan maka, shima dgn semangat yg bernyala2 pun tak nak ketingglan jg utk mencubanya. Rupa2nya byk versi kek lumut ni. Ada yg letak tepung dan ada yg sebaliknya. Tp shima memilih utk mencuba resepi yg tidak ada meletakkan sebarang tepung dlm kek ni, sbb shima rasa kelainan kek ni dgn kek2 yg lain. Wow...mmg mantap! sedapla...lemak manis semua cukup! mmg akak berminyak sikit..rasanya kena kurangkan sedikit butter lain kali atau tambah sedikit serbuk nestum. Shima dah agak kek ni mesti sedap sbb penggunaan nestum, tepung suji dan horlicks bg menggantikan tepung...tima kacih  Kak Yatie (Sinar Kehidupanku) atas resepi yg sedap nih...izinkan shima copy paste ye..

Jom..tu apa lg..cepatlah2 buat..gerenti tak menyesal punya..


KEK LUMUT SARAWAK

Source : Kak Yati (Sinar Kehidupanku)

BAHAN2:

  • 5 biji Telur
  • 1 cwn Gula Halus
  • 8oz Mentega-Yatie guna 200gm je
  • ½ cwn Tepung Suji
  • 1 cwn Nestum- dikisar halus,Yatie tambah dlm 2 sudu besar lagi
  • 3 sudu besar horlicks-Yatie tambah
  • ½ cwn Susu Ideal
  • ½ cwn air teh (2 sudu kecil serbuk teh + air)
  • Pewarna Hijau (Along guna Pes Pandan)



CARA2:

  1. Pukul telur sehingga kembang.
  2. Masukkan gula sedikit2 sambil di pukul.
  3. Pukul mentega sehingga kembang & campurkan ke dlm adunan telur.
  4. Masukkan tepung suji & nestum &horlicks dan gaul sebati.
  5. Masukkan susu, teh & pewarna hijau.
  6. Kukus selama 2 jam sehingga masak. Yatie tutup loyang dngn aluminium foil semasa mengukus kek. Gunakan api sederhana je.


RED VELVET CHEESY MARBLE CAKE


Assalamualaikum...

Ini merupakan n3 yg dah tertangguh sejak 3 minggu lepas...hehe. Shima buat kek ni sempena birthday anak shima yg paling bongsu Muhammad Isyraq Razin yg pertama. Ini merupakan percubaan shima kali yg ke 4, membuat Red Velvet Cake, namun yg sebelum ni shima tak masukkan sbb bg shima rasanya biasa2 je..tak naklah share dgn kwn klu rasa keknya, biasa je ye tak? Cuma bezanya kali ni shima marblekan kek ni terus, jd tak payah dah nak tepek cheese tu kat atas kek..senang cite! Shima tengok kak yati (sinar kehidupan) buat mcm tu, shima pun terus nak try..mmmg betullah kak yati rasanya mmg sedap!! Tq kak yati! Resepi ni mmg sesuai utk shima yg memangnya sibuk dan malas sebenarnya nak mendeko kek yg kena touch up sana sini..isk! tak sesuai..la, sbb shima ni jenis cepat bosan kalau buat keje yg mengambil masa yg lama. Cuma marble nya tu kurg menjadi, sbb shima ni tak sabar, jd shima tepek adunan cheese masa cheese tu masih sejuk, jd dia kurang sebati bila mix dgn bhn2 lain. So..yg berbintil2 tu yg jd marblenya..yg cair tu dah bersatu dgn adunan merah tu. Klu shima mis masa cheesenya ikut suhu balik mesti kejadiannya cantik..macam kek kak yati tu.


Oklah, sape yg nak resepi boleh c& p di sini yek..


RED VELVET CHEEZY MARBLE CAKE
Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )
Bahan A :-
  • 300 gm gula halus/castor
  • 225 ml minyak sayur/mentega cair (1 cwn)
  • 2 biji telur
Bahan B :-
  • 225 g buttermilk/yogurt (1 cwn) - akak guna susu cair
  • 3 sb pewarna merah
  • 1 sk cuka/jus lemon
Bahan C :- (diayak bersama)
  • 300 gm tepung naik sendiri
  • 2 sb serbuk koko
  • 1 sk bicarbonate of soda
Bahan D :-
  • 1 sk esen vanilla
Bahan Cheese :-
  • 250 gm cream cheese (1 buku)
  • 1/4 cawan gula halus/castor
  • 1 biji telur
  • 2 sb susu cair
  • 1/4 sk esen vanilla
Cara-cara
  1. Satukan bahan2 cheese dan pukul hingga lembut.Ketepikan.
  2. Satukan bahan A dalam mangkuk besar dan kacau sebati dan ketepikan.Satukan bahan2 B dan C dalam mangkuk yang berasingan.
  3. Masukkan bahan B dan C ke dalam mangkuk A berselang-seli dan kacau lagi hingga rata.
  4. Masukkan juga bahan D dan kacau hingga sebati lagi.
  5. Tuang 1/2 bahagian adunan ke dalam loyang yg disediakan dan lapiskan dgn 3/4 adunan cheese rata2(akak guna piping bag).
  6. Tutup dengan lebihan adunan dan tuang lebihan adunan cheese dan lorekkan.
  7. Bakar pada suhu 175C selama 45 min. atau


Nasi Ayam Penyet


Assalamualaikum...

N3 yg shima paparkan hari ni merupakan antara menu favourite kami yg terbaru...dulu kalau ada ayam..anak2 mesti suruh ibunya buatkan nasi ayam..atau tomyam atau apa2 je la. Skrg ni, "ibu nnti buat nasi ayam penyet eh.." hehe..sejak ibunya dah pass masak nasi ayam penyet. Kesian...kalau tau lg dulu ibu masakkan nasi ayam penyet utk korang...

Rupa2nya tak susah mana pun buat nasi ayam penyet. Dalam penyediaan nasi ayam penyet yg paling penting sambalnya, kedua barulah ayam...bukannya boleh suka2 goreng mcm biasa atao guna tepung goreng segera tu..sah..mmg tak jadi! Kena rebus dulu..perap semalaman, barulah sedap..sampai ke tulang terasa rempah perapan tu..

Oklah..sape nak try, boleh salin resepi di bawah, gerenti sedap!! Resepinya drp pakar masakan dr Spura..bukan calang2 org tau..


AYAM PENYEK
(sumber resipi : Pn Asmah Laili)

Bahan-Bahan
1½ kg peha ayam (kira-kira 6 keping, jangan buang kulitnya, cuci bersih dan toskan
2 - 3 liter air
3 batang serai, bahagian putihnya sahaja, dititik
3 hiris lengkuas, dititik
6 biji bawang putih, dihiris
1 sudu makan ketumbar, ditumbuk kasar
½ sudu makan jintan halus (jintan putih), ditumbuk kasar
1 ibu jari halia, dititik
4 helai daun salam
4 sudu makan rata, gula Tanjung
2 sudu makan rata garam


Cara
Masukkan semua bahan kedalam periuk, kecuali ayam. Gaul rata dan rasa. Jika kurang garam tambah sedikit lagi. Setelah puas dengan rasanya. barulah dimasukkan ayam. Tentukan airnya cukup setakat menutup ayam. Jerang periuk diatas dapur dengan api yang sederhana besarnya. Rebus ayam sehingga ¾ masak, selama 15 hingga 20 minit. Matikan api. Keluarkan kepingan ayam dan masukkan didalam tapisan. Biarkan sehingga ia benar-benar sejuk. Bersihkan ayam.

Sementara itu tapis air rebusan ayam. Air yang jernih diketepikan untuk membuat sup, tetapi bekas ketumbar dan jintan halus dilumurkan dengan kepingan ayam. Ayam
yang sudah direbus, sebaik-baiknya disimpan semalaman didalam peti sejuk dengan sedikit air rebusan. Goreng ayarn mi, pada keesokkan hari. Tetapi boleh juga digoreng
bila kepingan ayam sudah betul-betul sejuk. Goreng dengan banyak minyak, sehingga masak dan garing.

Setelah masak, dihentak sedikit dengan anak lesung. Sajikan segera dengan sup, nasi panas, serta tempe dan tauhu goreng, timun, kacang panjang, Sambal Terasi
Sambal

Cili merah
Cili padi
Belacan
2 biji tomato
3 biji buah keras
Sedikit gula melaka

Cara membuat

Jika suka pedas, tambahkan cili padi. Goreng kesemua bahan di atas kecuali gula, kemudian tumbuk atau blend kasar. Tambahkan gula melaka. Sambal mesti ada rasa sedikit manis, masam dan mesti ada rasa belacan.



BINGKA CHEESE SARAWAK



Assalamualaikum...


Hari ni kita sambung n3 yg seterusnya iaitu Bingka Cheese Sarawak. Sape pernah makan bingka ni? Shima 1st time makan bingka ni, tp terus jatuh cinta dgn keenakan rasanya...yg sunggguuuuhhh sedappp!! Betul...serius tau! Shima ni bukannya jenis org yg suka mkn kuih2 mcm bingka or kuih bakar. Tp lepas try bingka ni...alahai rasa tak boleh berhenti. Rasa kejunya cukup lemak..manis semua cukup! 

Okla, malas cite panjanglah. Mesti try tau...baru boleh percaya...shima gerenti akan buat lg lps ni...Tima kacih Hasue atas resepi yg sedap ni...shima minta izin C&P ye...

Bingka Cheese Sarawak

Sumber : Hasue

Bahan A:

1 peket agar2 cap ros (13g)
3 cawan air
1 cawan gula pasir

Bahan B

250g mentega
250 cream cheese Philadelphia
½ tin susu pekat manis(jika ingin kurang manis,guna krimmer pekat pun ok)
1 ½ cawan tepung hong kong
3 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanilla/jus lemon

Cara2:

1. Bahan A dimasak sehingga mendidih dan ketepikan buat seketika
2. Pukul telur ayam sehingga kembang.
3. Masukkan mentega dan susu pekat manis. Pukul rata
4. Masukkan tepung,cream cheese,esen vanila dan pukul sehingga benar2 sebati.
5. Masukkan agar-agar (yang masih panas) sambil dipukul laju
6. Tapis adunan ke dalam loyang dan bakar didalam oven yg sudah dipanaskan pada suhu 175c selama satu jam atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)
7. Selamat mencuba.. ^_^

NOTE:sukatan adalah menggunakan cawan metrik~

BUAH MELAKA@ONDE-ONDE


Assalamualaikum...dan salam 1 Malaysia..

Lama tak berblogging...sibuk bangat. Belakangan ni shima sibuk menguruskan kedai minyak wangi yg baru di Kluang Parade. Kira ni outlet yg ke 2 la. Outlet yang pertama di Song Mart Kluang. Memandangkan repeat order dan sambutan yg menggalakkan, shima telah menambah outlet baru bg menampung permintaan peminat Secret Essence. Tu yg sibuk...nak buat kuih pun pikir 2-3 kali. Lagilah klu dah balik kul 10 mlm..mmg letihlah badan. Nak buka laptop pun malas.

Balik cite pasal kuih buah melaka ni..tiba2 je tekak ni teringin nak mkn. Biasalah klu puasa, tekak ni mulalah mengada2 nak mkn itu ini. Hehe..sekarang ni kan musim kaum hawa rancak mengqada puasa..termasuklah shima. So..biasalah, bila petang mulalah garu kepala nak sediakan apa...padahal yg puasa shima sorang je. Bila dah buat..anak2 pun pelik kuih apa ni..sbb shima tak pernah buat kuih ni. Bila dah rasa...hah amik kau..gula melaka je dia korek dan makan..yg lapisan tepung semua bg kat maknya...huhu..bagus betulla anak ibu ni...mmg bertuah le...Oklah sape nak..bolehlah salin resepi di bawah..
Buah Melaka
Bahan-Bahan;
500 gram tepung pulut
4 sudu besar tepung gandum
Air secukupnya
1 sudu kecil pewarna daun pandan
1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
Kelapa parut
Cara-cara
  1. Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.
  2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
  3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
  4. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
  5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
  6. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut.
  7. Siap untuk dimakan