Sayur Campur Hati Goreng


Assalamualaikum semua..

Sebelum shima tersengguk depan dpn laptop ni, baik shima masukkan n3 ni cepat2. Alah sayur yg sangat simple dan sedap ni, shima mmg biasa buat klu stok hati ayam ada di rumah. Tp sekarang ni shima reduce penggunannya sbb byk yg shima baca kita tidak digalakkan makan organ dalaman ni krn boleh membawa pelbagai penyakit.

Jadi apa lagi salinlah resepinya...


Sayur Campur Hati Goreng

Bahan-bahan : (Sumber:DayangJack)


300 g hati ayam (dibersihkan, dipotong ikut suka)

2 ulas bwg putih(ditumbuk lumat)

10 biji cili padi (ditumbuk lumat) - separuh atie belah 2 jer.

serbuk kunyit secukupnya

1 labu bawang besar (dimayang dan digoreng sedikit)

garam secukup rasa

kacang panjang dipatah2

Sayur kobis

Cedikit cili benggala

Cara-cara :

Panaskan sedikit minyak. Masukkan hati yg telah diperap dgn kunyit serbuk dan garam.

Gorengkan hingga ¾ suku masak.

Kemudian masukkan, kacang panjang dan sayur kobis. Kacau lagi. (tak perlu dimasak terlalu lama)

Setelah masak, masukkan bawang merah yg dipotong bulat dan sedikit lada benggala. Gaul sebentar hingga bawang sedikit layu.

Hidangkan panas2




No comments:

Post a Comment