Assalamualaikum...dan salam 1 Malaysia..
Lama tak berblogging...sibuk bangat. Belakangan ni shima sibuk menguruskan kedai minyak wangi yg baru di Kluang Parade. Kira ni outlet yg ke 2 la. Outlet yang pertama di Song Mart Kluang. Memandangkan repeat order dan sambutan yg menggalakkan, shima telah menambah outlet baru bg menampung permintaan peminat Secret Essence. Tu yg sibuk...nak buat kuih pun pikir 2-3 kali. Lagilah klu dah balik kul 10 mlm..mmg letihlah badan. Nak buka laptop pun malas.
Balik cite pasal kuih buah melaka ni..tiba2 je tekak ni teringin nak mkn. Biasalah klu puasa, tekak ni mulalah mengada2 nak mkn itu ini. Hehe..sekarang ni kan musim kaum hawa rancak mengqada puasa..termasuklah shima. So..biasalah, bila petang mulalah garu kepala nak sediakan apa...padahal yg puasa shima sorang je. Bila dah buat..anak2 pun pelik kuih apa ni..sbb shima tak pernah buat kuih ni. Bila dah rasa...hah amik kau..gula melaka je dia korek dan makan..yg lapisan tepung semua bg kat maknya...huhu..bagus betulla anak ibu ni...mmg bertuah le...Oklah sape nak..bolehlah salin resepi di bawah..
Buah Melaka
Bahan-Bahan;
500 gram tepung pulut
4 sudu besar tepung gandum
Air secukupnya
1 sudu kecil pewarna daun pandan
1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
Kelapa parut
4 sudu besar tepung gandum
Air secukupnya
1 sudu kecil pewarna daun pandan
1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
Kelapa parut
Cara-cara
- Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.
- Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
- Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
- Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
- Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
- Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut.
- Siap untuk dimakan
No comments:
Post a Comment