PUDING LAICI DANGDUT



Assalamualaikum....
 
Shima nak share 1 resepi pudding yg teramatlah popular dan digemari oleh family shima iaitu Puding Laici Dangdut..haha. Jgn tanya shima nape dipanggil dangdut...sbb shima hanya menurut perintah je. Kena tanya yg empunya resepi Chef Hanieliza...Shima agaklah kan.. sbb tekstur pudding ni yg sgt lembut dan bergegar serta bergoyang2 bila dihidangkan tu yg dipanggil dangdut. Apapun namanya rasanya mmglah sedap sgt, lebih2 lg bila dimkn bersama kuah kastard yg dibuat sendiri. Tp klu shima dah x sempat nak sediakan kuahnya, shima curahkan je susu kotak biasa apa2 jenama pun boleh, tp rasanya tawarlah sikit dan kurang berlemak. oklah, sbb ramai yg dah tanya resepinya, shima letak resepinya di sini...jgn tak buat tau...
 


Puding Laici Dangdut

Resepi : Kak Hanieliza
Sumber:
Kak Ummi

Bahan :

10 gm agar-agar serbuk @ 1 paket agar2 biasa (28 gm)

2 liter air

2 cawan gula

2 tin laici - asingkan airnya dan buah

1 tin susu cair


Cara :

Masak agar-agar hingga mendidih.

Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)

Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.

Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil.

Sejukkan sebentar.

Kemudian sejukkan dalam fridge.

Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.



Kuah Kastard

Bahan2:
 
1 tin susu cair
 
3 tin air
 
1/2 cawan susu pekat
 
1 cawan gula (ikut kemanisan yg disukai)
 
4 sudu tepung kastard/jagung (ikut kepekatan yg disukai)
 
 
Cara menyediakan:
 
Campurkan semua bahan dan panaskan atas api hingga kuah
 
 menjadi agak pekat. Setelah sejuk curahkan di atas pudding.

 
 


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2013

 
Andai pernah tersilap bicara
Andai pernah terkasar bahasa
Andai pernah mengutuk mengata
Sepuluh jari ku susun rapi
Tanganku hulur penuh erti
Mengharap ampun minta dimaafi
SELAMAT HARI RAYA AIDILFIITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
 

 


IKAN SIAKAP MASAM MANIS



Selain ikan kerapu dan bawal, ikan siakap jg merupakan ikan yg lembut isinya dan sedap di masak seperti ini. Anak2 shima terutamanya Imran kurang gemar mkn ikan sebenarnya, dia lg suka mkn ayam. Tp bila shima masak ikan siakap dan yg seumpama dgnnya..wah...suka plk dia. Bertambah2 plk nasi dlm pinggan hehe...Tak kisahlah kan..yg penting anak2 suka mkn air tangan kita...tu yg seronok tu. Oklah, nak resepi jg ke? Shima main campak2 je ni...




IKAN SIAKAP MASAM MANIS
Bahan-Bahan


· 1 ekor ikan siakap sederhana

· 1/2 cwn sos tomato

· 1/2 cwn sos cili

· 1/2 cwn air

· 1 biji timun-dipotong dadu

1/2 biji lobak dipotong dadu

· 2 keping gegelang nenas dlm tin-potong kecil

· Garam, serbuk kunyit,gula


· minyak masak secukupnya



Bahan Hiris

· 10 biji cili padi merah

· 1 labu bwng besar

· 3 ulas bwng putih

· sedikit halia



Cara Memasak


1. Ikan di bersihkan, kelarkan permukaan ikan, cuci dan toskan.

2. Gaulkan kan bersama serbuk kunyit dan garam. Gorengkan sehingga masak/garing sedikit. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan dulu.

3. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali, tumiskan bahan2 hiris sehingga naik bau.

4. Masukkan sos tomato, sos cili dan sedikit air. Biarkan mendidih sambil di gaul rata.

5. Masukkan nenas dan tomato yg di potong kecil. Masukkan garam, gula dan gaul rata.

6. Setelah siap dan cukup rata, matikan api dan bolehlah di curahkan kuah keatas ikan siakap dan tabur dngn daun sup yg di potong kecil.



KEK KUKUS ASAM MANIS



Dipendekkan cerita kek ni dah shima buat 4 bln yg lepas. Namun begitu hingga ke saat shima masukkan n3 ni, dah 3-4 kali shima buat kek ni sbb shima sukakan rasanya yg sedap, di samping ada jg menempah utk majlis tertentu. Tp utk tempahan biasanya shima buat corak marble biar Nampak berseri je bila dipandang...ehem. Shima jmpa resepi ni semasa berkunjung ke taratak kak ita Masam Manis. Tq kak ita krn sudi berkongsi ttg keenakn kek ni. Izinkan shima berkongsi plk dgn yg lain...



KEK KUKUS ASAM MANIS
By : CHEF ZUBAIDAH
Rujukan : Buku Masakan Jamuan Kek
 
Bahan-bahan:

325 gm mentega
250 gm gula kastor
300 gm tepung naik sendiri
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
100 gm kepingan asam manis ~ dipotong halus
 
Cara-caranya:
Sediakan loyang berukuran 8 inc

Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek

Panaskan kukusan dengan api yang besar

Pukul mentega dan gula hingga sebati

Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata

Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul

Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis

Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang

Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil

Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek di masak dengan sempurna 


Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum di potong dan dihidangkan.




KEK MARBLE ANIS


Entah nape bbrp hari ni tekak ni teringin nak makan kek marble. Suka tgk kek marble yang bercorak dan berwarna-warna disamping rasanya yg sedap. Kali ni shima try resepi kek marble yg shima peroleh dr blog Azie Kitchen. Terpesona dgn pujian kak Azie ttg kesedapan kek ni, membuatkan shima teruja utk mencuba. Mmg betul...kek ni mmg enak dan moist sgt. Shima kurang gemar kek butter yg agak kering...yg ni mmg menepati selera shima. Jom..apa tgu lg...bg penggemar kek marble boleh try resepi yg ni plk. Tq kak Azie yg mewar2kan akan keenakan kek ni dan empunya resepi iaitu Pn. Anisah
 


Kek Marble Anis
Oleh:
Azie Kitchen


Bahan bahan:

10 biji telur

450gm marjerin

350gm gula kaster

350gm tepung (guna tepung kek Bluekey)

1 sudu kecil baking powder (opsyenal)

Sedikit esen vanilla

Pewarna (merah/purple/hijau) - atau apa apa warna yang disukai


Cara cara:

Pukul marjerin bersama gula sehingga kembang. Kemudian, pukul telur satu per satu sehingga adunan kembang dan sebati. Masukkan esen vanila dan gaulkan

Ayak tepung dengan baking powder dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga rata.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, mengikut warna yang disukai.

Masukkan 1 senduk adunan (merah) di tengah tengah loyang yang telah dilenser majerin, kemudian, 1 senduk adunan (hijau) di atas adunan warna merah dan 1 senduk adunan (purple) dan ulangi sehingga habis dan lorekkan.


KEK SARANG SEMUT



Kek ni merupakan eksperimen shima kali yg ke-2. 1st time buat, sarangnya x jd..dah mcm rupa apam gula hangus..frust tau. Rasanya shima dah ikut betul2 teknik yg diajar, cuma beza resepi tu, tak suruh pun peram sampai 2-3 jam..lps godeh terus je bakar. Shima lupa shima ni tukang masak amatur je..org lain dah pakar..jd x payah peram, masak je terus jadik sarangnya. Lastly, utk kali yg ke-2 shima try resepi yg lain, x byk beza pun dgn resepi pertama cuma shima kena peram 3 jam. Hah...barulah jd kek ku ini...nampak x sarang semutnya...hehe..barulah askar semut sempat buat sarang..Oklah sape suka kek ni jom try..mmg sedap dan x muak...Ops lupa plak shima c&p resepi ni dr blog di bawah. Tqvm..moga Naz dilimpahi rezeki yg melimpah ruah, begitu jg pemilik asal resepi ni..
 
KEK GULA HANGUS

OLEH : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com

SUMBER RESEPI : Kak Halimah via blog Koleksi Resepi Diana


Bahan untuk gula hangus :


1 cawan gula

1 cawan air panas

2 sudu besar mentega

Cara :

1. Gula digoreng dengan api sederhana besar.

2. Bila gula dah agak cair, masukkan air panas (bab ni kena hati-hati sikit tau! Nanti dia meletop-letop).

3. Masak hingga gula betul-betul larut.

4. Kemudian masukkan mentega dan kacau hingga ia cair. Tutup api dan ketepikan.


Bahan untuk kek :
4 biji telur

1 cawan susu pekat manis

1 cawan tepung gandum

2 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil asen vanilla


Cara-cara :

1. Pukul telur hingga kembang (warna telur menjadi pucat).

2. Masukkan susu pekat manis dan pukul rata. Mulai step ni, boleh curah adunan ke dalam blender je kalau nak.

3. Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang diayak terdahulu sedikit demi sedikit.

4. Tuangkan asen vanilla.

5. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik.

6. Selepas 3 - 4 jam, warna bancuhan kek akak berubah. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sesuai dan kacau agar tepung tak mendap.(Naz kacau adunan sebelum menuang ke dalam loyang).

Bakar selama 1 jam pada suhu 160 C dengan api bawah sahaja. Kemudian balance terakhir 11 minit tu pula api atas dan bawah

 

KEK SUJI PANDAN

 
 
Assalamualaikum...
 
Ni n3 yg dah lama tertunggak jg. Walaupun dah lama tp shima tetap ingat rasanya yg lemak manis...dan ditambah dgn haruman pandan..walla..ssedaplah. Asalnya kek suji @ semolina biasa, tp shima saja tambah letak esen pandan bg menggantikan rasa vanilla. Tak sangka sedap pulak...Oklah sape nak try boleh salin resepinya hookeh!!! 
 

KEK SEMOLINA @ SUJI PANDAN
Sumber : Kak Yati Sinar Kehidupanku

BAHAN-BAHANNYA

250 g mentega berkualiti tinggi

170 g gula halus

2 camca besar madu

4 biji telur gred A

100 ml susu segar

   2 camca teh esen pandan dan pewarna hijau

 170 g tepung gandum

 1 camca teh baking powder

 100 g semolina @ suji

 Secubit garam



Cara-cara

                Tepung gandum digaul bersama baking powder dan diayak, kemudian campurkan semolina@suji dan garam, gaul rata. Telur, susu dan esen vanilla disatukan dan kocok hingga semua sebati. Ketepikan.

              Putar mentega, gula halus dan madu hingga kembang. Masukkan bancuhan telur + susu + esen pandan dan pewarna hijau tadi sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga putih dan gebu (macam gambar no 2).

                Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata dan masukkan ke dalam tin kek yang telah disapu dengan mentega dan dialas dasar tin dengan kertas minyak.

   Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.