KEK KUKUS ASAM MANIS



Dipendekkan cerita kek ni dah shima buat 4 bln yg lepas. Namun begitu hingga ke saat shima masukkan n3 ni, dah 3-4 kali shima buat kek ni sbb shima sukakan rasanya yg sedap, di samping ada jg menempah utk majlis tertentu. Tp utk tempahan biasanya shima buat corak marble biar Nampak berseri je bila dipandang...ehem. Shima jmpa resepi ni semasa berkunjung ke taratak kak ita Masam Manis. Tq kak ita krn sudi berkongsi ttg keenakn kek ni. Izinkan shima berkongsi plk dgn yg lain...



KEK KUKUS ASAM MANIS
By : CHEF ZUBAIDAH
Rujukan : Buku Masakan Jamuan Kek
 
Bahan-bahan:

325 gm mentega
250 gm gula kastor
300 gm tepung naik sendiri
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
100 gm kepingan asam manis ~ dipotong halus
 
Cara-caranya:
Sediakan loyang berukuran 8 inc

Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek

Panaskan kukusan dengan api yang besar

Pukul mentega dan gula hingga sebati

Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata

Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul

Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis

Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang

Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil

Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek di masak dengan sempurna 


Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum di potong dan dihidangkan.




No comments:

Post a Comment