Kek ni merupakan eksperimen shima kali yg ke-2. 1st time buat, sarangnya x jd..dah mcm rupa apam gula hangus..frust tau. Rasanya shima dah ikut betul2 teknik yg diajar, cuma beza resepi tu, tak suruh pun peram sampai 2-3 jam..lps godeh terus je bakar. Shima lupa shima ni tukang masak amatur je..org lain dah pakar..jd x payah peram, masak je terus jadik sarangnya. Lastly, utk kali yg ke-2 shima try resepi yg lain, x byk beza pun dgn resepi pertama cuma shima kena peram 3 jam. Hah...barulah jd kek ku ini...nampak x sarang semutnya...hehe..barulah askar semut sempat buat sarang..Oklah sape suka kek ni jom try..mmg sedap dan x muak...Ops lupa plak shima c&p resepi ni dr blog di bawah. Tqvm..moga Naz dilimpahi rezeki yg melimpah ruah, begitu jg pemilik asal resepi ni..
KEK GULA HANGUS
OLEH : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com
SUMBER RESEPI : Kak Halimah via blog Koleksi Resepi Diana
Bahan untuk gula hangus :
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega
Cara :
1. Gula digoreng dengan api sederhana besar.
2. Bila gula dah agak cair, masukkan air panas (bab ni kena hati-hati sikit tau! Nanti dia meletop-letop).
3. Masak hingga gula betul-betul larut.
4. Kemudian masukkan mentega dan kacau hingga ia cair. Tutup api dan ketepikan.
Bahan untuk kek :
4 biji telur
1 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil asen vanilla
Cara-cara :
1. Pukul telur hingga kembang (warna telur menjadi pucat).
2. Masukkan susu pekat manis dan pukul rata. Mulai step ni, boleh curah adunan ke dalam blender je kalau nak.
3. Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang diayak terdahulu sedikit demi sedikit.
4. Tuangkan asen vanilla.
5. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik.
6. Selepas 3 - 4 jam, warna bancuhan kek akak berubah. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sesuai dan kacau agar tepung tak mendap.(Naz kacau adunan sebelum menuang ke dalam loyang).
Bakar selama 1 jam pada suhu 160 C dengan api bawah sahaja. Kemudian balance terakhir 11 minit tu pula api atas dan bawah
No comments:
Post a Comment