Entah nape bbrp hari ni tekak ni teringin nak makan kek marble. Suka tgk kek marble yang bercorak dan berwarna-warna disamping rasanya yg sedap. Kali ni shima try resepi kek marble yg shima peroleh dr blog Azie Kitchen. Terpesona dgn pujian kak Azie ttg kesedapan kek ni, membuatkan shima teruja utk mencuba. Mmg betul...kek ni mmg enak dan moist sgt. Shima kurang gemar kek butter yg agak kering...yg ni mmg menepati selera shima. Jom..apa tgu lg...bg penggemar kek marble boleh try resepi yg ni plk. Tq kak Azie yg mewar2kan akan keenakan kek ni dan empunya resepi iaitu Pn. Anisah
Kek Marble Anis
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
10 biji telur
450gm marjerin
350gm gula kaster
350gm tepung (guna tepung kek Bluekey)
1 sudu kecil baking powder (opsyenal)
Sedikit esen vanilla
Pewarna (merah/purple/hijau) - atau apa apa warna yang disukai
Cara cara:
Pukul marjerin bersama gula sehingga kembang. Kemudian, pukul telur satu per satu sehingga adunan kembang dan sebati. Masukkan esen vanila dan gaulkan
Ayak tepung dengan baking powder dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga rata.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, mengikut warna yang disukai.
Masukkan 1 senduk adunan (merah) di tengah tengah loyang yang telah dilenser majerin, kemudian, 1 senduk adunan (hijau) di atas adunan warna merah dan 1 senduk adunan (purple) dan ulangi sehingga habis dan lorekkan.
No comments:
Post a Comment