KEK LAPIS ALWANI


Hai....suka tak makan kek lapis? Shima suka sangat makan kek lapis, tapi tak reti nak buat. Antara kek lapis yg shima suka buat ialah Kek Lapis Masam Manis..yg guna tepung biskut cream cracker tu. Tapi itu je la kek lapis yg shima berani buat. Bila mengenangkan jumlah telur yg byk dan proses memasak/mengukusnya yg berjam2 tu yg membantutkan hasrat nak mencuba dan mempelajari kek kukus ni..apatah lagi kek lapis sarawak. Pernah thn lepas shima try buat Kek Lapis Oreo, ok..la, tp Shima tak puas hati dgn teksturnya yg agak kering. Bukan salah resepi, tp Shima yg tak pandai nak membakar kek lapis. Lepas tu malas nak buat lg. Kalau buat kek lapis pun, shima berani buat kek lapis yg tak byk lapisannya..dlm 3-4 lapis tu okla..hehe. itu je la yg shima mampu buat setakat ni..
Jadi..antara kek lapis yg shima suka buat ialah resepi dari Dayang Jack. Shima tengok resepi kek lapisnya simple, tp sgt menarik. Rasanya pun wallla.....mmg sedap. Lagi satu shima suka sbb kek lapis dayang jack ni byk versi kukus..tu yg sedap tu. TQ la DJ krn tak kedekut berkongsi ilmu membuat kek lapis ni..dan setakat ni shima mmg puas hati dgn resepi beliau..dan alhamdulillah setakat ni, kek yg DJ ajar tu, semua shima buat menjadi..hehe. Okla.. DJ, shima minta izin utk c&p resepinya di sini ye...TQVM...

KEK LAPIS ALWANI


Bahan-bahan 
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan horlicks (original)
  • 5 biji telur A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 200 gm marjerin
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1/3 cawan kismis hitam - Shima ganti hawflakes sbb tak suka kismis
  • 1 sdt esen vanilla
  • pewarna oren, merah dan hijau


Cara-cara 
  1. Sediakan pengukus. Panaskan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Lengserkan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
  3. Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
  4. Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih.
  5. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
  6. Masukkan susu pekat dan putar lagi
  7. Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
  8. Masukkan esen vanilla. Ratakan.
  9. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Warnakan merah, hijau dan oren.
  10. Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.
  11. Ulangi langkah 10 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.
  12. Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak.
***kek ni saiz kecil, gandakan bahan2nya jika nak buat yang saiz besar.


CUPCAKE BUAH-BUAHAN


Salam 1 Malaysia...

Resepi yg Shima nak share hari ni merupakan resepi yg shima pelajari masa amik kursus membuat kek 6 in 1 dgn sifu Ija di Kluang. Sedap tau kek buah ni moist dan gebu sgt..ditambah lg dgn rasanya yg sedap. Shima buat tak penuh cup..sbb nak dpt byk cup cake. Actually shima buat cup cake ni utk disedekahkan utk kanak2 yg mengaji di rumah ustaz yg mengajar imran mengaji. Imran baru je naik al-Quran, jd ustaz tu, minta shima sediakan pulut kuning sbg tanda kesyukuran krn imran dah tamat Iqra'. Alhamdulillah...Selain dpd pulut kuning dgn rendang ayam, shima turut sediakan cupcake utk kanak2 tersebut. Ok..kalau pn2 sukakan kek buah2an  boleh cuba resepi ni..memang sedap...nyum..nyum..


 
Kek Buah / Cupcake Buah
Bahan2nya
Bahan A
250gm butter
180gm gula castor
* Pukul hingga kembang. Kemudian masukkan
2 tbsp golden syrup
1 tsp esen vanilla
2 tbsp prune paste
6 biji telur gred A - dimasukkan 1 persatu.

Bahan B
250gm tepung naik sendiri
1 tbsp baking powder
* diayak bersama
150gm mixing fruits - ambil sedikit tepung diatas dan gaul bersama

Ambil bahan A masuk bahan B sedikit demi sedikit, kaup balik hingga selesai kemudian masukkan buah. Kaup balik hingga sebati.
Bakar selama 50-60 min . Suhu 150'C.

 

APAM PISANG


Assalamualaikum...

Lamanya tak berblog...hari2 busy..rasa mcm nak cepat2 je pencen..nak tumpukan perhatian dgn keje2 rumah tangga. Macam tak larat nak buat paper work..lps tu semuanya urgent..boring betul. Oklah..cite pasal keje ni..mmg tak habis..baik cite pasal masak2...lg best ye tak..hehe..Kali ni shima buat apam pisang. Dah bermacam2 resepi apam pisang shima try..dan yg ni antara resepi yg sedap shima pernah rasa. Lembut dan gebu sangat..terasa sgt pisangnya..x payah pakai esen pisang. Anak dara Shima suka betul makan apam..termasuklah apam pisang ni. Ok..puan2 tgu apa lagi..salinlah resepinya ye..



APAM PISANG
  Resepi asal : Diana
Sumber: Ros Jintan Manis
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung (atau mentega cair) .
1/4 cawan gula
4 biji pisang emas, sederhana besar*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)

Cara membuatnya :-)

1. Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
2. Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.

LAKSA NYONYA


Assalamualaikum....

Dah tak larat nak cite panjang...ngantuknya aduhai...Laksa Nyonya ni shima 1st time buat..sbb ketagih  dlm seminggu mesti nak mkn laksa ni di Secret Recipe. Tp kat menu secret recipe ni, ditulis Laksa Singapore...actually resepi yg sama je. Bagi shima klu puan2 nak ubah selera, tryla laksa ni...sedapnya...mmg shima gerenti buat lagi lps ni..sbb anak2 dan hubby pun dah jatuh hati dgn laksa ni...nyumm..nyumm

ok..la jom copy resepi ni..shima amik dr blog chef Mat Gebu...
LAKSA LEMAK NYONYA/LAKSA SINGAPORE
BAHAN KUAH LAKSA :-)
50 g udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 genggam daun kesom (dgn tangkai2nya sekali)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 liter santan
1 liter air rebusan kulit udang
2 kiub ikan bilis "Maggi"
1 camca besar sos ikan
250 g bawang merah*
2 batang serai, hiris halus*
20 g belacan, dibakar*
1 inci lengkuas*
8 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
3 biji cili merah*
1 camca besar ketumbar biji*(*bahan2 rempah ini dikisar halus)

BAHAN LAKSA :-)
1 kg mee laksa basah, cuci dan celur 30 saat, toskan
500 g udang sederhana besar, rebus dan kupas kulitnya (simpan stok udang utk kegunaan kuah laksa)
200 g taugeh, cuci dan buang ekor
1 biji timun, hiris halus
2 biji bawang besar, hiris halus
2 keping kek ikan, goreng sekejap dan hiris nipis
2 keping tauhu, goreng dan hiris (nak sedap guna tauhu "pok")
Belahan limau kasturi@limau nipis
Hirisan halus pucuk daun kesom
Hirisan bunga kantan
Sambal tumis

BAHAN SAMBAL TUMIS :-)
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar*
1/2 inci belacan*
1 camca besar udang kering, rendam 1o minit dan toskan*
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH LAKSA :- Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang kering hingga harum, masukkan bahan2 rempah kisar halus dan tumis hingga harum dan terbit minyak. Alih rempah tadi dalam bekas lain. Dalam periuk, panaskan stok udang hingga mendidih, masukkan daun kesom dan renih 10 - 15 minit. Masukkan rempah tadi, santan dan kiub ikan bilis. Masukkan bunga kantan, sos ikan dan perasakan dengan garam dan gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. UNTUK SAMBAL TUMIS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tuang jus asam jawa, tambah garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga sambal tumis pekat dan terbit minyak. Rasa dan jika ok. boleh matikan api.
  3. UNTUK PENYEDIAAN LAKSA LEMAK NYONYA :- Dalam mangkuk sesuai, isi kan laksa dan tuangkan kuah secukupnya. Hias dengan ulam2man, tauhu, hirisan fishcake, belahan limau kasturi dan juga sambal tumis tadi. Hidangkan segera...

American Chocolate Cake


Assalamualaikum...
Ini antara kek coklat yg sedap yg pernah shima makan...dahle senang membuatnya..sedap pulak tu. Anda semua patut cuba resepi ni..tak nyesal punya. Actually shima plan nak wat toppingnya dgn choc ganache..tp tak sempat sbb anak2 dah menunggu kek ni dipotong bila je kuar dr oven panas2. Tak sempat pun nak snap pic masa tgh panas tu. Jd inilah dia yg tinggal...huhu..
Ok..nak resepinya tak?...salin jgn tak salin...

 
AMERICAN CHOCOLATE CAKE
Sumber : Kak Ummi

BAHAN:
  • 2 cups flour*
  • 2 cups granulated sugar - guna caster sugar
  • 3/4 cups cocoa*
  • 2 tsp baking powder*
  • 2 tsp baking soda*
  • 2 eggs
  • 1 cup of milk (fresh)
  • 1 cup of corn oil
  • 1 tsp vanilla essence
  • 1/2 tsp salt 1 tsp Nescafe, added to 1 cup of hot water
Cara;:-
  1. Ayak bahan * sekaligus
  2. Pukul sekejap semua bahan kecuali bahan diayak*, susu dan air. (akak pukul lebihkurang 1 1/2 minit gitu..)
  3. Masukkan bahan yg diayak, air dan susu, kacau kejap dgn senduk kayu.
  4. Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min.
Bahan Topping/Ganache:-
  • 1 tin susu pekat - boleh kurangkan
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1/3 cawan serbuk koko (akak guna Van Houten)
  • secubit garam
Cara:-
Campurkan susu, serbuk koko dan minyak. Masak atas api perlahan saja hingga pekat dan kacau selalu dengan whisker. Masukkan garam dan esen, kacau. Bila telah pekat dan berkilat (lebih kurang 10 minit), tutup api dan biarkan sejuk. Sapu atas kek

 

SUP AYAM SIAM


Assalamualaikum...

Resepi yg Shima nak share hari ni merupakan menu favourite hubby. Sup inilah yg dia paling suka order tiap kali bila kami dinner sama2 di restoran2 yg menjual mknn thai/seafood. Shima pulak kalau sup ni ada kurang sikit. Nak jd cite, sebelum ni kalau hubby order, shima tak teringin pun nak merasa atau menjamah sup dia, sbb shima rasa tomyam lebih menepati selera shima, bila mkn di restoran makanan thai. Tiba2 1 hari tu, mknn yg shima order lmbat sampai, sup yg sampai dulu..perut pulak dah bernyanyi2 kelaparan, tgk hubby menghirup sup tu....alamak mcm best jekkkk!!! dgn muka seposen, shima pun tryla menghirup kuah sup tu....alamak sodap lerrr!!. Tak sedar...bertambah2 pulak shima mkn mlm tu..habisla...dietku mlm tu..huhu.

Ha..hah..sejak detik dan ketika itu, shima pun jadi mcm ketagih candu...hehe. Lama2 tak boleh jadi ni...shima nak belajar juga. Maka terjadilah menu Sup ayam siam ni...lepas shima cari kat google. Akhirnya setelah ditapis2, maka resepi ni la yg menepati selera shima dan hubby. Anak2 pun suka...Ok jom salin resepinya..

Sup Ayam Siam
Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

1/2 kg ayam
5 ulas bawang merah dihiris
1 inci halia dihiris halus
2 ulas bawang putih dihiris halus
serba satu bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
1 bungkus sup bunjut Adabi atau Sup Tulang
1 biji tomato dibelah 6
3 biji cili padi diketuk
1 batang seleri dihiris serong
1 biji limau nipis, diperah airnya
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1 labu bawang holland sederhana besar dibelah 8
daun sup dan daun bawang secukupnya

Cara membuatnya:

1. Basuh  ayam dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus hingga wangi dan bawang keperangan. Masukkan ayam dan masak hingga ayamnya separuh masak.Tuangkan air secukupnya.
3. Biarkan sup mereneh dengan api perlahan. Masukkan cili padi, bawang besar holland, tomato,seleri dan garam. Masukkan juga daun sup dan daun bawang yang dihiris halus.
4. Cedok sup ke dalam mangkuk dan perahkan air limau nipis. Taburkan bawang goreng jika suka. Sedia dinikmati.
*** tambahkan cili padi jika suka lebih pedas dan air limau nipis jika suka lebih masam




APAM GULA HANGUS


Assalamualaikum...

Shima penatla nak mengomel panjang...banyak lagi n3 yg nak dimasukkan. So..ni lah di rupa apam yg shima buat utk dibawa pulang ke kampung...rasa memang sedap.. gebu, lembut.. tapi yg shima pelik..napela apam shima ni senget rupanya..padahal dah letak minyak..kat acuan plastik tu..musykil2..
Ada sape2 boleh tolong jawab...huhu.. 

Anyway..shima tetap suka apam ni..lain kali shima nak buat dlm acuan kertas, lps tu baru masuk dlm acuan lompang..pelik jg..apam ku jd herot pulak. Tapi erm...rasanya memang sedap...nyum..nyum..Jom la salin resepinya..(alamak..lupalah copy drp blog sape ek..resepi ni...maaf ya tuan punya resepi..minta halalkan ye..

APAM GULA HANGUS
Bahan-bahan
  • 1 cawan gula pasir*
  • 1 cawan air panas*(*jadikan gula hangus)
  • 2 biji telur
    1/2 cawan minyak masak
    2 sudu besar marjerin/butter
    2 sudu susu pekat
    1 sudu teh soda bikarbonat.
    1 1/2 cawan tepung gandum.
Cara-cara

Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air. kemudian sejukkan . Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit . Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik kukus dlm 15 minit. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya


DONUT TOFU

 
Assalamualaikum...

Seperti yg pernah Shima sebutkan dulu...sekarang ni tengah mabuk donat...hehe. Mentang2 cuti sekolah...anak2 pun asyik order donat je. Kejap2 donat labu, kejap donut kentang..ni donat tofu pulak. Tapi donat ni pada shima memang sedap...lembut sangat..i like...very much..seingat Shima dah 3 kali shima buat donut ni. Kdg2 buat sampai 2 adunan. konon2 nak simpan buat sarapan esok pg..tp selalu tak sempat pun..malam dah goreng lagi..Tqvm  pd empunya resepi...tabik springla..mmg sedap donat ni..

Oklah sape suka donat..bolehla try resepi yg sgt lembut ni...sedap wehhh.. 

Donut Tofu Lembut
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
300 gram tepung gandum
125gram taufu lembut
1 1/2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
160ml susu suam@air suam
40gram shortening
4 sudu besar gula
6gram yis
100 gram tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boeh)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ni nanti.
tofu lembut yang ros gunakan, letak 1/2 paket je
1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

CUCUR / CEKODOK NASI


Assalamualaikum...

Hah..ni dia menu yg paling senang disediakan utk breakfast...campak2 je bhnnya...potong2..lps tu kacau2..lps tu goreng...lps tu apa lg...ngap le..
Nak tau apa rahsia Shima agar cucur/cekodok tu tetap lembut walau sampai ke petang..jeng..jeng..senang je, campurkan adunan tepung gandum tu dgn nasi lebihan mlm yg tak abis makan. Senang kata nasi sejuklah. Selain buat nasi goreng, nasi sejuk ni byk gunanya selain buat cucur/cekodok nasi boleh juga buat Apam Snow White...emmm..nyum..nyum...lembut dan gebu sgt..tau.
Oklah..menu cekodok/cucur..klu family shima panggil Jemput2 Nasi..ni..memang dah jadi menu wajib ada dlm seminggu. Selang 2-3 hari..anak2 mesti order..termasuklah bapanya. Semua anak shima ni..terikut2 selera bapanya..sbb memang favourite ayahnya sejak kecik dulu. Cuma mak mertuanya shima buat cucur ni cara dia..yg paling simple..guna tepung, ikan bilis, bawang, dan air panas utk melembutkan cucur. Tp family shima pulak..lain kaedahnya..klu buat cucur..segala sayuran dlm peti ais mesti dimasukkan dlm adunan tu..daun kucai ke, daun sup ke, daun bawang ke..taugeh ke, carrot ke, kentang ke, kacang buncis ke...pasti dihumban sekali dlm adunan cucur tu..meriah tau..Oklah jom tengok resepi shima...

CUCUR/CEKODOK NASI

Bahan-bahan

2 cawan nasi
3 cawan air
Tepung Gandum secukupnya
Segenggam ikan bilis
Sedikit cili merah-dihiris
1 biji bawang besar-dipotong dadu
Sedikit garam dan gula.
Sayur2an-jika suka

Cara Membuatnya

Blend/kisar nasi dan air hingga menjadi halus berkrim. Tuangkan ke dalam mangkuk yg sesuai, masukkan ikan bilis. cili merah, bawang besar, garam dan gula. Masukkan jg sayur2an yg anda suka. Akhir sekali barulah masukkan tepung. Pastikan adunan tidak terlalu lembik. Shima anggarkan lebih kurang 2 cwn tepung..jika lembik tambahkan tepung, jika terlalu kental tambahkan sedikit air..spt membuat cucur biasa. Setelah digorang bolehlah dimakan dgn sos cili atau sambal kicap pedas...Sedap dimkn panas2...


Kek Epal dari Syurga


Assalamualaikum....

Selamat Tahun Baru!!! Semoga pada tahun 2012 ini anda memperoleh rezeki yang berlipat ganda dan memperoleh keberkatan di dunia dan akhirat. Apa azam baru tahun ni? Bg shima masih ada lg impian yg belum tertunai, maka pada thn ni shima akan cuba sempurnakan. Paling penting..moga keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah s.w.t semakin kuat dan teguh hari demi hari seiring dgn usia yg semakin bertambah. Amin...

Oklah..balik pada n3 yg dah berkurun tak sempat di update. Rasanya mcm dah 3 mgu gambar ni terperap dlm kamera..aduhai..malas betui nak mengedit. Kek ni teksturnya sgt lembut...tu yg bila potong ada yg tersompek..huhu. Anyway, bg penggemar kek sebegini..bleh tryla..terasa masam2 epal..dan serbuk kayu manis di dalamnya.



KEK EPAL DARI SYURGA by Alex Goh

Bahan-bahannya
Bahan A
250 g butter
230 g gula halus

Bahan B
5 biji telur

Bahan C
120 ml yogurt 

Bahan D
315 g tepung gandum
1 tsp baking powder
1/4 sodium bikarbonat

Bahan E
3 biji epal - potong kiub
50 g sultana
1/2 tsp serbuk kayu manis

Cara Membuatnya
1. Pukul A sampai kembang.
2. Tambah B dan pukul lagi sampai kembang dan ringan (saya pukul sekejap sahaja).
3. Kemudian masukkan C dan D secara berselang-seli.
4. Jerang bahan E sampai empok. Tapis lebihan airnya. Ketepikan. Bila dah betul-betul sejuk, baru masukkan dalam adunan kek tadi. Gaul sebati dengan sudip kayu saja.
5. Panaskan oven.
6. Ambil loyang kek 9", sapu minyak dan lapisi dengan kertas minyak.
7. Tuang adunan kek tadi dan bakar pada suhu 175 darjah selsius untuk 60 minit (atau sampai masak).
8. Kemudian sejukkan kek sebelum dihidangkan.