Timun Tikus Ubati Resdung










Assalamualaikum....

Apa khabar? Shima doakan moga anda semua sihat walafiat hendaknya. Shima di sini sihat juga, cuma 2-3 hari kebelakangan ni rasa hidung ni gatal dan merenyam2 semula. Bila dah macam ni, baru shima teringat yg shima pernah berjanji nak update tentang rawatan resdung yg pernah shima buat sebelum ni..tp asyik tertangguh je..bila dah tertangguh terus je lupa. Seblm ni shima pernah cerita ttg rawatan resdung menggunakan lipas tanah di sini. Byk ulat2 halus yg keluar disekitar muka selepas digosok lipas tsbt. Bg shima rawatan tersebut, sesuai utk pesakit resdung yg belum serius, tp kalau dah serius sampai nak tgk cahaya pun tak boleh, angkat kepala pun berat, selsema dan batuk sampai 2 bulan tak baik2..eloklah buat rawatan lanjut, iaitu kaedah gurah iaitu membuang lendir. kaedah tersebut shima akan ceritakan pd N3 yg akan dtg...ok..

Ketika shima menderita akibat resdung hujung thn lepas, pantang dengar org cite tpt utk rawatan resdung..mesti shima cari sampai dapat..biar pun jauh. Masa tu Allah je yg tahu sakitnya kepala tak tau nak kata. Bila balik kg pulak kak shima no 2,  cite jirannya pernah berubat resdung di Parit Jawa menggunakan terung gemal. Dengar je mcm tu, shima pun pergilah cari rumah org tersebut...hampir 2 jam perjalanan..dgn sesat lg..akhirnya sampai jg.

Kaedahnya sama..mengeluarkan ulat2 dari rongga tekak dan pernafasan. Pernah dengar terung gemal? Shima mmg tak pernah dengar..klu sayur terung buat lauk tu tau la..hehe. Biji terung gemal tu yg digunakan utk merawat resdung. Biji terung tu dikeringkan..kemudian diletakkan diatas batu yg terdapat bara api di bawahnya. Asap dari biji terung itulah yg membuatkan ulat2 tu mabuk dan akan keluar bila kita hembuskan nafas dr tiub getah yg disambungkan pd tempurung kelapa. Susah nak imagine kan??? hehe..Beza dgn kaedah asap yg lain, kaedah menggunakan terung gemal ni anda perlu hembus dr mulut atau hidung sekuat hati pd tiub getah tesebut.krn asap2 tersebut telah terkumpul dlm tempurung yg ditelangkupkan pd biji terung yg dibakar tadi seterusnya bersambung pd tiub getah tsbt. Jd bila tiup getah yg mengandungi asap itu dilepaskan ke tekak atau lubang hidung ia akan mengeluarkan ulat2 tersebut, sekaligus bila kita hembus sekuat hati ia akan keluar dgn byk dan melekat di dalam tempurung kelapa tersebut atau jatuh di atas dulang berisi air yg telah disediakan.

Hehe...mula2 tu shima geli jg..sbb ulatnya lebih kasar atau besar berbanding ulat yg keluar menggunakan lipas tanah. Besarnya mcm ulat beras gitu...malah klu yg dah bersarang lama..kepala ulat tu bercabang dua..serius tau. Biasanya klu lelaki ulatnya byk yg kepalanya bercabang dua..suami shima pun sama. Lepas kuarkan ulat dr tekak, kuarkan ulat dr hidung plak. Yg tu shima tak larat nak hembus sbb, hidung shima mmg dah tersumbat lama, smpi deria bau pun dah xde..namun ada jg ulat yg kuar. Tp suami shima buat, byk ulat yg kuar sbb suami shima ni jenis resdung yg tiap2 pg mesti bersin tak henti2. Shima plk x mcm tu...tau2 je dah teruk.

Anyway..shima puas hati jg dgn rawatan menggunakan terung tu sbb, alhamdulillah batuk shima terus baik lps tu. Cuma masalah selesema je masih belum sembuh dan lendir yg dah bersarang kat kepala ni masih tak hilang.

InsyaAllah pd n3 y akan dtg, Shima akan citekan rawatan resdung mengunakan kaedah gurah pulak...Oh ye..lg td shima cite ttg terung gemal...tanya bila tanya org ramai  x tau pokok ni. Rupa2nya bila shima search kat pakcik google ni, rupa2nya terung gemal ni dikenali jg dgn nama Timun Tikus. Bila tanya mak shima kat kg dan kwn2..timun tikus sume tau dan pernah tgk pokoknya. Dulu2 org petik kat blkg umah je...buahnya buat ulam. Org kata mcm tu la...shima x pernah mkn timun ni. Tak sangka bijinya sgt berguna utk merawat resdung...

Oklah...rakan2, sampai sini dulu..InsyaAllah akan dtg shima cite kaedah gurah dan kayu setong pulak..utk merawat resdung..

APAM BERAS



N3 yg terakhir mlm ni ialah apam beras....tersengih2 apam beras ni...mekar sungguh. Rasanya sedap juga...tp bg Shima Apam Snow White lebih memenuhi selera shima sekeluarga..walaupun tak semekar apam beras ni..rasanya lebih kurang sama cuma apam Snow White ni lebih lembut..dan gebu berbanding Apam Beras...

Ok..nak try...bolehla salin resepi di bawah ni..

RESEPI APAM BERAS



Bahan-bahan


  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam


Cara-cara


  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

Sandwich Telur & Salad


Jom..tengok menu yg menjadi kegemaran anak2 shima waktu pergi ke sekolah...hehe..ini dia sudah semestinya yg plg simple dan sedap...sandwich. dahlah senang nak menyediakan..lps tu byk khasiatnya...haha..iye ke?? ke sbb maknya malas dan tak sempat sediakan sarapan? Whatever la..yg penting anak2 suka..dan bukannya fast food..iye tak? Dulu shima suka sediakan sandwich tuna..tp sejak kena resdung yg kronik..shima dah jarang mkn tuna atau sardin lps shima dpt tahu mknn2 tu la yg menjadi kegemaran ulat2 resdung..kira mcm baja la utk ulat2 tu membiak..Jd skrg..shima gantikan dgn telur rebus je...lg jimat..dan sedap pulak tu..

Nak ke resepinya...salin je la...

Sandwich Telur dan Salad

Bahan2:

Beberapa keping roti Gardenia
3-4 biji telur rebus
2-3 sudu mayonis
Salad (Shima suka beli mcm2 salad dan tomato comel di Giant yg harga RM5.50 dlm 1 bekas plastik)
1 biji bawang besar (potong dadu)
Sedikit lada sulah

Cara menyediakan:

Salad dihiris kecil2. Telur rebus dilecek hingga hancur. Campurkan semua bahan kecuali roti dlm 1 bekas, gaul hingga sebati. Selepas itu bolehlah disapu pada roti.

 

KEK KUKUS KEJU LAPIS



SALAM 1 MALAYSIA...

N3 seterusnya ialah Kek Kukus Keju Lapis yg diilhamkan oleh Dayang Jack..emm..sedap sungguh kek lapis ni..mana taknya bahan2 yg digunakan sedap dan mahal2 jg..hehe..Sape yg suka kek kukus lapis kena try resepi ni, sbb rasanya memang sedap...lemak manis..sume cukuplah. Tengoklah shima lapis kek ni tak sekata...kejap tebal kejap nipis..tula padahnya klu tak sukat betul2...

Mari kita tengok dan cuba resepinya...hehehe..



KEK KUKUS KEJU LAPIS
Resepi asal : Dayang Jack
bahan-bahan: loyang 9 atau 10 inci
  • 250 g tepung gandum (diayak)
  • 7 biji telur A pd suhu bilik (diasingkan putih dan kuningnya)
  • 250 g gula halus (dibahagi dua)
  • 2-3 sb susu pekat manis
  • 300 g mentega (pada suhu bilik)
  • 260 g krim keju (pada suhu bilik)
  • 260 ml krim putar / whip cream
  • sedikit pandan emulco/pes pandan
  • sedikit coklat emulco / pes coklat/ cofee emulco (DJ guna 1 sb serbuk koko + 1 sk cofee emulco)
  • sedikit esen vanilla
Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega.
  2. Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan 1/2 daripada gula halus sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental. Ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk pengadun yang lain, pukul mentega, keju dan susu pekat hingga gebu. Kemudian masukkan lebihan gula tadi dan putar lagi hingga sebati.
  4. Masukkan kuning telur satu persatu sambil diputar perlahan.
  5. Kemudian, satukan adunan dengan meringue tadi dan sebatikan.
  6. Masukkan krim putar dan tepung secara berselang seli hingga habis. Putar lagi hingga rata.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Setiap bahagian dicampurkan dengan pes pandan, pes coklat/coklat emulco+coffee emulco, dan pewarna kuning+esen vanilla (boleh juga menggunakan pewarna/pes yang lain mengikut kegemaran masing-masing). Kemudian setiap adunan tadi dibahagikan lagi menjadi dua bahagian.
  8. Tuangkan lapisan hijau ke dalam loyang dan ratakan. Tutup loyang dengan kertas foil tetapi biarkan ia longgar sedikit. Kemudian kukuslah selama 10 minit atau hingga adunan dah tak cair.
  9. Tuangkan lapisan kedua (kuning), dan kukus lagi selama 10-12 minit. Seterusnya lapisan ketiga. Ulangi proses hingga habis. Setelah ke lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-30 minit atau sehingga kek masak sempurna.
  10. Setelah masak, sejukkan kek sebelum dikeluarkan daripada loyang.

KEK CHIFFON PELANGI


Ok...tanpa membuang masa, kita teruskan dgn N3 mlm ni iaitu kek kesukaan keluargaku..Kek Chiffon Pelangi. Anacam...cantik tak kek ni?? 1st time Shima buat kek chiffon pelangi ni. Biasa shima buat kek chiffon perisa pandan, strawberi, limau, coklat, pisang . Kali ni, shima guna resepi yg berlainan...sedap dan gebu keknya. Cuma shima tak puas hati sbb kek shima nmpk agak rendah...huhu..bkn salah resepi, tp shima yg bakar dlm loyang yg agak besar iaitu 9". Biasa shima buat kek chiffon mesti dlm loyang yg berlubang, tp oleh sbb loyang tersebut dah sompek dasarnyanya..maka terpaksalah shima bakar dlm loyang biasa. Sape yg suka kek chiffon..bolehlah salin resepi ni ye..


KEK CHIFFON PELANGI
BAHAN A
  • 6 biji kuning telur
  • 4 tbsp Minyak jagung/minyak masak
  • 60ml Susu segar
  • 1/2 tsp Esen vanila
  • 50g Gula Kastor
  • 110g Tepung naik sendiri
BAHAN B
  • 6 biji putih telur
  • 100g Gula Kastor
  • 1/4 tsp cream of tartar
  • Sedikit pewarna kuning, hijau, pink dan sedikit serbuk koko (saya guna coklat emulco)
CARA2 MEMBUATNYA :
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, siapkan tin chiffon berukuran 22 cm atau 9 inci. (tak perlu disapu mentega atau margerine). Ketepikan.
  2. Masukkan Bahan2 B (putih telur) dan gula kastor ke dlm mangkuk mixer dan putarkan sehingga berbuih kemudian baru masukkan cream of tartar putar hingga putih telur kental. (Speed laju).
  3. Dalam bekas yang lain, satukan semua bahan2 A, dikacau dengan whisk hingga sebati. Ketepikan sebentar
  4. Tuangkan adunan A ke dalam adunan B (putih telor).
  5. Putarkan dengan menggunakan whisk dengan kaedah kaup balik hingga rata dan sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. (Titiskan sedikit warna hijau, warna pink, kuning dan coklat (1 tsp serbuk koko).
  7. Tuang keempat empat adunan yang telah diwarnakan tadi secara berselang seli ke dalam tin yang telah disediakan tadi. (tuangkan warna kuning dulu diikuti warna coklat, warna pink dan akhir sekali warna hijau)
  8. Bakar selama 30 - 40 minit hingga masak

AYAM KARI SERAI WANGI


Oklah...shima dah penatlah nak membebel...tu la padahnya bila lambat masuk N3...byk lg senarai menunggu nak di masukkan mlm ni...isk..isk. Balik pd resepi kari ni..ok..resepi ni shima dapat daripada blog Secubit Garam...sedap tau..anak2 shima byk kali tambah nasi..lagi2 dimakan dgn Nasi Minyak Hujan Panas..dan acar timun nanas. Ok..sape2 nak try..bolehlah salin resepinya ya..

 
KARI AYAM SERAI WANGI
Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam, potong 12, cuci dan toskan
  • 3 biji kentang, belah 4 setiap satu, rendamkan
  • 1 keping asam gelugor
  • 1/2 cawan cili kisar
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 1 cwn santan pekat
  • 4 cwn santan cair
  • 1 sudu besar kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • minyak utk menumis
Bahan Kisar
  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 biji buah keras
Bahan Tumis
  • 3 biji bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 3 btng serai - di titik
  • 1 helai daun pandan-disimpul
  • 2 tangkai daun kari, asingkan dari tangkainya
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
Cara-Caranya
  1. Bersihkan ayam yg telah di potong dan toskan. Kisar bahan2 kisar.
  2. Panaskan minyak dlm periuk dan tumiskan bahan2 tumis. Masukkan cili kisar dan gaul sebati. Masukkan bahan2 kisar dan tumis sehingga terbit minyak.
  3. Masukkan ayam dan kentang. Masukkan santan cair dan biarkan sehingga kentang empuk.
  4. Masukkan asam gelugur, garam dan sedikit gula. Boleh juga tambahkan buah tomato. Masukkan kerisik dan gaul lagi.
  5. Masukkan santan pekat dan gaul lagi sehingga sebati.
  6. Boleh matikan api sekiranya ayam dan kentang empuk dan cukup rasa. Bolehlah angkat dan hidangkan bersama nasi putih atau nasi kegemaran.

NASI AYAM IPOH


Assalamualaikum....

Suka tak mkn nasi ayam? Kalau rumah Shima ni menu nasi ayam ni..mesti kena buat 2 minggu skali. Kalau tak buat mesti anak2 tanya. Terpaksalah maknya buat...sayang punya pasal. Selalu shima buat nasi ayam ikut mcm resepi mak shima buat dulu..ayamnya shima terus je masak sambal. Bhn sampingan lain tu biasa la mesti ada. Tp lps shima singgah kat dapur Kak Ita Masam Manis..terus hati ni tertarik nak cuba menu Nasi Ayam Ipoh...apa yg dicitekan kat ita tentang keenakan Nasi Ayam Ipoh ni..buatkan hati Shima terus meronta2 nak mencuba...apa yg sedap sgt nasi ni ekkk??



Maka dgn hati yg berkobar2, shima pun print out resepi dan terus je ke supermarket mencari bhn2. Alhamdulillah...lebih kurang kul 1 tghari...nasi ayam pun siap...Jeng! jeng! apa kata para juri...Juri 1: 4 bintang. Juri 2 kata : 5 bintang Juri 3 pulak ...hehe..5 bintang...Yeah!!! Memang sedaplah resepi ni..mkn nasi je pun dah sedap. Lom mkn ayamnya lagi...Ayamnya shima bakar dlm oven. Shima tak suka goreng sbb ayamnya akan jadi keras...kalau bakar lg sedap..isi lebih lembut.  Oklah jom kita semak resepinya...

Nasi Ayam Ipoh.
Resepi asal : Quinnie
Sumber : Azlita Masam Manis

Mula2 kena sediakan sup dulu, krn sup ni akan digunakan utk merebus ayam dan utk memasak nasi.

 
Sup Ayam

air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

Masukkan semua bahan kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah ke dalam periuk.
Tutup periuk dan masak hingga didih.
Selepas air mendidih, masukkan ayam.
Biar ia masak selama 20 minit.
Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Ketepikan ayam.
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah.
Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah lagi air biasa.
Masak hingga didih.
Perasakan sup dengan garam secukup rasa.
Untuk menhhidangkan hiaskan dgn taburan daun sup atau daun bawang dan juga bawang
goreng.


Sekarang kita sediakan ayam pula. Ayam ni kita boleh bakar dalam oven atau kita boleh goreng dengan minyak yg banyak. Terpulang pada citarasa kita.

Ayam Bakar atau Goreng

1 ekor ayam 
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 sudu besar kicap lemak manis 
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka 
1 sudu besar madu 

Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar.
Masukkan bahan  yg telah di kisar dan semua bahan2 lain kedalam mangkuk
Kacau2 rata dan perap ayam lebih kurang  1/2 jam.
Selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven.
Kalau nak goring jgn goring terlalu lama agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus


Sementara tunggu ayam yang kita perap tadi, Kita tanak nasi pula

Nasi Ayam
4 mug beras 
4 1/2 mug air rebusan ayam 
2 inci halia - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
3 helai batang daun bawang - ambil bahagian batang bawah yg ade bebawang sekali.
1 sudu besar minyak bijan 
2 sudu besar sos tiram 
2 helai daun pandan 
4 sudu mentega
Sedikit warna, merah, hijau, dan oren

Masukkan majerin dalam periuk elektrik atau periuk nasi.
Biar ia mencair, kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata
Kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
Tutup periuk nasik
Tanak nasik seperti biasa hingga nasik masak.
Bila nasi hampir masak buatkan beberapa lubang dan letakkan setiap warna dalam lubang -lubang itu.
Tutup periuk.
Bila nasi dah kering gaul rata.


Sekarang kita akan sediakan cili dia pula. Ada dua cili dalam resepi ni. Satu yg berkicap dan satu yg merah. Mula2 kita sediakan cili  merah

Cili Merah

10 - 15 biji cili burung atau cili api
6 biji cili merah 
sedikit halia - ambil dari rebusan sup 
5- 6 biji bawang putih 
1 biji limau kasturi atau nipis 
sedikit air dari air rebusan ayam 
garam dan  gula secukupnya
Masukkan semua bahan didalam blender kecuali limau kasturi
Kisar halus.
Kemudian ita masak sekejap atas dapur
Bila dah siap perahkan limau kasturi dan kacau rata.

Kita buat pula cili kicap

Cili Kicap
5 biji cili burung 
sedikit halia (ambik dari rebusan) 
4/5 biji bawang putih 
kicap secukupnya 
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung dibancuh  dgn air secukupnya - utk memekatkan 
Ita tambahkan sedikit planta untuk mengilatkan cili



Cara penyediaan kicap
Blend semua bahan kecuali tepung jagung.
Selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur.
Agak-agak dah panas, boleh lah di masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan sedikit air utk memekatkan kuah


NASI MINYAK HUJAN PANAS


Assalamualaikum....

Lamanya tak bersiaran....rindu rasanya. Hati ni meronta2 tiap2 hari nak berblogging, tp apa kan daya...tugasan hakiki perlu dibereskan terlebih dulu. Jadi pada hari ini, barulah shima berkesempatan nak masukkan semua resepi yg telah tersimpan sekian lama...Harap2 sempatlah hendaknya...Sebenar2nya resepi ni Shima buat pada bulan lepas. Hati ni memang dah lama teringin nak memasak berbagai jenis nasi sbg hidangan utama...tp kesibukan membatasi segalanya. Maka pd hari tersebut, dgn lafaz bismillah..shima pun mencuba Nasi Minyak Hujan Panas. Alhamdulillah, berjaya jg akhirnya...Sebelum ni Shima pernah try masak nasi beriani..tp kurang menjadi..krn sukatan air terkurang. Maklumlah masak nasi guna beras beriani, tak sama dgn beras biasa. Jd kali ni...shima belajar dr kesilapan...shima ikut sukatan betul2...hah..barulah cantik kejadiannya. Shima guna beras beriani yg paling panjang..cuma sayang sikit, sbb shima terlebih kacau jd, nasinya patah2. Ikutkan kena kacau guna chopstick..tp kat rumah ni manalah ada chopstick jd..guna senduk je. Tu yg patah2 nasinya...huhu.

Selain itu Shima jg sediakan Ayam Kari Serai Wangi dan Acar Timun Nanas utk dimakan bersama2 dgn nasi tersebut. Sedap.....lepas ni Shima pasti akan buat lagi...nyum2. Ok...jom salin resepinya..

NASI MINYAK HUJAN PANAS
Bahan-Bahan

* 4 cawan beras basmati
* 5 cawan air
* 2 kiub ayam
* 2 helai daun pandan
* pewarna merah, kuning dan hijau

Bahan Tumis

* 1/2 inci halia
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 biji bawang besar
* 2 sudu besar minyak masak
* 1 sudu besar minyak sapi
* 1 batang kulit kayu manis
* 2 kuntum bunga lawang
* 3 kuntum bunga cengkih
* 3 biji buah pelaga

Bahan Hias

* Bawang goreng
* Kismis

Cara-Cara
  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
      Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
  2.   Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
      Masukkan beras dan gaul rata.
      Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
      Masaklah nasi sehingga masak
      Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
      Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

RICH MARBLE CAKE SHEILA MAMBO


 
Assalamualaikum...

Salam 1 M'sia...apa khabar semua? Shima doakan moga semuanya sihat2 belaka. Lama dah tak berblog...masih berkabung lg..disamping byk sgt keje2 yg lebih penting perlu dibereskan. Actually kek ni dah 3 bulan lepas shima buat..dah jd baja pun..hahaha. Shima tak perasan..terlepas pandang pulak kek masih lom masuk n3ni.Nak komen apa ek tentang kek ni..rasanya pun dah ingat2 lupa..maklumlah dah lama. Kalau tak silap rasanya sedap..terasa sgt coklatnya, sbb rasa coklat itu menggunakan coklar bar yg dicairkan. Klu nak wat topping pun sedap..tp shima tak buat pun..sbb mkn mcm tu pun dah sedap....

Nape kek ni namanya Sheila mambo ek? hehe..jgn tanya ye..sbb shima pun tak tahu jawapnnya. Mungkin pelakon ni yg memcipta resepi ni...emmm...

Oklah, klu anda peminat cake marble..jom cuba resepi ni...
RICH MARBLE CAKE SHEILA MAMBO

Resepi Asal : Sheila Mambo
Sumber Rujukan ; Kak Nor@Secubit Garam &; Noorsha

Bahan-bahan :-
125 gm dark coklat, dicincang dan dicairkan
125 gm mentega
125 gm gula kastor (Noorsha guna 90gm saja)
2 bj telur, dipukul ringan
155 gm tepung naik sendiri
80 ml susu cair [saya guna susu segar]
1/2 sdt esen vanila

Cara-cara :-
1. Panaskan oven terlebih dahulu.
2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
3. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan esen vanila. Pukul lagi.
4. Tuang susu dan selang seli dengan tepung. Gaul adunan sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
5. Satu bahagian dimasukkan dark coklat yg telah dicairkan. Manakala satu bahagian dibiarkan kosong.
6. Griskan loyang. Tuang adunan plain diikuti adunan coklat. Lakukan sehingga habis kesemua adunan. Lorekkan dgn garfu atau toothpick untuk menampakkan corak.
7.Bakar pada suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
8.Sejukkan dan bolehlah dihias dengan topping jika suka
9.Griskan loyang. Tuang adunan plain diikuti adunan coklat. Lakukan sehingga habis kesemua adunan. Lorekkan dgn garfu atau toothpick untuk menampakkan corak.
10.Bakar pada suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
11.Sejukkan dan bolehlah dihias dengan topping jika suka