MIHUN GORENG TOMYAM


Menu Shima seterusnya ialah Mihun Goreng Tomyam...Hah! Pernah try x resepi ni? Skrg ni resepi ni dah jadi resepi favourite anak2 shima pulak. Dulu klu masak mihun goreng..si Imran mesti tarik muka masam.. sbb dia tak brp suka mihun. Tp sejak shima bg dia try mkn mihun goreng tomyam..hah...terus dia jatuh cinta..mkn bertambah2 plk skrg hehe..Amacam, nak try tak..cubalah resepi yg luar dr kebiasaan..mesti anak2 teruja nak merasa..silap2 jd resepi favourite plk nnti mcm si imran ni...
Orait..jom kita salin resepinya...








BAHAN-BAHAN
Sumber : New  Zone Resepi
  • 1 bungkus mihun - rendam, bila lembut, toskan
  • 300gm udang
  • 200gm isi ayam
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 batang serai - diketuk sedikit
  • 2 kiub perencah tomyam (maggi/knorr)
  • cili api - bagi yg mahukan lebih rasa pedas
  • 1 biji telur
  • 3 helai daun limau purut - dicarik2kan
  • sayur kobis - di potong pjg (halus)
  • carrot - dipotong pjg (spt btg mancis)
  • 2 biji tomato - dihiris nipis2
  • 1 mangkuk air - jika ingin mi basah lebihkan sukatan air
  • daun saderi 
CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau.
  2. Masukkan pula bawang merah yg telah dikisar dan perencah tomyam. Goreng sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan udang dan gorenglah sekejap baru masukkan telur
  4. Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Untuk mendapatkan rasa yg lebih sedap bolehlah dibuat stok udang dengan merebus kepala dan kulit udang yg telah dibersihkan. Masak hingga mendidih dan masukkan sayur2an (kobis, carrot dan tomato yg telah dipotong) Masukkan juga daun limau purut yg telah dicarik2kan
  5. Bila sayuran dah agak lembut, masukkan mihun tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan mi menjadi lembut (Jika ingin mi yg basah lebihkan air/stok udang)
  6. Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan daun saderi yg telah dihiris halus

MEE BANDUNG MUAR


Assalamualaikum...

Buka puasa apa hari ni? Shima hari ni teringin nak mkn mee bandung. Dah lama jg tak masak mee bandung ni. Dah 2-3 kali shima mkn mee bandung kat gerai2 tp masih tak menepati selera shima. Ada yg kuahnya cair...alahai..dan mcm mee sup pun ada..Sah! ni mesti bkn org muar johor...hehe. Klu mee bandung muar kuahnya pekat..dan tak letak kacang. Dulu shima letak kacang jg, tp lps shima belajar sikit2 dr kakak shima, dia ajar shima cara msk mee bandung muar yg sebenar tanpa letak kacang tanah. Cuma perbanyakkan udang kering atau udang geragau kalau suka bg memekatkan kuahnya..Okeylah, jom kita semak resepinya..

MEE BANDUNG MUAR
udang dan daging - direbus 

bahan kisar
30 tangkai cili kering
3 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
1 cwn udang - direndam dan dikisar

2 sudu besar sos tomato
6 sudu besar sos cili
2 kiub daging
garam dan gula secukup rasa
udang
fish ball
sotong
tomato dibelah 6
karot
bunga kubis
telur

bahan yg dimakan bersama
daun sawi - di celur
mee kuning
daun sup n daun bawang
bawang goreng
Cara-cara
Panaskan minyak, tumis bahan yg dikisar hingga naik bau dan garing. Masukkan daging dan air rebusan tulang masak hingga mendidih. Masukkan kiub daging, sos tomato, sos cili,  dan gula. Masak hingga gula larut. Masukkan buah tomato, garam dan gula secukup rasa. Masukkan udang, sotong, fish ball dan masak hingga sedikit pekat. Akhir sekali masukkan karot, dan bunga kubis. 

Masa menghidang panaskan kuah dan pecahkan telur dlm kuah (jangan kacau) biar hingga telur keras dan bolehlah dihidangkan.... bersama mee kuning, sawi daun sup daun bawang, bawang goreng,  dan cili jeruk jika suka...

ONDE-ONDE LABU MANIS




Ok...resepi berikut ni merupakan resepi yg diadaptasi dr resepi buah melaka. Cuma resepi ni ditambah dgn labu supaya rasanya lebih lembut dan enak dan teksturnya tak begitu liat. Memandangkan anak2 suka mkn, insyAllah shima gerenti akan buat lg lps ni....Tima kacih kak Yati atas resepi atas kesudian berkongsi resept  yg enak ni...


ONDE-ONDE LABU MANIS
Sumber : (Kak Yati Sinar Kehidupan)

Bahan-Bahan
  • 2 cawan labu- yg telah di kukus dan dilenyek
  • 2 1/4 cawan tepung pulut
  • 1 ketul gula melaka - dipotong kecil2
  • 1/2 biji kelapa - diparut putih sahaja dan digaul dgn secubit garam
  • Air secukupnya- utk merebus onde2
  • 2 helai daun pandan-di simpulkan
Cara-cara
  1. Lenyek labu yg di rebus hingga lumat dan digaul sebati dgn tepung pulut.
  2. Kemudian masukkan air sedikit2, jika perlu. Saya tak letak air pun.
  3. Seterusnya gaul rata dan uli hingga menjadi doh yg lembut.
  4. Kemudian buat bebola kecil, masukkan potongan gula melaka ditengah2nya, tutup dgn kemas dan kepalkan semula menjadi bebola .
  5. Golekkan supaya menjadi sebiji bebola kecil. Buat sehingga adunan habis.
  6. Jerang air dlm periuk bersama daun pandan hingga mendidih. Masukkan bebola tadi kedlm air mendidih. Angkat apabila ia sudah terapung (maknanya... dah masak la tu..)
  7. Akhir sekali golek2kan diatas parutan kelapa tadi.

CUCUR @ JEMPUT-JEMPUT JAGUNG


Assalamualaikum...

Berbuka puasa apa ptg ni? Kalau shima. pg2 dah pikir nak masak apa ek..ptg ni. Teringat kat anak, kat hubby apa yg dia org nak mkn..hish! teruk betulkan..tak dinafikan jg tekak maknya pun kdg2 lg over nak mkn itu ini...Namun, walaupun ikut tekak sendiri, alhamdulillah semua boleh terima apa yg shima masak. Balik pd resepi ptg ni, actually jemput2 ni mknn favourite hubby dan semua anak bujangnya. Shima pulak tak brp suka..tp oleh sbb shima ni mmg suka sgt mkn jagung, maka shima pun masukkan sekali jagung yg kebetulan tersimpan je dlm peti ais..erm..sedaplah..gerenti shima akan buat lg lps ni..taklah balik2 jemput2 nasi dan ikan bilis je.. Ok jom kita tgk resepinya..shima selongkar dr blog Kak Nor Secubit Garam...tima kacih  kak nor...

CUCUR JAGUNG
Sumber : Kak NOr (Secubit Garam)

1 cawan isi jagung (lebih kurang satu biji jagung fresh)
1/2 cawan isi udang yg dipotong kecik
2 cawan tepung gandum
1bj telur
1 sudu teh yis
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
daun saderi ~ dihiris
daun bawang ~ dihiris
1 bj cili merah ~ dicincang
1/2 labu bawang besar ~ dicincang
3/4 cawan air
minyak utk menggoreng

1. Masukkan kesemua bahan2 kecuali air dan minyak kedalam sebuah bekas.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
3. Biarkan seketika, lebih kurang 15 - 30min atau sehingga adunan nampak naik.
4. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.
5. Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda..
6. Selamat mencuba.
  

SPAGHETTI CARBONARA (VERSI II)


Assalamualaikum...

Resepi berbuka puasa tahun ni nampaknya anak2 suka minta masakkan pasta. Tak tahulah nape...agaknya sbb tak pedas..jd laju je la dia org makan. Maknya lg suka...sbb senanglah keje..berbanding masak nasi dan lauk pauk...bagus!bagus! hehe. Okeylah x mau cite panjang..spagheti carbonara shima buat kali ni meriah sungguh..sbb byk letak sayur2an dsb..rasanya pun sedap..nyum..nyum..
Jd sesiapa nak resepi, shima dah sharekan di sini ye..

SPAGHETTI CARBONARA

Sumber : Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza
Sumber 2 : Kak Ummi (Home Sweat Home) 

Bahan:-

  • 300 gm spaghetti
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 10 batang sosej (dihiris nipis) - akak campur2 sosej blackpepper jugak
  • sedikit udang
  • 1 cawan susu segar
  • 10 biji cendawan butang (dipotong nipis)
  • sedikit brocolli
  • *1 biji capsicum merah
  • *1 biji capsicum hijau
  • *1 biji capsicum kuning
  • * 2 biji tomato
  • * 1 labu bawang besar (* dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 2 suduk kecil serbuk oregano
  • 125 gm keju Cheddar (dipotong halus) (akak guna parutan Cheddar)
  • 100 gm keju Parmesan (dicincang halus) - akak guna yg siap parut halus
  • 30 gm daun parsley (dicincang halus)
  • garam secukup rasa

Cara-Cara:-
  1. Masak air secukupnya di dalam periuk dan bila mendidih masukkan garam sedikit dan spaghetti, masak hingga lembut (lebihkurang 8 - 10 minit). Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali non stick dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan sosej, udang, tomato, brocolli, cendawan butang dan susu segar. Kacau rata.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk oregano dan garam. Kacau rata lg.
  5. Masukkan keju Cheddar, kesemua capsicum dan masak hingga kuah pekat.
  6. Tuangkan ke atas spaghetti dan taburkan daun parsli dan keju Parmesan.
  7. Sedia dihidangkan.



Sayur Kacang Botol Goreng


Assalamualaikum....
Sayur Kacang botol/boto goreng ni merupakan sayur kegemaran shima dan hubby. Kalau tak buat ulam shima akan masak goreng sebegini atau masak sambal dan dicampur dgn telur...sedapnya..Teringat zaman masa belajar di universiti dulu. Sewa rumah dgn rakan2 dr pelbagai negeri...jd bila time turn dia org masak..pelbagai menu keluar..best tau..dpt rasa mknn dr pelbagai negeri. Agaknya klu tak duduk serumah..shima pun tak pandai mkn budu, dan sebagainya. Balik2 menu masakan johor je hehe..

Oklah..utk resepi hari ni..nak jg ke resepinya? isk malulah..main campak2 je..
BAHAN-BAHAN:

  • 300gm kacang botol      | dipotong
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2.5cm belacan   | dibakar terlebih dahulu
  • 1 btg cili merah
  • 1 sudu makan ikan bilis    | dibersihkan
  • 125ml air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis


CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih, belacan, ikan bilis, cili merah, dan belacan hingga lumat.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan kacang botol ditumis seketika
  4. Akhir sekali, masukkan sedikit air dan perasakan secukupnya. Sedia untuk dimakan.