BISKUT SUJI BRUNEI



Assalamualaikum....
 
 
1 lagi resepi n3 yg dah tertunggak sejak raya. Dah berbulan2 baru nak update. Keje bykla...mmg bz sgt2. Kdg2 tu sampai sakit tengkuk berhari2...kata org klu selalu sakit tengkuk tu maknanya stress..betullah agaknya. Shima lum pernah check tekanan darah...harap2 sihatlah hendaknya.
 
Oklah shima pun malas nak cite lg. Biskut ni mmg sgt digemari oleh anak2 shima. Lum pun raya, biskut dah abis sebalang. Rasanya yg lemak manis mmg sdp sgt dimkn....nyum...nyumm. Jom la kita tgk resepinya ya...Shima dpt resepi ni lps sekodeng dapur Mas Duniaku..
 
 

Biskut Suji Brunei 
Resipi asal - Harlina Mahdar RN
Sumber :
CMG - Dapur Tanpa Sempadan.

BAHAN-BAHANNYA :-)

200 gram minyak sapi (jenama Gheeblend)

100 gram lemak sayur @ shortening

180 gram gula halus @ kastor

100 gram cornflakes, kisar halus

1 kuning telur

80 gram suji

80 gram tepung jagung

Tepung gandum secukupnya (kuranng lebih 370 gram)


BAHAN SALUT :
Nestum yang dikisar halus secukupnya

Susu tepung secukupnya

Sedikit gula aising (yang ni terpulang, nak letak atau abai kan)


CARA MEMBUATNYA :
Putar minyak sapi, shortening dan gula halus hingga rata.
 
Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati dan rata.

Perlahankan kelajuan, masukkan suji, tepung jagung, cornflakes
 
kisar dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh
 
yang lembut (mat guna anggaran tepung 370 gram).

Ambil secubit adunan dan gentel sebesar hujung ibu jari, susun
 
dalam loyang pembakar. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang
 
telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 20 minit atau hingga
 
kuning keemasan.

Biar kan sejuk atas dulang pembakar. Perlahan2 ambil biskut yang
 
siap tadi dan golek-golekkan dalam bancuhan bahan salut tadi, isi
 
dalam paper cup pilihan.
 
 


APAM DEWA


 
Assalamualaikum.
 
Bila shima bw blk kg, apam ni, ramailah yg ingat ia kek. Memasing kt kek marble la, kek pelangilah dan mcm2 lg. Bila shima kt bkn kek tp apam, ramai jg yg terperanjat....sbb mrk kt x mcm apam pun. Maklumlah yg biasa dia org mkn apam eno, apam beras dsb. Jd shima pun x salahkan dia org jg..tp yg kelakar tu...dah ada jg yg risik2 nak order utk kenduri kendara dan bertanyakan hrga...Alhamdulillah.
 
Oklah resepi ni shima dpt dr dapur kak madihah@ ratna. Erm..tq lah kak atas resepi yg sedap dan tak muak dimakan...suka3x...Jom kita semak resepinya.. 
  1.  
  2. APAM DEWA @ BAHULU KUKUS
  3.  
  4. Sumber : Kak Madihah (Dari Dapur Madihah)
  5.  
  6. Resepi : Missayu@MyR 
  7. Sumber 1 : Ina@Pesona 
  8. Sumber 2 : MaDiHaA aka Ratna
  9.  
  10.  
  11. Bahan-bahan
  12.   
  13.  
  14. 6 biji telur
  15.  
  16. 1 1/2 cawan gula (MaDiHaA letak 1 1/4 cawan gula kastor)
  17.  
  18.  · 2 cawan tepung gandum
  19.  
  20.  1 sudu besar sunquick (utk hilangkan bau hanyir telur)
  21.   
  22. · Pewarna
  23.   
  24. · 1 sudu kecil ovelette (Ina tambah ~ MaDiHaA tambah juga)
  25.   
  26.  
  27.  
  28. Cara-cara
  29.   
  30. 1. Pukul telur bersama gula dan sunquick dan ovelette hingga kembang (putih).
  31.   
  32. 2. Setelah kembang, masukan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata
  33.   
  34. 3. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukan pewarna yang disukai. Alaskan loyang dengan plastik, kemudian masukan adunan ke dalam loyang berselang seli.
  35.   
  36. 4. Kemudian kacaukan sedikit adunan yang di dalam loyang dan lorekkan corak di atas.
  37.  5. Kukus selama 45 minit atau sehingga masak. (MaDiHaA kukus 1 jam dengan menutup loyang saiz 7" x 7" dengan aluminium foil
 


 
 

KERABU KACANG BOTOR & TAUGEH

 
 
Jom kita tgk resepinya....tak larat nak berceloteh lg...mata mcm dah ditaruh gam je..
 
RESEPI KERABU KACANG BOTOR
 
Oleh : Chef Hanieliza
 
 
Bahan A
 
20 btg kacang botor
1 cawan taugeh
1 cawan kelapa parut
1 labu bawang besar
5 biji limau kasturi
1 sdb gula
Garam secukup rasa
 
Bahan B
 
5 biji cili merah
3 biji bawang merah
2 sdb  udang kering
 
 
Cara membuatnya
 
Kacang botor  dihiris. Taugeh dibuang ekor dan bersihkan.
masukkan bhn yg dikisar, kelapa dan garam ke dlm kuali. Kacau hingga sedikit kering.
Tutup api. Masukkan semua sayur, gula, garam dan jus limau. Kacau rata.
Sedia dihidangkan.
 
 

KEK PELANGI



Ok tak pyh cite pjg2 la sbb byk lg resepi yg shima nak sharekan slps ni. So bg penggemar kek2 spt ini..bolehlah cuba ye...


KEK PELANGI
Sumber : Saranur74 blogspot.com


Bahan-bahannya

1 cawan planta @ marjerin

1 cawan gula halus

4 biji telur

11/2 cawan tepung gandum

1 st baking powder

1st esen vanilla

 

Cara-caranya

Pukul planta dan gula hingga kembang putih gebu

Masukkan telur satu persatu

Masuk vanila dan akhir tepung

Sebatikan

Warnakan ikut suka.

Bakar selama 45 minit 170c atau sehingga kek masak.
 


PUDING KASTARD JAGUNG

 
 
Assalamualaikum....
 
Lama shima tak update resepi-resepi masakan di sini. Dah byk sgt shima simpan dlm folder bg memberi ruang dan masa utk shima update kenangan2 manis shima dan family bercuti. Mmg dah tak boleh bertangguh lg, memandangkan byk gambar2 yg semakin hilang dlm simpanan. Jd klu hilang tentulah takde memori yg tersimpan utk dijadikan kenang2an.
 
Kali ni shima stop dulu n3 cuti2 Malaysia dan Indonesia, bg menyambung semula n3 masakan yg tertunggak sejak sebulan lalu. Resepi kali ni senang je, dan rasanya pun sedap. Pasti ramai yag dah tau kan cr membuatnya..tp xpelah shima masukkan jg resepi utk rakan2 yg mungkin kali 1 mencubanya....

PUDING KASTARD JAGUNG
 
Resepi : Ana Elianas
Sumber MaDiHaA aka Ratna
 
Bahan-bahannya:-
 
1 tin jagung jenis creamy
1 tin susu cair - prefer susu IDEAL
3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung kastad
 
Cara :-
 
1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata.
2. Masak puding dengan menggunakan api yang kecil...hinggalah masak (kental & berkilat). (MaDiHa masak guna kuali)
3. Masukkan ke dalam loyang atau talam.
4. Bila sejuk masukkan dlm peti sejuk sebelum dipotong.
 

MELANCONG KE BANDUNG (2nd Trip) - Part 4

 
Part 4
 
Ni merupakan N3 shima yg terakhir travelog shima ke Bandung. Memandangkan ini merupakan hari terakhir shima di sini, jd shima dah plan awal2 pg utk ke Gunung Berapi Tengkuban Perahu. Pg2 lg kami dah bersedia sbb perjalanan dr hotel kami ke sana mengambil masa lebih kurang 1 jam. Jom tgk gambar2 ni...
 
Cuaca kat sini mmg sejuk, tp jgn terpedaya dgn pujukan penjual yg seakan memaksa kita membeli pakaian , mengambil gamabar,  dan sebagainya sbb harganya mahal
 
 
Kuat bau belerang di sini...tahan je la...

Nampak x kawah di bawah tu...

Hehe...bkn selalu dpt berdua2an camni...
  
Tgklah pokok2 di sini yg hangus akibat terkena lahar gunung berapi.. 


Tak pi sume tempat pun di sni, sbb tak larat nak memanjat gunung,,

Sempat menyinggah di gerai2 berdekatan utk membeli t-shirt sbg ole2.
 
bersama rakan yg sama2 menyertai trip ni
 
Posing lg..sblm blk...
  
Sblm blk singgah ke sini. Mula2 ingat ada lading strawberi di sini...huh..salah rupanya

Rupanya kat sini tpt org menunggang kuda..shima tak try pun...takut..
   
Antara brg dan cenderahati yg dijual di sini...
 
Sblm pulang ke airport, singgah lunch di sebuah restoran di sini...sempat nyanyi lg en. hubby.
  
Kelakaunya si penyanyi tu ajak nyanyi lg Anang yg baru...manalah en. hubby tau..so dia belasah je la..

Lastly, sblm ke airport, singgah ke sini dulu k....(Gambar dr Google)
 
Kat sini plg terkenal ialah browniesnya..(Gambar dr Google)
 
dan jg ini jg.popular...tp shima tak berapa suka, sbb klu mkn sejuk tak sedap (Gambar Google)
 
Shima lg suka Brownies Amanda, berbanding Kartika Sari sbb selain sedap dan saiznya lbh besar, ia milik muslim..itu yg diberitahu oleh supir shima di sana. (Gambar Google)
 
Oklah...rasanya cukuplah N3 shima ke Bandung kali ini...InsyaAllah jika ke sana lg November ini, shima akan ceritakan tpt2 menarik yg bakal shima kunjungi nnti..InsyaAllah.


MELANCONG KE BANDUNG (2nd Trip) - Part 3

Part 3
 
Hari yg ke 2, plan kami sepanjang hari bershopping sakan di Pasar Baru. Lepas breakfast di hotel, kami pun berjalan kaki ke sana. Seperti yg telah sedia maklum kota Bandung mmg dianggap sbg syurga utk kaki shopping dan peniaga2 yg ingin mendapatkan brg2 yg murah. Seperti shima mmg ke sana utk dptkan brg2 utk perniagaan. Shima dah plan utk membeli brg2 tersebut utk dijual di bazar ramadhan spt pakaian, alas meja, sarung bantal, sarung kotak tisu, telekung dsb. Okla..jom la layan gambar2 ni...
 
Pepagi lg dah exercise jln kaki dr hotel ke Pasar Baru
 
Inilah dia Pasar Baru...tpt tumpuan pelancong especially dr Malaysia (Gambar Google)
 
 
Antara kedai yg menjd tumpuan...(Gambar Google)
 
Telekung antara brg yg sgt populat di sana. Sulamannya sgtlah cantik dan halus (Gambar Google)
 
 
Barangan lain yg popular...(Gambar Google)
 
Dah rambang mata cik kiah ni..nak pilih yg mana satu..
  
Kain pun murah2 dan cantik (Gambar Google)
  
Pilih jgn tak pilih....
 
Jom mkn....hari ni tak mkn mie gila lg..hehe. Klu nak pilih kedai mkn kena hati2. Jgn terkena kedai yg tak halal.
 
 
Sehari suntuk kat Pasar Baru..kaki pun sakit. Tambah lg byk brg nak dibawa blk. Sewa 2 beca...anta smpi ke hotel. Punyalah laju dia kayuh..smpi menjerit2 kito org...merempit betul pakcik ni.
 
 Ok...ni la dia aktiviti kita org waktu siang..shopping tak abis2 dr pg smpi ptg. Lps ni nak cite pulak pasal dinner kat The Valley, Dago. Actually tpt ni shima dah pi masa trip pertama dulu. So...ms pi kali kedua ni, mmg shima dah target nak pi jg tpt ni walau ribut taufan melanda...cewah. Shima masih teringat2 menu western foodnya..iaitu Chicken Cordon Blue..yg sgtlah sedap...hingga menjilat jari...Hish! malaslah cite pjg...nak meleleh plk air liur bila teringat menu ni...tengoklah gambar2 di bawah ni...
 
 
Mutu gambar kurang memuaskan...ni je gambar yg dpt diselamatkan...huhu..yg lain sume hilang..huhu.
 
Ni dia Chicken Cordon Bleu...tgk gambar je dah terliur...sesape yg hantu cheese mcm shima kena cuba menu ni..byk cheese dia..smpi meleleh kuar...yummyyyy!
 
 Menu yg hubby order...King Prawn with Roasted Chicken..siap fried rice lg....mmg sedap sgt!
 
Seronok mkn di sini, selain menunya yg tersangat lazat ialah pemandangannya yg sgt indah sbb letaknya di kawasan Tanah tinggi. Jadi sambil menikmati juadah, kita dapat melihat pemandangan bandar2 dari atas bukit tsbt...mmg terujalah tgk lbh2 lg klu pi waktu senja hingga ke mlm. Shima dah amik gambar tp maklumlah pakai hp..jd gambar2tu tak cantik...nmpk gelap je. Nnti shima cari gambar dr pakcik google ye...tpt ni mmg shima highly recommended, especially yg suka mkn western food. Mknn tempatan x perasan la plak...rasanya mesti ada...
 
1st time ke sini, shima dpt duduk kat sini je sbb kat tpt lain sume dah penuh.
 
2nd time pi, barulah dpt duduk kat tepi tebing tinggi tu. Barulah dpt tgk keseluruhan kota bandung waktu mlm..
 
Sape yg tak mau duk luar, bleh je duduk kat dlm pub/lounge ni..sambil dengar lagu yg didendangkan oleh penyanyi di situ..kita org siap nyanyi sama2 lg. Tp ms tu dah x ramai orgla...klu x maunya sume cabut lari....hehe..
 
Ok la...tu je utk kali ni. Part 4, shima nak cite kisah kami ke Gunung Berapi Tengkuban Perahu pulak...bye...


MELANCONG KE BANDUNG (2nd Trip) - Part 2

 
Part 2
 
N3 seterusnya, ialah di Kg. Daun...so..tuan2, puan2, abg, adik...klu ke Bandung, jgn lupa suruh pemandu pelancong atau supirnya ke Kg. Daun..ingat ye! Hah...mmg shima highly recommended. Tpt tu ptg dah boleh pi..tp klu mlm pemandangangannya mmg cantikla..suasana alamnya sungguh mendamaikan dgn bunyi desiran air terjun..lampu2 berkerlipan...eiii best sgt! boleh tgk lah dlm foto yg shima snap..tp tu la kamera hp..x brp cantik..huhu. Selain viewnya yg sgt awesome..mknnnya pun sedap especially tauhunya..lupalah apa namanya..boleh thk pic kat bwh ni..
 
  
Bkn selalu dpt berduaan macam ni...

Depan pintu masuk Kg Daun

Cantik tak keta kuda kat blkg sy...kat sini byk brg2 kraftangan yg unik dan brg2 antik 

Ha...kan dah ckp td..kat sini byk brg2 antic...

Ni dia pondok yg kami pilih....

Kat depan pondok ni ada air terjun tau...best sgt..

Antara laluan yg akan dilalui

Sebahagian air terjun yg ada...

Antara menu yg ditempah...tak ingatlah nama menunya...yg ptg ayam di sini semua guna ayam organic
So jgn terkejut klu tgk ayam yg kita mkn sume kurus2 belaka...xde lemak langsung.

Nampak tak ayam yg digoreng tu..kecik mcm burung puyuh.

Klu ke sini, jgn lupa order tauhu goring ni..lupalah namanya Tauhu Semedang rasanya. Klu salah jgn mare ye...
Blh tengok senarai menunya. Yg bestnya tauhu kat Indonesia sgt sedap..walaupun digoreng mcm tu je.
Tauhunya tidak spt di Malaysia..krn tidak diletak cuka. jd mmg fresh...

Jemput mkn uols.....
 
Antara pemandangan yg terdapat di sini.

Abaikan perutku yg besar tu..maklumlah baru lps pantang bersalin...dah pi honeymoon..ngeee





Menu cik hubby...tp tu la..lupa apa namanya..

Kesimpulannya, jika ke Bandung jgn lupa ke tempat ini...mmg kelassssssssssss gitu! Harganya pun berpatutan..
 
N3 seterusnya, jln2 ke Pasar Baru dan dinner di The Valley, Dago.