Kunjungan shima ke Kelantan kali ini merupakan kunjungan kali ke 3. 1st time pi berdua dgn hubby je...konon2 honeymoonla. Masa tu Imran baru usia 5 bln. Oleh krn risaukan keadaan perjalanan yg jauh, mak shima tak bg bw Imran..so kami pi berdua je la. Kali ke 2 pi setahun slps itu thn 2004. Masa tu Imran dah sethn 5 bln. Ok la, bw Imran ms baru dpt kaki..apalagi penatlah mengejar sbb dia x nak duduk dlm keta sorong. Lps tu, lama dah shima tak jejak ke sana..hinggalah pd thn 2011. Lamakan? Shima pergi berlima, termasuklah bibik Nyami.
Sblm ke sana, shima dah booking awal2 homestay di Pelangi Mall Kota Bharu. Oleh krn kami cuma 5 org je, sewa hanya Rm200. Murahlah tu, utk sebuah apartmen 3 bilik. Kami sewa utk 3 mlm. Kelengkapan dapur semua ada..tp shima taklah masak..mkn kedai je...maklumlah tujuan ke sana mmg nak shopping. Shima ke Kelantan melalui jln pantai timur. Dr rumah bertolak jam 6.30 pg, smpi ke Kota Bharu hampir maghrib. Lewat sampai sbb tersekat dgn kesesakan jln di tgh bandar kota Bharu dan tersesat jg, sbb byk sgt dah berubah. Maklumlah dah 7-8 thn tak ke sana. Oleh krn tersesat jln, tuan rumah homestay kami terpaksa mengiringi perjlnn kami ke Pelangi Mall. Jom layan gambar2 di bawah ni..
Seperti biasa jika ke Kelantan, rasanya tidak lengkap jika tidak berkunjung ke Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor. Brg2 pun murah. Kalau di Rantau Panjang, shima suka beli periuk belanga, toto krn harganya memang murah. Klu di Pengkalan Kubur...shima beli suka beli tudung dan kain.
Selain kedua tempat tersebut, 1 lg tpt yg kini jd tumpuan ia Wakaf Che Yeh...yg terletak di Kota Bharu. Kat sini shima 1st time pi...punyalah seronok smpi 2 mlm berturut2 shima ke sana. Byk brg dan byk pilihan...hrga pun murah jg. Plg best ia buka dr ptg
smpi ke pukul 1-2 pg
Ganbar dr Google..
Pun sama gambar dr Google. Tak sempat nak snap pic, sbb bz bershopping....ngeeee
Sg.Golok...foto diambil dr bilik kami |
Posing..dlm apartment yg disewa.. |
Posing lg..sblm balik.... |
Kesimpulannya..lawatan kami ke negeri Cik Siti Wan Kembang mmg best sbb dpt shopping...namun begitu ada jg kenangan pahitnya iaitu hubby dgn tak sengaja telah terlanggar bonet sebuah kereta seorang guru tika dlm perjlnn pulang dr Rantau Panjang. Dlm keadaan cuaca yg panas lbh kurg pukul 3, keletihan dan ditambah plk dgn jln yg sesak, apabila tiba di traffic light, ntah tiba2 kt hubby dia terlelap. Silapnya dia hanya guna brek kaki shj...erm..bergerak la keta tu ke depan dan....mencium bonet keta org tu..walaupun perlahan namun dah terlanggar kena la settlekan. Walaupun pd awalnya keadaan agak tegang namun akhirnya dapat diselesaikan dgn baik..dan suami byr Rm 300 sbg ganti rugi..Nasib2...huhu...
okeylah...itu je n3 shima kali ni...bye...
No comments:
Post a Comment