CHOCOLATE & MOCHA CHEESECAKE (UNBAKE)



Tu dia....projek menambah kolestrol dlm badan..lupakanlah diet puan2 klu ciskek ni dah depan mata. Buang je la diet tu ke laut atau ke sungai atau mana2 yg patut...hehe..mmg lazat nyummmm...sampai anak2 shima pun sibuk suruh buat lg bila ciskek ni dah abis...Ooooo...tidak!!!! Ok...ciskek ni resepinya dari Kak Nor Secubit Garam. Tp kak nor buat Cappucino, shima ganti dgn Mocha sbb itu je yg ada dlm peti ais...Tp tetap tak menjejaskan rasanya...yummmy..Meh..salin resepinya ya...
 
 
CHOCOLATE & MOCHA CHEESECAKE

resipi : K.Nor@SecubitGaram

(saiz loyang springform 23cm/9in)

 

Bahan:

A:

200gm biskut marie ~ perisa kopi/coklat (shima guuna biskut disgestive)
120gm butter ~ cairkan

 B:

30gm gelatin ~ k.nor guna gelatin halalgel
200ml air panas

C:
 
500gm cream cheese ~ boleh guna philadelphia atau tatura
250gm gula castor
200ml whipping cream
200ml plain yogurt
1 sudu kecil cappucino emulco (shima ganti dgn mocha)
1 sudu kecil chocolate emulco

Cara:

A:

Hancurkan biskut dan gaul dgn butter cair hingga sebati (lebih mudah jika guna food processor).

Masukkan ke dalam loyang yg dah dialas dgn kertas alas/baking - bahagian bawah sahaja (kalau tak mau alas pun tak per) dan ratakan. Tekan2 sedikit supaya padat.
Masukkan ke dalam peti ais supaya ia mengeras (lebih kurang 1/2 jam)
Sementara itu boleh sediakan bahan2 cheese.

B:

Masukkan gelatin kedalam air panas dan kacau hingga sebati.
Biarkan ia mengembang. Ketepikan.

C:

Pukul whipping cream hingga pekat dan kembang (jgn terlebih pukul nanti ia akan mencair balik)
Ketepikan.
Kemudian pukul cream cheese bersama gula castor hingga kembang/smooth.
Masukkan yogurt dan adunan gelatin.
Kacau hingga sebati dan masukkan whipping cream tadi.
Kacau dengan spatula hingga sebati.
Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukkan chocolate emulco dan kacau.
Satu bahagian lagi dimasukkan mocha emulco. Kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan coklat kedalam layang springform tadi dan rata bahagian atasnya.
Masukkan kedalam freezer selama 2 3 minit supaya bahagian atasnya cepat mengeras.
Keluarkan dan tuangkan adunan mocha keatasnya dan ratakan.
Titikan sedikit mocha emulco keatasnya dan buatlah corak marble.
Masukkan kembali kedalam peti ais (bukan bahagian freezer ya) dan biarkan ia selama 3 - 4 jam.

Kemudian bolehlah dihidangkan.



KEK BLUEBERRY TIRAMISU


Dah lama teringin nak mkn tiramisu...tp angin M yg melanda menyebabkan projek utk membuat tiramisu selalu tergendala. Tp bila terpandangkan expired date biskut lady fingers tinggal sebulan je lg..terus shima menyinsing lengan utk menyediakan juadah yg lazat ni. Bkn susah sgt pon menyediakan tiramisu ni...hehe..malas yg lebih. kebetulan bluberi filling pun masih berbaki lg..shima letak skali dlm tiramisu tu...emmmm...yummy.. Jom salin resepinya..shima dapatkan resepi dr dpd blog Kak Nor Secubit Garam.



 
 
Blueberry Tiramisu
by: Rabiatun
Sumber : Kak Nor Secubit Garam
 
Bahan untuk syrup: (dapat 4 cup spt di atas)
150 g blueberry filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional
 
Bahan2 lain:
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ sifted
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry segar ~ ni Tun tak letak sbb takde stok.
 
Cara:
 
1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
 
2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
 
3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
 
4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
 
5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun.
 

BUBUR SUP



Ok...sape yg suka mkn bubur...jom salin resepi ni...mmg sedap sgt. Anak2 asyik mengulang mkn. Tp mkn bubur ni mmg cepat lapar..so, sape anak ramai boleh buat lebih sikit. Tp bg keluarga shima yg anak 4 org ni..mmg agak banyak, smpi shima terpaksa bg jiran sebelah..hehe. Siap mkn tengahari menyambung ke mlm lg. Nak resepi? Jom layan...
 



BUBUR SUP
Sumber : Kak Yatie (Sinar Kehidupan)
 
Bahan:
2 cawan beras ~ dibasuh dan rendam 10 minit dan toskan

daging/isi ayam ~ dipotong kecil

5 biji bawang merah ~ dihiris halus

3 ulas bawang putih ~ dihiris halus

2 in halia ~ diketuk/dihiris pjg (btg mancis)

3 sudu besar rempah sup (serbuk)

1 - 1 1/2 sudu besar serbuk lada hitam yg ditumbuk

1 rempah sup bunjut

1 batang celery ~ dipotong kiub

2 - 3 bj ubi kentang ~ dipotong kiub

1 kiub pati ayam/daging

2 1/2 liter air

garam

minyak

Bahan Penumis:


1 btg kayu manis

5 kuntum bunga cengkih

3 bj buah pelaga

1 kuntum bunga lawang

Bahan tabur:


bawang goreng

daun saderi ~ dihiris

Cara:


Panaskan minyak dalam periuk rice cooker dan tumis bahan penumis hingga wangi.

Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Goreng hingga kekuningan.

Masukkan rempah sup yg dibancuhkan dgn sedikit air dan serbuk lada hitam.

Biarkan hingga wangi dan masukkan potongan daging/ayam.

Kacau dan biarkan daging mesra dgn rempah, kemudian masukkan 1 cawan air.

Masak hingga daging 1/2 empuk dan masukkan lebihan air dan rempah sup bunjut.

Masak hingga air mendidih dan masukkan beras, celery dan ubi kentang.

Masukkan juga kiub pati ayam/daging, garam dan sedikit gula jika suka.

Alihkan periuk ke rice cooker dan masak hingga bubur masak.

Hidangkan dalam mangkuk dan tabur bawang goreng dan hirisan daun saderi.

*tambahkan air panas jika bubur agak pekat

** lebihkan serbuk lada hitam jika nak bubur lebih pedas




BLENDED ORANGE MUFFIN

 
 
Shima pun dah tak ingat berapa kali shima buat muffin ni, sbb terlalu mudah utk disediakan. Lebih2 lg klu limau ada dlm peti ais, mesti shima akan buat muffin ni..sbb Seri mmg suka mkn...Actually resepi asal ialah kek, tp shima buat dlm cup, dan teksturnya yg seakan2 muffin dan proses membuatnya mudah iaitu campuran bhn basah dan kering menyebabkan shima anggap ianya spt muffin. Oklah, jom..kita tgk resepinya..
 
BLENDED ORANGE MUFFIN
by: kak Fida
sumber : Kak Ita Masam Manis

Bahan-bahan:


1 bji buah limau
1 cawan minyak
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
Pewarna kuning

Cara-cara

Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di
tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.
Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan
 kisar hingga halus
.Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan
 campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
Tuangkan adunan ke dalam acuan cup cake.

Bakar pd suhu 170C selama 15-20 min atau hingga masa




CUPCAKE STRAWBERI



Tu dia..dah keluar pun. Kalau nak tau cupcake ni dah jd baja pun...klu baja tu guna utk suburkan pokok..dah tumbuh pun pokok yg baru..kwang3x. Alkisahnya, cupcake ni shima buat sempena birthday imran bln Disember lps...hoho..dah 4 bln dah. Tak kisahlah kan..janji gambar x hilang. Shima buat cupcake ni utk disedekahkan pd rakan2 sama2 ngaji dgn dia. Ok.tak mau cite panjang..trylah cupcake ni, mmg sedap dan gebu..sbb resepinya shima dpt drp suratkhabar Harian Metro sumbangan chef yg menyumbangkan resepi utk minyak jagung Daisy.

KEK CAWAN STRAWBERI
Sumber: Harian Metro (Minyak Jagung Daisy)
 
Bahan:
A
4 biji telur
1sdb pemantap kek(Ovalette/Q75)
100 gm gula pasir
5 sdb air
 
B
120gm tepung gandum
60gm tepung jagung
11/2 sdb baking powder
(semua bhn B diayak)
 
C
120gm minyak jagung Daisy
1sdb strawberi emulco
 
Cara membuat:
 
1. Putar telur dgn pemantap kek dgn mesin selama 3 minit.
2.Masukkan gula pasir sedikit demi sedikit, putar selama 5 min dgn kelajuan sederhana.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil memutar dgn kelajuan tinggi selama 1 min.
4. Kemudian, masukkan bhn B ke dlm adunan telur td. Putar dgn kelajuan yg perlahan hingga sebati.
5. Masukkan minyak jagung daisy dan sebatikan.
6. Selepas itu masukkan strawberi emulco dan kacau sebati.
7. Tuang adunan ke dlm paper cup hingga penuh.
8. Bakar adunan  selama 15 min pd suhu 175'C di dlm ketuhar yg dipanaskan terlebih dulu.
 



Nasi Minyak Simple


Salam....1 Malaysia,
 
Dah fikir nak masak apa? Apa kata puan2 cuba menu yg simple ni. Walaupun simple tp nasinya mmg sedap. Bg yg suka nasi yg kurang rasa rempah ratusnya, shima rekomenkan yg ni...anak2 shima pun suka mkn. Bg lauknya pula, shima sediakan yg simple je Ayam Masak Madu dgn Acar Timun Nanas atau di sini org panggil pencuk. Kalau puan2 suka Dalca bolehla tambah sbg pelengkap, tp Shima malas nak buat sbb anak2 tak suka mkn...hehe..(dlm hati..bagus2, klu x pening maknya nak masak lagi) Oklah jom kita tgk bhnnya2...

Nasi Minyak Simple
 
Sumber : Majalah Saji
 
 
Bahan2:
 
1.5 kg beras basmathi (shima pakai beras siam wangi je)
600 ml minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
10 biji buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
3 helai daun pandan
1/2 tin susu cair
1/2 sudu garam
1/2 sudu serbuk jintan
70 gm kismis (x letak sbb xde stok)
80 gm bwg goreng
Pewarna kuning (optional)
 
Bahan hiris:
 
6 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
5 cm halia
 
Cara menyediakan:
 
1. Bersihkan beras dan toskan airnya. Tumiskan bahan hiris dgn kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, lawang hingga wangi.
2. Kemudian masukkan tadi ke dalam beras, tambahkan susu dan garam.
3. Masukkan daun pandan dan air, pewarna, tanak hingga nasi masak.
4. Taburkan bawang goreng dan kismis. Hidangkan.
 
#Sukatan air, bergantung pd jenis beras yg kita gunakan. Kalau guna beras basmathi sukatan air hendaklah sama byk dgn beras.
 

BROWNIES MILO



Bila dan rasa keenakkan brownies, shima jd ketagih pulak nak cuba pelbagai jenis brownies. Yg ni salah satunya. Walaupun teksturnya agak keras berbanding chewy gooey brownies, namun rasanya tetap enak....Nampak tak taburan chocolate chip dlm brownies tu...lg2 klu dimkn ketika panas..alahai..meleleh u..terasa choc. chip yg cair dimulut. Shima dapatkan resepi ni setelah berjln2 ke blog Home Kreation...kepunyaan Along...Tq lah Along krn mewara2kan kesedapan brownies ni...Jom kita layan resepinya...
 
 
BROWNIES MILO
By: AlongRoz@HomeKreation
Adapted from Ovaltine Brownies from here
Alih bahasa oleh HomeKreation
Saiz: 8" persegi
BAHAN2:

125g Coklat Gelap - cincang
157g Mentega tanpa garam - lembutkan
131g Gula Perang
2 bj Telur
125g Tepung Gandum
1/8 st Baking Powder
2½ sb Serbuk Koko
75g Milo
78g Coklat Cip


CARA2:

1. Panaskan oven 180°C.
Lapik tin dgn kertas aluminium - biarkan terlebih panjang dari tin 1".
2. Cairkan coklat & mentega dgn kaedah double boil sehingga licin.
Sejukkan beberapa minit.
Masukkan gula & telur & kacau sebati.
Ayak tepung, baking powder & koko ke dlm adunan coklat.
Masukkan Milo & kacau sehingga sebati.
Masukkan coklat cip.
3. Tuang adunan ke dlm tin & bakar selama 30min - jgn terlebih masak.
4. Sejukkan sebelum keluarkan dari tin dgn mengangkat lebihan kertas alumunium