CUPCAKE STRAWBERI



Tu dia..dah keluar pun. Kalau nak tau cupcake ni dah jd baja pun...klu baja tu guna utk suburkan pokok..dah tumbuh pun pokok yg baru..kwang3x. Alkisahnya, cupcake ni shima buat sempena birthday imran bln Disember lps...hoho..dah 4 bln dah. Tak kisahlah kan..janji gambar x hilang. Shima buat cupcake ni utk disedekahkan pd rakan2 sama2 ngaji dgn dia. Ok.tak mau cite panjang..trylah cupcake ni, mmg sedap dan gebu..sbb resepinya shima dpt drp suratkhabar Harian Metro sumbangan chef yg menyumbangkan resepi utk minyak jagung Daisy.

KEK CAWAN STRAWBERI
Sumber: Harian Metro (Minyak Jagung Daisy)
 
Bahan:
A
4 biji telur
1sdb pemantap kek(Ovalette/Q75)
100 gm gula pasir
5 sdb air
 
B
120gm tepung gandum
60gm tepung jagung
11/2 sdb baking powder
(semua bhn B diayak)
 
C
120gm minyak jagung Daisy
1sdb strawberi emulco
 
Cara membuat:
 
1. Putar telur dgn pemantap kek dgn mesin selama 3 minit.
2.Masukkan gula pasir sedikit demi sedikit, putar selama 5 min dgn kelajuan sederhana.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil memutar dgn kelajuan tinggi selama 1 min.
4. Kemudian, masukkan bhn B ke dlm adunan telur td. Putar dgn kelajuan yg perlahan hingga sebati.
5. Masukkan minyak jagung daisy dan sebatikan.
6. Selepas itu masukkan strawberi emulco dan kacau sebati.
7. Tuang adunan ke dlm paper cup hingga penuh.
8. Bakar adunan  selama 15 min pd suhu 175'C di dlm ketuhar yg dipanaskan terlebih dulu.
 



No comments:

Post a Comment