Bila dan rasa keenakkan brownies, shima jd ketagih pulak nak cuba pelbagai jenis brownies. Yg ni salah satunya. Walaupun teksturnya agak keras berbanding chewy gooey brownies, namun rasanya tetap enak....Nampak tak taburan chocolate chip dlm brownies tu...lg2 klu dimkn ketika panas..alahai..meleleh u..terasa choc. chip yg cair dimulut. Shima dapatkan resepi ni setelah berjln2 ke blog Home Kreation...kepunyaan Along...Tq lah Along krn mewara2kan kesedapan brownies ni...Jom kita layan resepinya...
BROWNIES MILO
By: AlongRoz@HomeKreation
Adapted from Ovaltine Brownies from here
Alih bahasa oleh HomeKreation
Saiz: 8" persegi
Adapted from Ovaltine Brownies from here
Alih bahasa oleh HomeKreation
Saiz: 8" persegi
BAHAN2:
125g Coklat Gelap - cincang
157g Mentega tanpa garam - lembutkan
131g Gula Perang
2 bj Telur
125g Tepung Gandum
1/8 st Baking Powder
2½ sb Serbuk Koko
75g Milo
78g Coklat Cip
CARA2:
1. Panaskan oven 180°C.
Lapik tin dgn kertas aluminium - biarkan terlebih panjang dari tin 1".
2. Cairkan coklat & mentega dgn kaedah double boil sehingga licin.
Sejukkan beberapa minit.
Masukkan gula & telur & kacau sebati.
Ayak tepung, baking powder & koko ke dlm adunan coklat.
Masukkan Milo & kacau sehingga sebati.
Masukkan coklat cip.
3. Tuang adunan ke dlm tin & bakar selama 30min - jgn terlebih masak.
4. Sejukkan sebelum keluarkan dari tin dgn mengangkat lebihan kertas alumunium
No comments:
Post a Comment