Asalamualaikum...
Agak lama shima x mengupdate blog...keje betimbun2 nak disiapkan disamping keje2 rumh yg tak pernah selesai...Kek ni dah 4 bln lalu shima sediakan...hahaha..punyalah lamakan...hehe. Yg penting gambar x hilang..ye tak? Nak cite pasal kek ni pun dah lupa pulak rasanya..tp seingat shima kek ni sedap sangat..sbb teksturnya yg sgt moist. Actually resepi asal ialah Lemon Yogurt Cake...tp oleh sbb lemon xde, shima gantikan dgn orange...okeylah..jom kita tgk resepinya.
ORANGE YOGURT CAKE
Resepi : Food Network
Sumber : Ummi@Home Sweet Home
Terjemahan dan ubah: Izahdaut
Bahannya
1 1/2 cwn tepung serbaguna * guna tpg gandum
2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon garam
1 cwn plain yogurt
1 cwn gula * kurangkan sikit
3 biji telur A * saya guna 3 1/2 biji M size
2 teaspoons parutan lemon *saya guna orange
1/2 teaspoon pure vanilla extract
1/2 cwn minyak sayur *saya ganti mentega cair
1 sudu besar orange sunquick *saya tambah
1/3 cwn jus lemon diperah * saya guna perahan oren
1/3 cwn gula
For the glaze:
1 cwn gula
2 sudu besar lemon perah
cara:
1. Pnaskan ketuhar ke 180 C dan griskan loyang dan alas dengan baking
sheet.
2. Ayakkan bersama tepung, baking powder dan garam ke dalam mangkuk.
3. Dalam mangkuk yg lain satukan yogurt, 1 cwn gula, telur, parutan
orange dan vanilla. Kacau sebati kesemua bahan.
4. Perlahan2 masukkan bahan kering ke dalam adunan basah tadi. * yang ni
saya tukar cara. Saya masukkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau
sehingga bahan2 sebati.
5. Dengan menggunakan spatula getah, kacau perlahan2 minyak ke dalam
adunan tadi. Pastikan semuanya sebati.
6. Bakar adunan selama 50 minit.
7. Sementara itu, masak 1/3 jus orange bersama 1/3 cwn gula sehingga gula
hancur. Ketepikan.
8. Apabila kek sudah masak, biarkan kek selama 10 minit dulu. Kemudian
perlahan2 letakkan kek di atas baking rak.
9. Sementara kek suam, tuang adunan orange dan gula tadi ke atas kek dan
biar ianya meresap ke dalam kek. Sejukkan dan kek sedia dihidang.
No comments:
Post a Comment