Kentang Goreng Kicap

Rasa hari ni macam takde mood nak masukkan n3, bukan apa rasa letih dan mengantuk semacam. Mana taknya, malam tadi tido kul 2 lebih...tak taulah malam tadi baby ni meragam pulak. Serba tak kena dibuatnya..dahle cik abe tak balik2 lagi, lepas tu bibik pulak dah pengsan sejak maghrib tadi (migrain). Pujuk punya pujuk akhirnya tertido juga..lps disumbatkan puting  ke mulutnya. Actually, Shika tak suka anak hisap puting. Anak2 yg sebelum ni pun Shika tak bagi puting..ntah sape hari tu bg present puting, tiba2 dia nak plak..tapi Shima tak nak biasakan..nanti melekat..susah plak.

Untuk lunch tengahari ni Shima masak yg paling simple dan menjadi kesukaan anak2. Kentang Goreng Kicap dan Ayam Merah Gula Melaka. Jom tengok resepinya...


Kentang Goreng Kicap

Bahan2:
4 biji kentang saiz sederhana (dipotong baji dan digoreng)
Segenggam ikan bilis (digoreng)
2 genggam kacang tanah (digoreng)
Suhun (direndam)
1 biji bawang besar (potong bulat)
2 biji bawang putih (dicincang)
3 biji cili padi (dihiris)
3 sudu kicap manis

Cara membuatnya:

Tumis bawang putih dan cili padi, masukkan bahan2 yg telah digoreng iaitu kentang, ikan bilis dan kacang tanah. Masukkan bawang besar. Akhir sekali masukkan kicap dan suhun. Gaul rata dan bolehlah dihidangkan. Sedap dimakan panas bersama nasi.
Jika mahu lebih hitam, tambahkan kicap.
* Hidangan saya kali ini saya tak masukkan kacang tanah dan suhun, sbb dah kehabisan stok.



No comments:

Post a Comment