Puding Roti Bakar

Hai..hai..assalamualaikum..sihat ke? Shika pg td mcm tak brp sihat, ada fening2 lalatlah..maklumlah skrg cuaca panas yg amat..tp skrg dah ok..lps minum Monavie 1 skup setengah jam je hilang semua sakit. Breakfast dan lunch td dapur tak berasap...cik abe suruh rest je. Jadi dptlah Shika sekodeng dapur blogger2 dan menyenaraikan menu2 yg akan disediakan pd bulan ramadhan nnti..hehe. Banyak tuh..30 hari punya menu. Klu ikut dlm list ni...penuh gak 1 troley utk stok bhn memasak je..okla tu. Nak pi bazar jauh..masak sendiri lg sedap..bleh sedekah kat jiran2 sebelah..

Intai punya intai, sekodeng punya sekodeng, terbekenan pulak dgn Resepi Puding Roti Bakar dr blog Teratak Impian. Sebelum ni Shika pernah jg wat puding style bakar ni resepi dr majalah Harmoni..tp lps tu ntah kat mana hilang majalah tu. Nak cari pun dah malas. Kalau puding roti kukus atau agar2 roti tu dah biasa buat. Okeylah, dipendekkan cerita, bhn2 pun ada..maka Shika pun merajinkan diri menyiapkan  puding roti ni..tp Shika pakai loyang biasa je..tu yg segan nak tunjuk. Org lain pakai kaserol, corning ware..dan mcm2 lagi..huhu. Takpelah, janji puding tu sedap di makan, anak Shika no 2..punyalah syok mkn..tak hingat2 nak tinggalkan utk ayah dia. Jom..salin resepinya..

PUDING ROTI BAKAR
Sumber : Teratak Impian

Bahan2nya:

6 keping roti 
1 sudu besar butter
1/2 cup brown sugar
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 tin susu cair
1/2 cup kismis/mixfruit/chocolate chip

Cara-cara:
panaskan oven slma 10 minit....
potong roti menjadi kiub2 kecil.
dalam mangkuk lain...masukkan gula + butter kacau sampai sebati pakai whisk..
selepas dh sebati masukkan telur n kacau smpai sebati juga..
masukkan tepung gandum +esen vanilla n then kacau smpai sebati..
masukkan susu cair sedikit demi sedikit sehingga habis 1 tin...
masukkan roti yg dipotong td dalam adunan...kacau sampai semua roti disaluti adunan td...
biar roti dlm adunan slma 5 minit..
griskan loyang dgn butter then tuang adunan td kedalam loyang dan taburkan raisins/mixfruits/chocolate chip atas adunan..
bakar pada suhu 180 degree selama 45 minit...


.

No comments:

Post a Comment