Assalamualaikum..salam 1 Malaysia...moga semua sihat2 belaka. Smlm Shika tak masukan n3, sbb keletihan yg teramat. Dr pg, kuar umah smpi hampir magrib baru blk...temankan hubby...jmpa prospek. Okeylah utk hari ni, Shika nak cite pasal anak Shika yg bernama Seri Qaisara. hari ni Shika dikejutkan dgn tangisan luar biasa Seri..ingatkan dia jatuh sikit, rupanya bila tengok, darah x berhenti2 kuar dr blk kepalanya. bila tgk betul2 rupa2nya luka/koyak sepanjang 1.5 cm. Ya Allah, Shika tgk darah je td mcm nak pitam. Jd dgn tak sempat tukar baju..Shika dgn hubby terus bw gi klinik..Mcm dah dijangka..kena jahit 1 jarum. Aduhai..mcm nak luruh jantung dgr dia menjerit kesakitan masa kena jahit..last2 Shika kuar dr bilik..hubby yg tgu smpi habis jahit...sedihnya..huhu..Moga2 Seri cepat sembuh ye sayang....
Ptg tadi..lps..semuanya dah ok..Shika sempat juga membuat kek..Kek Chiffon Oren. Shika klu kek Chiffon mmg suka mkn..especially Chiffon Pandan...sedapnya. Kek Chiffon ni penuh dgn rasa oren..tak payah letak esen oren pun...Shika takde loyang Angle Food size 10, jd guna loyang bulat biasa je..Ok, kita salin resepinya ye...
KEK CHIFFON OREN
SUMBER : MAT GEBU (DTS)
BAHAN A :-)
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
6 kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren
1/4 cawan minyak jagung/sayur
BAHAN B :-)
6 putih telur gred A
3/4 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar
CARA MEMBUATNYA :-)
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
6 kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren
1/4 cawan minyak jagung/sayur
BAHAN B :-)
6 putih telur gred A
3/4 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
- Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
- Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
- Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...
No comments:
Post a Comment