Marble Chocolate Cheesecake

Assalamualaikum...
Memandangkan hari ni, ada rakan yang nak datang ke rumah nak tengok baby, maka Shima kenalah rajinkan diri ke dapur untuk menyediakan sesuatu. Selongkar punya selongkar dalam peti ais, terjumpa 1 buku creamcheese dan sebuku butter. Serbuk koko pun banyak lagi..Shika pun malas nak pikir panjang terus panggil bibik siapkan bahan2nya utk wat kek yg sedap ni. Kek ni merupakan antara kek kegemaran family Shima, selain Oreo Cheesecake, Biskut Batik Marrie, Kek Chiffon Pandan dan kini Kek Alunan Kasih. Okeylah..memandangkan kawan2 Shima datang masa kek ni baru keluar dari oven, maka dengan tak sabarnya mereka nak rasa kek ni sbb tak tahan dengan baunya yang semerbak. Potong punya potong, terlupa plak Shima nak snap gambar...ini je yang dapat diselamatkan..huhu...Pernah tak cuba resepi ni? Kena try memang sodappp..Paduan rasa coklat dengan lemak2 masam cheese ni, memang sesuai sangat..sbb kita tak rasa muak..walaupun makan banyak...wow! bertambah2 kolestrol dlm badan ku...tak hengat2 tgh dalam pantang lagi ni...Okeylah shima pastekan resepinya di sini. Shima amik resepi ni dari Blog Bro. Rozzan yg pakar dgn pelbagai versi kek lapis..


MARBLE CHOCOLATE CHEESECAKE
Sumber: Bro Rozzan

Bahan A
180 gram mentega
20 gram serbuk koko, diayak
170 gram gula kaster
3 biji telur
120 gram tepung naik sendiri, diayak
1 sudu teh baking powder, diayak

Bahan B
250 gram krim keju
60 gram gula kaster
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur

Cara-caranya
Pukul butter and gula. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata. Adunan dibahagikan kpd 2 bahagian.
Di sebuah bekas yang lain, pukul kesemua bahan bahan B hingga kembang.
Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 7" dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan
bahan B. Ratakan permukaan loyang. Tuangkan baki adunan A.
Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins. Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang. Selamat mencuba.

Mama's Note: I add in 1 tbsp of fresh milk to Bahan A


Hah! itulah rupa keknya. Shika ni memang fail bab snap pic ni...memang tak berseni langsung. Klu tengok blogger2 masakan yg lain mcm CMG dan Azlita Masam Manis dengan Shika...ish..mcm bumi dengan langit..punyalah kreatif..nampak berselera je menu2 yg dipaparkan. Shika ni sempoi je orangnya..tu yang main hentam je..hehe janji ada..

No comments:

Post a Comment