Sabun Al-Ghar iaitu Dua kombinasi hebat yang terhasil dari minyak zaitun dan Minyak Al-Ghar . Sabun Organik ini telah dihasilkan berkurun lamanya di Timur Tengah dan masih digunakan dalam Hammams (bathhouses tradisional) hingga ke hari ini.
Sabun Minyak Zaitun dan Sabun Minyak Al-Ghar daripada Syria ini telah diiktiraf menjadi sabun yang pertama diperkenalkan ke Eropah melalui jalur perdagangan. Sabun minyak zaitun dan Sabun Minyak Al-Ghar ini telah bertahan berkurun lamanya tanpa perubahan tekstur fizikal dan tiada campuran bahan kimia serta masih dihasilkan dengan cara kaedah tradisional. Pembuatan sabun tanpa pengawet ini membuatkan kulit anda jauh daripada bahan kimia yang merbahaya.
Harga : Lamara (RM30) Lazakiya (RM35) |
Selepas beberapa minggu menggunakan sabun ini, kulit anda akan terasa lebih lembut , lembap dan anjal. Sabun ini juga telah terbukti keberkesannya menyembuhkan penyakit ekzema dan psoriasis serta membantu untuk meringankan kegatalan pada kulit. Ia juga sangat sesuai digunakan pada bayi dan kanak-kanak. Pernahkah kita terfikir yang sabun mandi kita gunakan setiap hari itu mengandungi bahan kimia yang merbahaya kepada kesihatan? Atau adakah bahan lemak yang digunakan dalam pembuatan sabun itu diperbuat dari lemak tumbuhan atau binatang
Untuk pengetahuan semua, sabun-sabun yang dijual di pasaran adalah dibuat di kilang-kilang yang memproses sabun dalam kuantiti yang banyak. Salah satu bahan asas pembuatan sabun adalah lemak yang akan dicampur dengan air alkali ( Sodium hidroksida ). Tindak balas dua bahan ini akan menghasilkan sabun yang juga mengandungi Glycerin. Memandangkan Glycerin mempunyai harga pasaran yang tinggi, pengusaha kilang-kilang besar ini akan mengeluarkan Glycerin yang terbentuk semasa pembuatan sabun ini dan menjualnya kepada pengusaha-pengusaha lain atau digunakan untuk pembuatan produk-produk lain. Campuran bahan kimia yang murah seperti Sodium lauryl sulfate dicampurkan bagi menghasilkan sabun yang banyak buihnya tetapi mengeringkan dan merbahaya kepada kesihatan, begitu juga dengan lemak yang digunakan. Tentu kita boleh meneka lemak manakah yang murah harganya? Tentulah lemak binatang sebab lemak-lemak ini boleh diambil dari bangkai-bangkai binatang atau produk-produk binatang yang telah luput tarikhnya. Sabun Al-Ghar ini amat sesuai untuk kegunaan seisi keluarga, tiada kesan sampingan dan selamat digunakan untuk semua jenis kulit.
Fadhilat Sabun Al-Ghar :- ( 24 Dalam 1 )
Untuk Kulit dan badan
- Menghilangkan jerawat biasa dan yang bernanah
- Mengatasi masalah kulit kering dan kulit sensitif
- Membantu menganjal, menegang, menghalus, melembut dan melambatkan proses penuaan
- Anti Bakteria dan Anti-fungal (kulat)
- Menghilangkan rekahan selepas bersalin
- Membantu kulit melawan kesan radikal bebas
- Melambatkan proses penghapusan kolagen asli dalam lapisan kulit
- Membantu pertumbuhan sel kulit
- Melegakan pening dan sakit kepala
- Melancar peredaran darah apabila sabun digosok dan diurut pada anggota badan
- Menghilangkan bau badan dan dapat menggantikan deodorant
- Merawat tumit merekah dan mengecutkan bisul.
- Mengubati penyakit kulit seperti ekzema, psoriasis, kurap, gatal-gatal celah kelengkang, ruam, kulat air, kudis dan sebagainya lagi.
- Menyembuhkan luka-luka ringan di badan dan kulit kepala.
- Mengubati Demam Campak dan demam panas
- Sesuai digunakan ketika bercukur.
- Menanggalkan kutil2 dan isi lebih di muka dan badan.
- Mengurangkan noda-noda hitam dan sel mati pada keliling leher, celah ketiak dan bikini line.
- Sangat sesuai digunakan untuk bayi, kanak-kanak,ibu lepas bersalin dan warga emas.
No comments:
Post a Comment