KEK MARBLE PISANG COKLAT


Erm...sedap, lembut dan lembab je kek pisang ni...ditambah lg dgn rasa coklat, mmg kena sgt kat tekak shima ni. Cuma, kalau guna pisang emas, pisang berangan ke..mesti lg sedap. Shima guna pisang kapas...sedap jg cuma kurang manis. Okeylah, tak sempat nak cite panjang, byk keje dapur menunggu..
 
 
KEK MARBLE PISANG COKLAT
Sumber : Hana's Family
Bahan-bahan
  • 150g pisang emas - dilecek - hana lebihkan 40g utk lebih rasa pisang
  • 180g tpg gandum- hana campur ngan tpg mixpancake (tpg gandum 90g, tpg mixpancake 100g)
  • 180g gula halus - hana kurangkan 150g je
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam
  • 2 sudu besar susu segar- yg nih hana tambah
  • 1sk coklat emulco@ 2 sudu besar serbuk koko bancuh dengan 1sb air panas > bancuh jadikan pes
Cara-cara
  • Campur semua bahan di atas kecuali coklat dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih gebu.
  • Bahagikan kepada dua bahagian. satu bahagian campurkan pes koko@coklat emulco. Kemudian marblekan ikut suka ke dalam loyang yang telah digirs dengan minyak.
  • Bakar 170-180 darjah selama 40 - 50 minit
  • Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.


No comments:

Post a Comment