OREO CHEESE CAKE


Assalamualaikum...
 
Kita sambung lg dgn n3 yg dah terbengkalai lama 4 bln lps...iaitu Oreo Cheese Cake. Erm...dah jadi baja pun...hehe. Anyway, shima nak share jg resepi yg shima rasa sgtlah mabeles ni. Sblm ni shima kerap wat chilled oreo cheese cake, tp kali ni shima nak buat yg bake plk atas permintaan Imran...Ok jom kwn2 kita tgk resepinya...zasssssssssssss....
 

OREO CHEESECAKE
Resepi Asal: Jthorge
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

 Bahan:-
30 keping oreo cookies (buang cream tengahnya) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan. (aku cairkan guna mikrowave selama 10 saat)

Bahan Filling:-
16 oz (2 cawan) (500 gm) cream cheese
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream - aku ganti dgn yogurt asli
2 biji telor - buang tali pusatnya
1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara Menyediakan:-
Base :-
gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:-
~ Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
~ Masukkan sour cream dan pukul sebati.
~ Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
~ Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
~ Bakar secara "steam bake" dgn auhu 170 celsius (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak.
~ Tutup permukaan ciskek dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan terlebih kuning.. letak pd rak bawah sekali dlm oven..
~ Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam


BLUEBERRY CHEESE CAKE (UNBAKE)



Yummy!!! itu yg boleh shima katakan...dah x ingat brp kali wat..sedap sgt. Yg order lain, yg buat sendiri lain. Tp itulah...bila mkn ciskek ni aduhai..bkn cukup 1 slice...mesti nak ulang dan ulang...huhu..tu yg payah..mmg bertimbun2 la lemak dlm badan nih...Ok sape suka ciskek...jom salin resepinya....
 

Blueberry Cheese Cake (Unbake)
Sumber : Aku. Zack
 
Base:
100g biskut Oreo, kisar hancur
45g butter, dicairkan
***Gaul biskut Oreo dengan butter, tekan pada dasar loyang yang telah diletakkan baking paper dahulu. Simpan dalam peti sejuk.

Adunan yoghurt cheese:
(Shima buat double)
 125g cream cheese, suhu bilik
137g @ 1 bekas yoghurt perisa blueberry
30g gula kastor
80g blueberry filling - boleh guna ada biji buah blueberry
125g whipping cream, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak)
1/2sb + 1/2st gelatin Halagel
2sb air hangat

Cara:
1. Pukul cream cheese, gula kastor dan blueberry filling hingga sebati.
2. Masukkan yoghurt, gaul rata.
3. Masukkan gelatin ke dalam bekas berisi air hangat. Biarkan 5 minit hingga kembang, cairkan secara double-boiler atau guna microwave-oven (on HIGH 3saat. kacau rata). Biarkan hingga ia suam, kemudian baru masukkan ke dalam adunan yoghurt cheese. Gaul rata.
4. Perlahan-lahan kaup balikkan whipping cream ke dalam adunan. (NOTE: Pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk untuk elakkan adunan terus pekat bila ia bergaul dengan adunan bergelatin tadi.) Kaup balik rata-rata, tuangkan ke dalam loyang berisi base.
5. Sejukkan dalam peti sejuk paling kurang 4 jam atau lebih.
6. Menggunakan hair dryer, lalukan muncungnya pada keliling loyang 2-3 kali. Guna suhu paling perlahan. Keluarkan cheesecake dan alihkan ke atas cakeboard menggunakan spatula besar.
7. Hiaskan atasnya dengan blueberry filling dan sedia dipotong.

KEK LUMUT (VERSI BAKAR)

 
 
 
Assalamualaikum...
 
Pernah mkn kek lumut? Sape yg pernah mkn mesti teringat2 akan kesedapan kek ni...Shima pernah buat kek ni sblm ni dr versi kukus..mmg terbaikla...sedap sgt. Tp kali ni shima try versi bakar plk...mmg walla....sedapnya, sume cukupla..lemak manis mmg tak jemu2 mengulang dan mengulang lg...mmg abislah dietku jatuh ke laut. Hah..tgu apa lg...nak kukus pun bleh, nak bakar pun bleh...sama sedap dan enak...Maaflah x ingat resepi siapa, harap2 tuan punya resepi halalkan resepinya sy siarkan di sini)
 

KEK LUMUT (VERSI BAKAR)
Bahan-bahan:


 10 biji telur gred A
500 gm butter - sy guna butter tatura
1 tin susu pkt manis
250gm gula halus
1 tin jem aprikot-sy guna jem nenas dlm 1 bks mcm jem kaya
150gm susu tpg
150gm tpg gandum
160gm horlick
1 sdk esen vanilla
pewarna hijau- sy guna pewarna hijau cap kopoe2

 Cara2 -pukul telur dan gula hingga kembang
-kemudian mskkan butter,susu pkt manis dan jem..pukul lg..
-slps itu mskkan tpg gandum,tpg susu,horlick dan esen vanilla.pukul lg smpi sebati.
-masukkan pewarna hijau dan kacau.
-kukus selama 4 jam..klu setgh adunan kukus 2 jam setgh..klu bkr guna suhu 190'c selama 40 minit-sy bkr 1 jam 15 minit..b'gntung pd suhu oven msg2
  


SOTONG GORENG TEPUNG YG SEDAP, CRISPY DAN TAK MELETUP



Jom, try resepi sotong goreng tepung...mmg sedap dan shima sgt puas hati dgn kejadiannya. Dulu buat, selalu tak jadi..kdg2 meletupla, tepung tak melekat la...tension je, mcm nak terbalikkan je pinggan tu...hehe..marah sgtlah tu. Tp skrg dah x jd masalah lps terjumpa resepi ni...mmg sedap, smpi skrg ni klu beli sotong, anak2 suruh masak sotong goreng tepung ni. Ok...jom tgu apa lg...mesti cuba tau..

Sotong Goreng Tepung Rangup

Sumber : NasRina Honey
Sumber 2 : Srikandi Tanah Jauhar

Bahan-bahan :

4 ekor sotong (saiz sederhana besar)
1 cawan kecil tepung gandum
1/2 cawan kecil tepung jagung
3 sudu besar tepung beras
Garam secukup rasa (untuk gaul dengan sotong dan dalam tepung)
Serbuk lada putih secukupnya (SK tambah)
Serbuk lada hitam secukupnya (SK tambah)
Serbuk kunyit secukupnya (SK tambah)
Sebiji telur dipukul sedikit
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :

1. Siang sotong dan hiris kasar (toskan betul-betul), gaul dengan sedikit garam
2. Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.
3. Ambil secukupnya campuran tepung campurkan dengan telur yang dipukul.
4. Panaskan minyak.
5. Gaulkan sotong dengan campuran tepung dan telur.
6. Ambil sekeping-sekeping hirisan sotong dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur.
7. Goreng dalam minyak yang sudah panas dengan api yang sederhana.
8. Rujuk tips di bawah...

Tips :
1. Jangan masukkan sotong dalam jumlah yang banyak dan bertindih-tindih.
2. Pastikan sotong tenggelam dalam minyak. Pastikan minyak telah panas, kemudian sederhanakan api dapur.
3. Balikkan sotong apabila bahagian atasnya telah garing.
4. Angkat sotong yang telah masak/ garing dan toskan di atas penapis (jangan toskan di atas tisu dapur)
5. Bila minyak sudah betul tos, barulah boleh letak di atas tisu dapur atau pinggan hidang.

*Hidangkan bersama sos cili thai.


ROTI ARAB


Dah lama shima tak meroti...ceh...ceh..mcm la selalu sgt wat roti...hehe. Ok, actually dah byk kali wat roti ni, tp selalu je x dpt snap gambar, sbb anak2 selalu dah standby tepi dapur, berebut2 nak mkn yg panas2..tu la masalahnya. Yg ni pun, nasib baik dia org x tau shima wat roti arab, selalu pg2 dia sibuk tanya, ibu masak apa...kali ni senyap je..hehe, jd dptlah ibunya ketepikan bbrp ketul utk diambil gambarnya...pic x cun la..sbb guna hp..x kisahlah kan janji ada.
 
Kali ni shima try resepi roti arab dayang jack. Pencicahnya, shima masak lauk kari ayam...nak resepi jg kari ayam ke? Tak pyhlah kan...musti sume dah terror....ye tak? Ok...zassssssssssss jom tgk resepinya..
 





Roti Arab

resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum/tepung superfine/high protein
1 sudu besar mentega/marjerin
sedikit garam halus
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu makan yis mauripan
air suam secukupnya

cara-cara :

Satukan yis, sedikit air suam dan gula di dalam satu bekas dan rendamkan hingga yis berbuih.

Tepung, garam dan mentega disatukan di dalam bekas yang agak besar.

Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit. Gaul dan uli doh hingga kental dan licin (untuk mendapatkan kulit yang licin dan gebu...hehe)

Simpankan doh ke dalam bekas besar tadi dan tutupkan dengan kain lembab. Biarkan ia naik selama lebih kurang 45 minit atau 1 jam. Setelah itu, uli semula doh tadi.

Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian (mengikut saiz kesukaan masing-masing) dan bulat-bulatkan.

Sediakan torak. Canaikan doh tadi tetapi jangan terlalu nipis. Kemudian rehatkan sebentar selama 15 minit.

Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas (tetapi jangan sampai berasap), gorenglah doh tadi satu demi satu. Jangan lupa siramkan roti dengan minyak supaya ia kembong dengan cantik.

Setelah masak keperangan, angkat dan toskan.

Hidangkan panas-panas bersama kari sardin atau kari ayam.

 

KARE PAN



Kare pan...hah..mesti pelik mendengarnyakan. Tp rasa2 mcm dah boleh agak, ada bunyi seakan2 kari. Memang betul...intinya mmg macam karipap, kentang + kari. Shima buat kare pan ni sbb tergoda tengok kejadian kare pan Hana Jepun dan jg Izzah muffin lover tu...alahai..nmpk sgt menyelerakan. Ok sape nak tgk kare pan yg menyelerakan blehla tgk kat sini...resepi ini diperkenalkan oleh Hana Jepun...dan nmpknya dah ramai jg yg mencuba. Rasanya sedap...lembut di dlm rangup di luar..kena wat sendiri la ye, klu nak tau rasa dan kejadiannya. Foto shima x cun sbb guna hp je..



RESEPI KARE PAN KAK HANA

sumber: hanamemories 

Bahan-bahan


200g tepung gandum@tepung roti
16g butter
18g gula
4g yis kering
2g garam
90-110ml susu segar suam(resepi asal 150ml tp agak lembik
Utk saduran - Telur dan breadcrumbs

Inti Kari

3-4 biji kentang - potong dadu
1/2 btg carrot - potong dadu
100g daging cincang - hana gune ayam
1/4 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu makan ikan bilis@udang kering - hana campur
2 sudu makan serbuk kari - bancuh jd pes
2 sudu makan tepung katakuriko - (resepi asal) - hana x ltk
hirisan daun sup
garam dan gula

Cara-cara

Utk membuat inti - blend bwg besar,bwg putih, ikan bilis dan udang kering. Panaskan minyak. Tumis bhn blend. Masukkan pes kari. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging. Kacau lagi. Masukkan pula kentang dan juga carrot serta air secukupnyer. Perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga kentang empuk. Last skali taburkan hirisan daun sup. Resepi asal ltk tepung supaya agak mudah nak masukkan ke dalam roti. Sejukkan.

Untuk membuat roti - Masukkan semua bahan ke dalam BM. Pilih setting dough. ONkan tunggu hingga siap. Jika menggunakan tangan uli semua bahan (gaul bhn kering dahulu). Masukkan campuran air@susu segar suam dan yis yang telah diaktifkan terlebih dahulu sedikit demi sedikit hingga tidak melekat di tangan, lembut dan elastik. Perap doh hingga naik dua kali ganda.

Tumbuk2kan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagikan bulat2 kecil lebih kurang 20-30g setiap satu. Canaikan memanjang seperti membuat cek mek molek. Masukkan inti. Tutup dengan rapat agar inti tidak keluar semasa menggoreng. Buat sehingga habis.

Kocok2kan telur. Celup roti tadi ke dalam telur. Seeloknya gune penapis supaya senang nak angkat dan toskan telur yg berlebihan. Golek2kan ke dalam breadcrumbs. Buat sehingga habis. Rehatkan seketika lebih kurang 10-15min.

Panaskan minyak. Goreng pan tadi hingga keperangan. Angkat dan toskan. Enak dimakan panas2.







KARIPAP RANGUP ROS


Tu dia...menu kegemaran keluarga. Mmg sentiasa ada stok dlm peti ais. Tak kiralah inti apa pun samada telur, kentang, ayam atau daging...mmg sentiasa laku. Selalu buat sarapan atau minum petang. Resepi karipap rangup ni mmg marbeles.....dr ros jintan manis. Bila dah try resepi kulit karipap ros ni terus suka...anak2 pun suka3x...hehe. Bibik shima pun terror buat karipap ni...oklah penggemar karipap, jom try resepi ni plak...
 

Karipap Ros Sedap
Resepi :
Ros Jintanmanis
Sumber :
Izahdaut dan Mashitah
 By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com


Untuk Pastry Rapuh

Bahan :

400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam


Untuk Inti Keledek* guna kentang

Bahan :

1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
* 5 - 6 biji sederhana kentang
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari *3 sudu besar
1 sudu besa cili kisar *omit
garam
 

Cara :

Bua doh Pastri dulu

1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.

2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. *izah tak masukkan dlm peti es, cume biarkan doh yang sudah licin diuli sebati lebih kurang 1/2 jam. Sementara itu boleh buat inti karipap.


FISH AND CHIP



Sambung lg ok..dgn resepi seterusnya iaitu Fish and Chip. Sape yg minat, boleh salin...sedap tau respi ni...kena cuba dulu baru tau...nyum2..

Fish and Chip
Sumber : Model 80-an Nani Rostam


Bahan-bahan :

Ikan dori

Tepung gandum

serbuk roti

serbuk stok ayam

lada putih

secubit soda bikarbonat

garam

lemon

minyak masak untuk menggoreng


Cara-cara :

1. Perap ikan dengan lada putih halus dan perahan lemon.

2. Bancuh tepung dengan air dan kacau hingga likat. secubit soda, garam, serbuk stok ayam dan lada putih halus.

3. Celupkan ikan kedalam tepung dan golek atas serbuk roti. Kemudian goreng dengan api sederhana.

4. Sukatan ikut agak-agak.

5.Angkat dan hidang dengan kentang goreng dan hiasan

 
 


MIHUN SINGAPORE

 
 Ok la rasanya mesti ramai yg dah tahu camne nak wat mihun ni. Senang je...pejam mata pun jadik...hehe. So mesti cuba tau..sedap..sesuai utk anak2 kecik. Klu anak2 shma buat mi ni bertambah2 pinggan...Oklah shima sharekan resepinya di sini ya...
 
Bihun Singapore
Sumber : Chef Hanilieza


Bahan-Bahan:
400 gm bihun [direndam lembut dan toskan]

200 gm daging [dihiris nipis dan rebus lembut]- Shima ganti ayam

200 gm sotong [dihiris kecil]

200 gm kucai [dipotong pendek]-x letak

250 gm kobis [racik halus]- ganti sayur sawi

1 batang carrot [disagat ]

1/2 cawan air

3 s/b minyak masak

garam secukupnya



Bahan Tumbuk
1 s/b lada hitam-Shima ganti lada putih sbb anak2 suka

1 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

bahan hiasan/tabor

1 biji telur [buat dadar dan hiriskan]

2 biji cili merah [mayang halus]



Cara Memasak

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehinggan wangi.

2. Masukan daging/ayam dan kacau rata.

3. Bila nampak masak masukkan sotong, kobis, carrot, garam dan air. Kacau rata.

4. Masukkan bihun. Kacau rata sehingga sebati.

5. Bila nampak bihun lembut masukkan daun kucai.

6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.

7. Bila menghidang, taburkan hirisan telur dadar dan cili merah.
 
 


POPIA HORLICK & NESTUM



Ok..tu dia kuih raya kami. Buat 3 balang. Tapi yg tak syoknya...belom raya dah tinggal sebalang. last2 terpaksa suruh bibik shima buat lg. Memang rangup..dan terasa lemak manisnya.


Popia Nestum Horlicks
Oleh:
Norzie hany

Sumber:HaSue


Bahan2

· 2 bungkus popi


· 1/2 cawan nestum*

· 1/2 cawan gula pasir*

 · 1/3 cawan horlicks*

· 2 sudu makan tepung gandum+sedikit air,jadi paste)-untuk melekat popia

· minyak secukupnya(dlm 3 cawan) untuk menggoreng

Cara:

1. Pisahkan kulit popia satu persatu

2. Gulungkan dan 'gam'kan hujungnya dengan paste tepung.

3. Setelah semua selesai digulung,gunting dalam 1 inci

4. Goreng sehingga bertukar warna kekuningan,angkat dan toskan

5. Kisar bersama bahan2 * menggunakan pengisar bahan kering

6. Gaul bersama bahan 4 bersama bahan kisar semasa masih suam.

7. Sejukkan sepenuhna sebelum disimpan di dalam balang dan boleh dinikmati bila2 masa..


* Tips jika rakan2 tak mahu popiah diserap minyak, jemur dahulu di bawah panas matahari lebih kug 1-2 jam. Lps tu baru digoreng dgn minyak yg banyak...lps tu ju barulah disira ok.... 




EGGLESS CHOCOLATE CAKE (Versi II)


Assalamualaikum...
 
Hari ni shima tak dapat celoteh pjg, sbb byk yg nak di update. Sebelum ni shima penah try resepi kek coklat tanpa telur tp versi yg lain. Bg shima resepi ni lebih sedap dan moist dr resepi yg dulu. Anyway, tekak setiap org tu berbezakan...Tqvm kpd Dayang Jack atas perkongsian resepi yg sgt sedap ni. Shima buat kek ni sempena birthday sendiri...hehe..tu yg x kisah pasal deko2 ni..hentam sajalah labu!! janji sodapppp......


Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

Bahan-bahan : loyang 6-7 inci

1 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

1/2 sudu kecil soda bikarbonat

1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)

2 sudu besar susu tepung

1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)

1 cawan gula perang

1 sudu kecil esen vanilla

1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco

secubit garam

1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair

1 sudu kecil cuka atau jus lemon



Cara-cara :

1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.

2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.

3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.

4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.

5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.

6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.